Segmen Kopi: Wood and Steel Cafe

Salam pembaca,

Segmen kopi kali ni jom kita terjah cafe yang sangat popular dan sering dikunjungi oleh selebriti Malaysia.  Lokasinya bertempat di The Strand, Kota Damansara. Tak jauh pun dari tempat tinggal saya di Shah Alam. Lepas berbulan-bulan dengar cerita pasal Wood and Steel Cafe, akhirnya tercapai juga hajatnya nak datang lepak dan minum di sana.

Geng ngopi seperti biasa Hafeesyam dan Athin dah tunggu kita orang dekat sana. Kita orang terlambat sedikit sebab pergi beli kasut running dulu dekat The Curve. Nasib baik tempat ni senang nak cari. Betul-betul tepi jalan raya besar dan mengadap Giant Kota Damansara.

FULL HOUSE!!

Memang betul lah Hafeesyam cakap tempat ni selalu penuh dan susah nak dapat tempat. Kalau datang lambat memang kena tunggu lah lama. Perangai orang kita bila datang mengopi ni pulak bukannya kejap. Paling koman pun 2 jam. Nak menghayati katanya. Hahaha..

Bila masuk dalam kedai je bau kopi memang dah harum semerbak. Itu yang buat ketagih nak pergi melepak. Hahaha.. Ntah lah.. Dah memang suka sangat dengan bau kopi. Apa lagi, perut pun dah berkeroncong. Masa tu dah pukul 9.30 malam. Dinner pun belum. Terus pergi ke kaunter dan bersoal jawab dengan staff. Mesti kena tau apa yang special di Wood and Steel.

coffee-review-wood-and-steel-cafe-kota-damansara-cheqeem-4

Walaupun senarai menu ada ditunjukkan, tapi saya lebih suka bertanya dan mintak cadangan makanan apa yang sedap dan kenyang. Memandangkan saya dan suami memang lapar gila so dia cadangkan menu Chef Special: Chicken Stuffed dan Carbonara Salmon. Untuk minuman pula Hot Caffe Latte dan Hot Mocha.

Servis Wood and Steel agak bagus juga sebenarnya. Makanan yang kita orang pesan takda lah lama sangat kena tunggu. Lepas tu sedap pulak. Memang kena lah dengan taste kita orang. Stuffed Chicken memang terbaik! Ada protein dari isi ayam dan sayur yang dipanggang. Less oil, more healthy. Carbonara Salmon pulak tak begitu muak sebab ada rasa spicy sedikit. Terasa isi ikan salmon setiap kali ngap masuk dalam mulut.  Licin pinggan! 😀

coffee-review-wood-and-steel-cafe-kota-damansara-cheqeem-2

coffee-review-wood-and-steel-cafe-kota-damansara-cheqeem-1

Malam tu rasa macam hari yang istimewa pula. Dah lah dapat kopi dengan coffee art yang special. Cer tengok coffee art gambar perempuan. Cantik gila…!! Lepas tu tiba-tiba baristas datang bawa free kopi untuk saya. Dia cakap sebab saya ambil gambar dalam cafe. Wahhh… dah banyak tempat saya pergi takda siapa pun yang bagi kopi percuma kecuali Wood and Steel. Tapi memang staff Wood and Steel sempoi gila. Sempat lagi ajak ambil gambar ramai-ramai. Ekekeke..

coffee-review-wood-and-steel-cafe-kota-damansara-cheqeem-5Barisan baristas yang boleh buat gadis-gadis datang sini selalu.. 😛

So, next time boleh datang sini lagi. Nak try breakfast set pula. 🙂

coffee-review-wood-and-steel-cafe-kota-damansara-cheqeem-3

Wood & Steel
(Coffee, Furniture, Art)
The Strand, 33G, Jalan PJU 5/20e
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Perniagaan:
Selasa – Ahad : 9.00 pagi – 11.00 malam
Isnin : Tutup

peta-wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review-21

6 comments on “Segmen Kopi: Wood and Steel Cafe

Leave a Reply