TM Fan Run 2014 Yang Fun

Salam,

tm fan run 2014

Akhirnya tercapai gak hajat untuk masuk TM Fan Run pada tahun ni. Tahun lepas tak dapat pergi sebab tarikh collection race kit sama pula dengan tarikh trip ke Royal Belum. Nak mintak orang lain tolong ambilkan takda geng pula. Huhuhu.. Kebetulan tahun ni tak clash dengan apa-apa aktiviti, cepat-cepat register. Lagi pun banyak geng yang pergi. Best sangat! šŸ˜€

Tapi yang tak bestnya ada orang last minute tak jadi pergi. Janji nak lari sama-sama, tapi dia dapat undangan pula. Ada trip ke Royal Belum untuk ekspedisi Horn Bill. Tu lah… dah dia cakap daftar TM Fan Run sebab nak dapatkan baju, memang dia dapat je lah baju. So en.suami, tahun depan cuba lagi eh.. Ekekeke….

Pagi tu pukul 6.30 sampai KL dan parking kereta dekat Masjid Negeri. Dari situ jalan kaki nak ke Dataran Merdeka dah tak jauh. Dapat juga warm up kan badan. Amlina, adik Amlina, Ida, Bella, Lah, Din dan Amar semua masuk kategori larian jarak 10km. Saya sorang je masuk kategori 5km. Derang ni semua geng otai, saya beginner jer. Tak mampu uolss nak lari 10km.. Ekekeke… Saya join dengan geng zombie yang masuk kategori 5km. šŸ˜›

tm fan run 2014

Untuk kategori 10km, bermula jam 7.00 pagi. Untuk kategori 5km dan 15km bermula jam 7.30 pagi.

Sepanjang berlari ada jalan rata, ada jalan yang perlu naik bukit. Kalau jalan rata tu ok lagi lah. Tapi jalan yang naik bukit tu memang semput ya. Tak larat. Hahaha.. So tips untuk beginner macam saya ni kalau tak larat jangan paksa diri. Nak sampai cepat-cepat buat apa. Run for fun jer. Kalau penat berjalan, kalau rasa ok baru sambung berlari. Hehehe..

tm fan run 2014Siapa sampai awal kena tunggu orang yang lambat. Lepas tu baru boleh selfie.

tm-fan-run-2014-dataran-merdeka-4Sepanjang larian pegang bendera Malaysia. Semangat cintakan negara katanya. Hahaha…

Akhirnya kita orang berjaya tamatkan larian 5km dalam masa 57min. Yeaahhh…. Berjaya juga sampai ke garisan penamat dalam keadaan semua masih ok dan fit! Untuk Alice setakat 5km tu apa lah sangat. Dia ratu berlari. Yang lain-lain pun sama gak. Selalu masuk larian kategori 10km. Saya dan Anis jer yang baru terjebak dengan dunia larian. Untuk orang baru 5km dah lah. šŸ™‚

Tapi kan… saya terfikir dengan jarak 5km saya ambil masa dekat 1 jam. Kalau saya masuk 10km??? Haaa.. mau 2-3 jam kot. Hahahah…

Ok dah. Jom layan gambar pula.. Gambar pun tak banyak. Video pun takda. Huhu..

tm fan run 2014Anis, Zack, Alice, Me, Angah, Zack Comot.

tm fan run 2014Dengan Bella yang kiut. Macam saya gak. šŸ˜›

Ā tm fan run 2014

tm-fan-run-2014-dataran-merdeka-7

tm fan run 2014

Sayonara. Kalau panjang umur kita jumpa lagi tahun depan. Mungkin 10km pulak ker? šŸ™‚

10 comments on “TM Fan Run 2014 Yang Fun

Leave a Reply