Tandem Paragliding di Bukit Jugra

Salam pembaca,

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

Saya tahu pasal aktiviti sukan ekstrem paragliding dah lama. Pernah nampak dalam facebook member pergi buat tandem paragliding dekat Bukit Jugra sekitar tahun 2011. Lepas tengok video dan gambar, dalam hati ni menggedik nak pergi. Tapi takda geng lah pulak nak ajak. So simpan jer lah niat dan cita-cita untuk terbang di udara bersama-sama dengan burung.

Tup-tup sebelum raya hari tu geng-geng zombie (saya kenal masa zombie run) request ketua kelas a.k.a suami saya organize aktiviti paragliding. Bila dah ada yang bersuara, ramai pulak penyokong nya. So ketua kelas pun apa lagi, menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Hahaha..

Tak sampai dua hari ketua kelas announce dalam facebook dah ada 21 orang yang nak ikut.Ramai rupanya yang berani nak buat paragliding. Walaupun ada ramai lagi yang nak ikut tapi kita orang terpaksa limitkan cuma 20 orang sahaja. Terlebih sorang boleh lah dimaafkan. Hehehe..Tarikh yang kita orang pilih ialah 16 September 2014 bersempena dengan Hari Malaysia sebabnya kita orang nak kibarkan Jalur Gemilang masa tengah terbang. Weeehoooo….

Sukan paragliding bergantung sepenuhnya pada keadaan cuaca. Kalau angin takda, tak boleh nak terbang. Kalau hujan pun tak boleh nak terbang juga. Angin kena sepoi-sepoi bahasa gitu kalau nak terbang lama dan selamat. Mengikut ramalan kaji cuaca, pagi tu sepatutnya cuaca elok. Tapi Allah tu maha berkuasa kan, dah hujan pula. Takda lah lebat sangat. Alhamdulillah, cuaca makin lama semakin elok dan angin dah mula ada.

Sebelum naik ke atas kita orang berkumpul dahulu di landing zone. Aizat bertindak sebagai ketua pilot pada hari tu menerangkan serba ringkas tentang sukan paragliding dan atucara program. Walaupun dia cakap takda apa yang perlu dirisaukan, tapi dalam hati masing-masing yang ada taman terus rosak taman tu. Semua orang nervous! Hahaha.. Oleh kerana kita orang ramai, ada 4 orang pilot yang akan bawa kami semua terbang iaitu Abang Mus, Abang Rahman, Faridil dan Aizat sendiri.

Tunggu punya tunggu akhirnya dekat pukul 12 tengah hari baru pilot bagi green light boleh terbang. Cuaca pun ok, angin pun dah mula terasa. Kumpulan pertama yang terbang dulu ialah Shima, Erin dan Z. Disebabkan bendera Malaysia ada satu jer, jadi yang bawa bendera si Z. Eksaited benor dia nak terbangkan Jalur Gemilang. Ekekeke…

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingMasa sesi penerangan ketua kelas menjadi model dan digelakkan oleh Sham dan Jasper. Hahaha…

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingSetiap orang akan diberikan Gopro untuk rekod gambar dan video semasa terbang. Korang nak buat aksi macam mana buat lah sebagai kenangan. Tak perlu nak pinjam Gopro dari kengkawan. Hehe..

Sementara tunggu giliran, masing-masing lepak bawah pokok. Masa ni paragliding dah jadi parawaiting. Hahaha.. Sebab tu masing-masing bawa makanan. Ada yang bawa nasi goreng, buah, pisang, roti dan macam-macam lagi. Dah macam berpiknik pula. Lagi pun mana ada kedai dekat atas Bukit Jugra tu. Tandas pun takda juga. Kalau dah tak tahan korang kena drive pergi ke pekan dalam 3km. Boleh singgah dekat masjid.

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingMasa ni lah paragliding jadi parawaiting. Semua orang sabar tunggu giliran masing-masing. Boleh jadi paraboring juga. 😛

Tapi sayangnya dalam pukul 3 petang ke atas keadaan angin dah tak menentu. Kejap ada, kejap takda. Kalau ada pula tiba-tiba angin kuat. Pilot bagi tahu tak berapa nak selamat untuk terbang. Atas faktor keselamatan, program terpaksa ditangguhkan. Daripada 20 orang peserta hanya 13 orang sahaja yang berjaya terbang. Baki lagi 7 orang kena set hari lain. Huhuhu…

Paragliding 2.0

Untuk sesi paragliding 2.0 kita orang semua setuju set tarikh 27 September. Bukan senang nak set tarikh  ni juga tau. Masing-masing hujung minggu sibuk dengan agenda tersendiri terutama aktiviti marathon. Hahaha.. Kali ini ada tambahan 2 orang peserta. Jumlah semuanya menjadikan sesi untuk kali 2 seramai 9 orang. Pilot pula cuma 2 orang, iaitu pilot wajib ada Aizat dan seorang pilot import dari Taiwan iaitu Michael. Ada juga pilot bidan terjun iaitu Abang Rahman dan Abang Mus yang sudi bantu Aizat. Mereka tolong lambat sikit. Sebab hari tu Abang Mus dan Abang Rahman pun ada bawa orang lain juga.

Alhamdulillah.. Hari tu cuaca pun cantik. Semua orang berjaya untuk terbang dalam masa satu hari. Ada yang terbang sampai dua kali lagi. Ekekeke.. Rashdan terbang dua kali sebab penerbangan pertama sekejap sangat. Tak sampai 5 minit dah landing. Alice pulak terbang dua kali sebab penerbangan pertama memori kad gopro full. Aizat lupa nak clear kan dulu. Beria dia aksi bagai nak rak dekat atas sekali check gopro tak rekod. Hahaha.. Z dapat terbang dua kali sebab kawan dia dah bayar tapi tak dapat nak datang. Untung lah dia. Dan saya dapat terbang 2 kali tak tahu kenapa. Tiba-tiba Aizat cakap ‘Cheq Eem nanti terbang sekali lagi dengan Abang Mus’. I ollsss suka sangat. Hahaha… Ketua kelas patut terbang dua kali juga, tapi angin dah berubah bila dah petang. So Aizat hutang satu slot terbang untuk ketua kelas. Ekekeke..

Dapat terbang dua kali best sangat! Tapi yang tak bestnya saya dehydrated. Cuaca boleh tahan panas dan berbahang walaupun ala-ala mendung jer. Bekalan air 1.5L tak cukup untuk saya dan ketua kelas. Makanan pun sama gak. Memang dah terasa sakit kepala sebenarnya. Lepas landing untuk kali yang ke dua, terus muntah. Hahaha.. Bila dah setel semuanya derang lepak pekena mee udang. Saya tak dapat nak join makan sekali. Ubat sakit kepala yang paling mujarab ialah tidur. So tidur lah dalam kereta. Yang lain dengan seronoknya makan mee udang. Dah lah Aizat open table pulak tuh.. Untung lah..

Sebagai bukti kita orang semua dah mencuba paragliding masing-masing dapat sijil. Kita orang lah batch pertama yang dapat sijil atas kendalian Aizat di bawah kelab KLFF (Kuala Lumpur Free Flyers).

Ok. Jom layan gambar. Kasi semua pembaca blog ni teruja gak nak buat paragliding. 😀

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingTabik hot spring lah dekat adik ni yang merupakan anak kepada abang Rahman. Baru umur 12 tahun tapi dah ada lesen terbang paragliding. Siap masuk dalam Malaysia Genius Book of Records sebagai pilot paling muda.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingIt’s my turn bebeh….!!

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingOk. Muka terlebih over gembira nih.. 😛

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingI’m flyinggggggggggg………

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingMemang best gila dapat layan pemandangan sekitar Bukit Jugra dari atas. Terima kasih Abang Mus!

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingSesi penyerahan sijil dekat kedai makan. Sempoi lah….!

tandem-paragliding-bukit-jugra-bantingDari kiri Aizat, Abang Rahman, Abang Mus dan saya. Paragliding BESTTTT!!

Berapa kos nak cuba paragliding ni? RM150 sahaja termasuk sijil penyertaan. Makan dan minum tidak disediakan. Itu adalah kos sendirian berhad. So bila lagi giliran korang nak cuba sukan paragliding nie?

Satu tips dari saya bagi mereka yang menggunakan aplikasi Waze untuk ke Bukit Jugra. Jangan pilih lokasi ‘Bukit Jugra Paragliding’. Ntah kat mana tempat tu pun tak tahu. Memang tak betul langsung. Kita orang dah terkena masa kali pertama datang. Hampeh betul lah. Korang pilih yang Bukit Jugra sahaja. Insya-allah sampai. 🙂

Tak puas tengok gambar dalam entri ni? Boleh cekidout blog ketua kelas. Ada banyak gambar yang best-best, info dan tips paragliding. Dan yang penting ada video sekali. Yang video tu korang wajib tengok tau! Dah pergi baca kat sini –> Paragliding Di Bukit Jugra Banting

10 comments on “Tandem Paragliding di Bukit Jugra

  1. Fuhh… mmg menarik pengalaman mcm ni Cheq Eem. Rasa tergantung terbang di awangan. Teringin juga nk try nnti tp perasaan ketaq tu yg tak tahan klu dia dtg… kaget deh.. :D:D

    1. bila cuba benda baru memang menarik.. ada lah sikit warna-warni kehidupan.. cewahhh… ekekeke.. kalau nak try jangan lupa ajak kita orang tau… hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *