Segmen Kopi: The Chemistry Cafe Seksyen 7 Shah Alam

Salam semua,

 

Kali ni segmen lepak santai minum kopi kita orang cuba satu cafe yang baru sahaja beroperasi di kawasan Shah Alam. Selalunya kalau area Shah Alam ni banyak tempat kedai makan mamak atau pun kedai masakan barat dan melayu. Jarang jumpa kedai makan yang berkonsepkan cafe. Kebetulan kaki ngopi kita orang iaitu Hafeesyam ajak cuba Chemistry Cafe+Lab. Lama juga kita orang tak lepak sesama pekena kopi mahal ni kan.Β  So bila dah ajak apa lagi, on jer lah. πŸ™‚

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-17

Kalau pelajar aliran sains dah biasa kan tengok peralatan dalam makmal. Gunakan untuk buat macam-macam eksperimen. Tapi korang boleh bayangkan tak bila peralatan sains tersebut digunakan sebagai bekas isi minuman? Dijadikan sebagai hiasan dalam sebuah cafe? Haaa, itu lah keunikan di Chemistry Cafe+Lab. Satu tarikan yang sangat lain daripada yang lain. Bila saya masuk je dalam cafe tersebut tak perasan langsung dengan bau kopi. Yang saya nampak ialah hiasan dalaman cafe tersebut penuh dengan peralatan dalam lab. Fuhhh, memang syiok habis lepak sini. Tak percaya? Cer tengok gambar.

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-16

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-6

Ada setengah cafe yang kami pergi cuma ada menu kopi dan kek. Tapi dekat sini ada macam-macam makanan. Ada beef pie, chicken pie, muffin, spaghetti, quiche, kek dan banyak lagi lah. Jadi sambil minum kopi jangan lupa order makanan sekali. Minuman pula ada macam-macam jenis sama ada yang sejuk atau pun yang panas. Nama menu minuman pun dasyat dan gempak habis. Ishh, memangΒ  pening juga nak cuba yang mana satu kan. Akhirnya saya tanya staff yang mana satu best seller. Dan yang itu lah saya pesan. Ekekeke..

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-7Memang banyak pilihan kek dan pastri yang ada. Rasa nak makan semua jer. Ekekeke…

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-15

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-14Ini minuman yang suami saya pesan. Rasanya macam hot chocolate, tapi lagi sedap.

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-13Saya order Lady Boss seperti yang dicadangkan oleh baristas. Pekat dan sedap. Tak manis juga. Itu yang best!Β 

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-12

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-11

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-10Lava Chocolate Cake. Memang meleleh makan dessert nih.. Yummeehhhh….!!

Kebetulan kita orang lepak minum petang tu sebab nak celebrate belated birthday Hafeesyam. Jadi kita orang try Lava Chocolate Cake. Pergghhh… memang sedap gila..! Yang penting tak manis. Kalau korang nak lepak sana jangan lupa order Lava Chocolate Cake tau. Dijamin puas hati. πŸ˜€

Petang tu cafe memang ramai dan penuh. Nasib baik kita orang punya pesanan dapat cepat. Hehehe.. Pemilik kedai Chemistry Cafe+Lab iaitu Zuhairy Zakaria sangat sporting layan kita orang petang tu. Banyak kali dia datang ke meja kita orang dan bertanya dapat tak segala makanan dan minuman yang dipesan.

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-4Group photo dengan pemilik Chemistry Cafe+Lab iaitu En. Zuhairy

Disebabkan ada banyak lagi makanan dan minuman yang belum saya cuba, saya kena datang dan lepak lagi dekat sini. Nak cuba minuman sejuk pula. Sebab minuman sejuk dalam bekas barang lab. Hohoho….

coffee-review-chemistry-cafe-lab-shah-alam-8

Saya dah cuba, korang bila lagi? Kalau nak lihat sendiri keunikan konsep Chemistry Cafe+Lab boleh terjah sini. Tak susah pun nak cari. Senang jer.

Chemistry Cafe + Lab
No. 26, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor

Tel: 012-9999 231

 

 

 

 

18 comments on “Segmen Kopi: The Chemistry Cafe Seksyen 7 Shah Alam

    1. sekali sekala mai lah turun ke kolumpo… lepaih tu buleh singgah shah alam… tapi dok sana pon seronok juga… boleh pekena nasi kandaq selalu…. layaannnn….. πŸ˜€

    1. memang menarik sangat-sangat… singgah lah ke sana kalau ke seksyen 7 shah alam.. boleh flashback kenangan lama… hehe…

    1. biasalah tu khir.. gambar tu yang buat orang teruja nak cuba kan.. hehe.. kalau terjah sini jangan lupa roger saya dan sham.. boleh ngopi semeja.. πŸ™‚

    1. Waalaikumsalam pn.sheila.. best kan.. unik juga tempat nie.. kalau turun shah alam boleh lah singgah sini.. πŸ™‚

  1. walaupun harga dia boleh tahan.. he..he.. tapi bab deko dia memng terbaik sis..ada konsep sendiri mcm nak pergi lap.. ni kaki2 insta memng wajib lepak sini.. memng best place utk insta food deko..dgn makanan nampak memng cantik.. perh.. rasa teruja plak bila baca.. ewah mngeteh tea mahai ya ..he..he.. πŸ™‚

    1. kalau kat shah alam ni harga standard dah… tapi saiz cawan berbeza dengan tempat lain.. so ok lah… eh, bukan sesi mengeteh lah sobri… ni sesi mengopi… hehehe….

Leave a Reply