Part 1: Coretan Larian Sepanjang 2015

Salam pembaca,

Sedar tak sedar dah 11 bulan berlalu. Rasa macam sekejap jer kan. Bila dikenang semula acara larian yang saya masuk tahun ni agak banyak jugak berbanding tahun lepas. Bertambah lagi koleksi medal dan baju dri-Fit. Hehehe…

Dan setiap acara larian pula ada ceritanya. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang suka, ada yang duka. Apabila dapat berjumpa dan berkenalan dengan otai-otai runner sangat kagum dengan semangat dan minat mereka dalam dunia marathon. Masih panjang perjalanan saya untuk jadi seperti mereka. Heheh..

Untuk tahun ni saya ada 15 event run. Apa cerita di sebaik 15 event run tersebut? Jom kita cekidout.

No 1: Men Health Women Health Night Run 2015 (DNS)

Untuk sesi tahun ni sepatutnya event yang pertama saya masuk ialah Men Health Women Health Night Run pada bulan Mac untuk kategori Fun Run 5km. Event ni dapat good review dari otai runner. Very well organized event dan goodie bag yang best. Baju pula disponsor oleh Karrimor. Memang best lah kan. Tapi sayangnya tarikh tersebut bertembung dengan Trip Santai CBL. Jadi terpaksalah let go bib no. Jual bib no sahaja tapi baju saya ambil. Sayang woooo… Baju nya lawa.. Hehehe…

Kalau tahun depan event ini masih diteruskan saya mesti akan masuk.

No 2: Larian Pekerja Muda: 9 to 5

larian-hari-pekerja-muda-9-to-5-2015-cheqeem-5

Seterusnya ialah Larian Pekerja Muda 9 to 5. Sebab utama masuk event ni ialah yuran penyertaannya murah. Bagi kategori Fun Run 5km yuran penyertaan cuma RM10. Manakala kategori 10KM pula sebanyak RM 30. Event ni ada banyak cabutan bertuah. Hadiahnya pula bukan hadiah yang biasa. Semuanya gempak-gempak giler. Antara hadiah utama yang ditawarkan ialah kereta Volkswagen Polo dan Proton Iriz. Selain tu sebanyak 300 biji basikal turut diberikan kepada peserta bertuah. Fuuhh…. Best kan..!

Mungkin disebabkan hadiah cabutan bertuah yang best jumlah peserta juga sangat ramai. Hampir 15,000 orang berkumpul pada hari tersebut. Nasib baik lah saya masuk kategori Fun Run 5km jer. Nak lari pun tak boleh sangat. Sesak dan ramai sangat orang. Cuaca pagi tu pula mendung dan hujan di sesetengah tempat. Memang berjalan jer lah sepanjang 5Km tu. Hahahah…

Dan masa event ni lah saya dapat jumpa secara live Mr. Tall, Dark, Handsome. Hehehe.. Siapa lagi kalau bukan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin. Masa saya dan suami cari makan di sekitar booth jualan ternampak pula dia tengah ditemuramah oleh pihak wartawan dan wakil media. Dapatlah selfie yang tak berapa nak selfie dengan YB KJ. Ekekeke..

larian-hari-pekerja-muda-9-to-5-2015-cheqeem-3

Overall event ni boleh lah dikategorikan biasa-biasa jer. Dari segi flag off agak lambat iaitu 7.30 pagi bagi kedua-dua kategori. Kalau acara 5km ok lagi, tapi untuk kategori 10km flag off memang lambat. Dari segi baju larian pula warna baju cantik dah warna biru. Tapi kain pula cotton, bukan dri-Fit. Tiada goodie bag diberikan untuk setiap peserta kecuali sebotol air kosong 500ml. Design medal pula ok lah.

Saya, suami dan rakan-rakan yang lain pulang dengan penuh kekecewaan kerana tiada seorang pun diantara kami yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah. Hahaha…

Dan dari sinilah bermula episod aktiviti larian saya dan suami bersama topi binatang. Cute Tiger Runner dan Red Bull Runner.

larian-hari-pekerja-muda-9-to-5-2015-cheqeem-1Lari dalam hujan. Nasib baik tak lencun baju. Ekekeke….

larian-hari-pekerja-muda-9-to-5-2015-cheqeem-2

larian-hari-pekerja-muda-9-to-5-2015-cheqeem-4

No 3: Milo Malaysia Breakfast Day Run 2015

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-1

Sehari selepas Larian Pekerja Muda 9 to 5 saya dan suami ada event Milo Breakfast Day Run. Ala-ala back to back giteww kan. Hahaha.. Event ni pun otai-otai runner cakap BEST! Bila open untuk registration terus saya cepat-cepat daftar. Alhamdulillah.. Berjaya register untuk kategori 7km. Yuran penyertaan pulak cuma RM20. Tak silap saya dalam masa sehari atau dua hari kot dah tutup penyertaan. Event best memang hot selling lah.. Ekekeke…

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-6

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-2

Kali ni kita orang up jarak larian daripada 5km ke 7km. Extra 2km jer. Ekekeke.. Tapi 2km pun azab jugak nak tamatkan woiii…. Selalu layan fun run 40-45min.. Kali ni 7km berjaya tamatkan dalam masa 1:03:09 .. Sejam jugak berlari pagi tu. Penat dan semput rasanya. Hahaha.. Tapi bila melihatkan segala jenis khemah-khemah milo di dataran POJ hilang terus rasa penat. Yang penting air Milo free flow. Hahahah…

Bukan setakat air milo jer, ada milo cereal dan pelbagai jenis sarapan pagi turut disediakan. Antaranya bihun goreng, nasi goreng, sandwich, roti capati dan macam-macam lagi. Pilih jer nak makan apa pagi tu. Memang mewah dengan segala jenis makanan. Organizer juga turut sediakan meja dan kerusi untuk peserta makan dan minum. Memang terbaik lah.  Sebelum balik saya siap tapaw air milo dalam botol air mineral. Hahahaha…

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-3

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-5

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-4

milo-malaysia-breakfast-day-run-2015-cheqeem-7

Event ni memang terbaik. Takda apa yang nak dikomen sangat pun. Kipidap team Milo Malaysia!

No 4: TM Fan Run 2015

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-1

Kalau tahun lepas lokasi TM Fan Run di Dataran Merdeka, tapi untuk tahun ni telah dibuat di POJ, Putrajaya. Event ni pun antara event tahunan yang terbaik dan ramai orang akan masuk. Ada 3 kategori yang dibuka iaitu 15km, 10km dan 5km. Agak-agak saya masuk kategori mana? Mestilah kategori fun run 5km. Yuran penyertaan pun murah. RM28 sahaja. Hahaha… Masih belum terbuka lagi hati nak buat 10km.

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-2

Masa event ni saya tak lari langsung. Berjalan kaki sejauh 5km dengan kengkawan sambil berborak. Bila dah berborak tak terasa lah sangat penatnya. Eekekeke.. Kita orang berjaya sampai ke finishing line dalam masa 1 jam. Ini bukan fun run, tapi fun walk. Hahaha.. Tapi sepanjang berjalan tu seronok tengok parent yang berlari bersama dengan anak-anak. Ada juga parent yang tolak stroller. Kita orang pula seronok berjalan sambil bawa bendera Malaysia dan bergambar. Heheh..

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-7

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-3

Seperti biasa event ni memang well organized. Ada air milo, 100plus, air susu Dutch Lady, cereal Fitness dan macam-macam lagi. Ada juga pasukan sorak yang bermain gendang dan drum sebagai tanda sokongan untuk peserta. Jika dibanding dengan tahun lepas, pasukan sorakan tahun ni kurang meriah sedikit jer. Tapi kita orang tetap seronok lihat mereka turut memeriahkan event ni. Dan medal pula dari segi design lebih kurang sama macam tahun lepas. Tak kisah lah. Yang penting dapat baju Team Malaysia. 😀

Nak masuk lagi ker next year? Harus masuk….!!

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-4Kenal tak dengan pakcik nie? Dia selalu ada sebagai penyokong dalam sukan negara. Steady lah pakcik.. Malaysia Boleh….!! larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-6

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-5Madagascar Runner katanya. Ekekeke…

larian-tm-fan-run-2015-cheqeem-8Ada jugak terselit gambar kita orang dari kamera official photographer. Thank you Victor and Elaine. 🙂

Cukup sampai di sini sahaja. Kita bersambung lagi dalam entri akan datang. 🙂