Siapa Cheq Eem

Siapa Cheq Eem? Mana datang nya nama Cheq Eem ni? Asal dari Penang kah sebab ada nama Cheq dekat depan tu? Sebenarnya nama Cheq Eem ni bermula sejak ada anak buah. Masa mula-mula mereka panggil mak sedaranya acik naim, tapi ada sorang tu lain pulak panggil nya. Asik pangil che hemm. Bila dah lama-lama terus melekat nama Cheq Eem. Itupun selepas dikomersialkan. Baru lah glamor. Ye dak? Hahaha… So sampai sekarang lah melekat nama Cheq Eem ni.

Saya sebenarnya berasal dari Perak, daerah Teluk Intan. Lepas je habis SPM terus sambung belajar di Shah Alam. Dah habis belajar kerja pun dekat Shah Alam. Sekarang dah kahwin pun beli rumah dekat Shah Alam. Pendek kata Shah Alam dihatiku. 😀

Walaupun dah lebih 10 tahun tinggal Shah Alam, tetap ada beberapa tempat dekat Shah Alam yang tak tau sangat. Terutama kawasan Seksyen 26 dan ke atas. Huwaaa….

Masa belajar dulu ambil bidang  IT.  Jadi sekarang ni kerja dalam bidang IT juga dan buat support system untuk syarikat swasta. Napa tak kerja kerajaan? Tak terfikir pun nak bekerja dengan kerajaan. Semuanya sebab malas nak pergi ambil ujian dan temuduga. Bila dapat kahwin dengan orang kerja kerajaan pun ok jugak. Boleh merasa duit pencen bila dah tua. Hahaha…

Tentang dunia blogging pula dulu hanya jadi silent reader. Saya suka sangat google dan baca cerita orang terutama pasal resepi masakan, tips berjalan dan gosip artis. Pernah juga terlintas nak ada blog sendiri dan tulis pasal makanan dan jalan-jalan. Sebab dua perkara ni memang hobi saya. Terlintas jer lah, buat nya tak kan. Sebab masa tu ada penyakit M a.k.a M.A.L.A.S .

Sekarang ni semua dah berubah. Bila dah terjebak dunia blogging niche kesihatan jual produk Shaklee @ www.vitamin4kesihatan.com, rasa seronok pula ada personal blog. Mungkin dah pandai kot menulis. Ekekeke.. Jadi bila ada blog cheqeem.com boleh lah kongsikan pengalaman menarik yang saya lalui dan jadikan blog ni sebagai diari online. Nanti bila dah tua ada lah kenangan untuk diingati. Betul tak?

Akhir sekali terima kasih sebab sudi baca Siapa Cheq Eem. Kalau korang rasa blog Cheq Eem ni best jangan lupa Like dan Follow.

Salam blogging dari Cheq Eem. 🙂

 

3 comments on “Siapa Cheq Eem

  1. Assalamualaikum Cheqeem..
    Salam kenal dari blogger yg baru nak bertatih ni.. Kak Zee. Seronok baca cerita tentang cheqeem ni. mula2 pun ingat org utara.. hehehee.. Ok semoga maju jaya… jemputlah dtg blog kak Zee yer..

Leave a Reply