Segmen Kopi: Kafe MT Latte @Bandar Ara Damansara

Salam,

Segmen kopi lagi! Yeaahhh..

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-2

Bagi follower blog saya mesti tahu setiap bulan saya akan tulis mengenai kedai kopi yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Kali ni saya nak cerita pasal sebuah kafe yang baru sahaja di buka iaitu MT Latte Coffee bertempat di Dataran Ara Damansara.

Tapi kunjungan saya ke MT Lattee Coffe berbeza sedikit. Sebabnya pemilik kafe tersebut iaitu Nichole telah menjemput suami saya pemilik blog Eshamz Halim untuk sesi food review. Seperti biasa geng mengopi iaitu Hafeesyam dan Athin ikut sekali. ๐Ÿ˜€

Untuk pengetahuan semua MT Latte Coffee baru sahaja beroperasi pada bulan September 2014. Menurut Nichole, beliauย  telah memilih konsep hiasan dalaman yang bertemakan ‘engineering‘ sebagai satu kelainan yang tersendiri. Kenapa engineering? Sebabnya beliau sendiri belajar dan pernah berkerja dalam bidang tersebut. Tapi disebabkan beliau juga mempunyai minat yang mendalam dengan kopi dan perniagaan, datanglah ilham membuka kafe berkonsepkan engineering.

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-10Bersama dengan Nichole dan barista.

Memang unik bila melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Ada satu sudut tu macam-macam peralatan engineering ada. Konsep macam ni memang sangat menarik. Kalau korang yang bekerja sebagai engineer datanglah ke sini sambil bincang projek. Mana tau boleh dapat ilham macam-macam. Hehe…

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-1

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-8

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-nice-quotes-cheqeem-1Apa pula menu yang disediakan? Agak mengejutkan bila tengok senarai menu di MT Latte Coffee. Terkejut bukan sebab menu tak menarik. Tapi macam-macam ada!! Hahaha..ย  Minuman kopi ada macam-macam jenis. Sama ada mahu yang panas atau pun yang sejuk. Tak suka minum kopi? Jangan risau, minuman coklat pun sedap juga tau. Kalau tak suka minuman kopi ataupun coklat boleh pilih minuman berasaskan teh . Ada macam-macam jenis teh.ย  Termasuk teh hijau jepun sencha. Best kan?

Menu makanan pula berkonsepkan fusion. Iaitu pertembungan masakan barat dan masakan melayu. Antaranya Nasi Lemak Burger, Nasi Lemak Sandwich, Black Pepper Lamb Stew with Rice / Toast Bread dan macam-macam lagi. Kalau tak minat makan nasi pelbagai jenis sandwich turut disediakan. Dan menu terbaru di MT Latte Coffee ialah Nasi Kerabu. Kalau datang ke MT Latte Coffee pada waktu petang ada disediakan set untuk minum petang.

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-menu-cheqeem-2

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-menu-cheqeem-3

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-menu-cheqeem-1

Oleh kerana kedai ni baru sahaja di buka macam-macam promosi yang disediakan. Memang berbaloi sangat kalau datang ke sini bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Harga bagi setiap makanan dan minuman pula adalah berpatutan.

Pada hari tersebut kami semua mencuba menu All Day Brunch. Saya teringin makan Smoked Salmon and Cream Cheese Platter.ย  Suami pula pilih untuk mencuba MT Breakfast Platter, Hafeesyam pula teringin nak lihat keunikan Nasi Lemak Burger dan Athin pilih menu sama dengan saya.

Memang kenyang sangat. Sarapan pagi yang lengkap dan berkhasiat. Kalau tak percaya tengok gambar bawah ni.

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-4Nasi Lemak Burger. RM 13.90

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-5MT Breakfast Platter. RM18.90

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-set-breakfast-cheqeem-6Smoked Salmon and Cream Cheese Platter. RM 17.90

Untuk minuman pula saya pesan Creme Brulee Coffee, husband cuba Roasted Hazelnut Coffee, Hafeesyam seperti biasa Flat white dan Athin pula Hot Chocolate.

Creme Brulee Coffee memang lain daripada yang lain. Sebabnya foam atas kopi tu ada rasa pahit-pahit manis sikit. Sepatutnya MT Latte Coffee patut jadikan minuman ni sebagai signature coffee. Sedap baq hang..! ๐Ÿ˜€

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-coffee-art-cheqeem-3Flat White Latte. RM 9.50

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-coffee-art-cheqeem-2Roasted Hazelnut Latte. RM 9.50

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-coffee-art-cheqeem-4Creme Brulee Latte. RM 9.50 best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-coffee-art-cheqeem-1Hot Chocolate. RM 8.50

Nak cuba semua makanan memang tak mampu lah kan. Sebab bila dah makan set brunch breakfast kenyang sangat. Nampak tak muka seronok jer semua? ๐Ÿ˜€

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-9

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-3

best-coffee-review-kafe-mt-latte-ara-damansara-cheqeem-7

Kalau ada yang gemar jalan-jalan minum kopi di sekitar Lembah Klang jangan lupa singgah di MT Latte Coffee. ๐Ÿ™‚

MTLatte Cafe
C-G-15, Jalan PJU 1A/20B,
Dataran Ara Damansara, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 011.2758.9639
E-mail : [email protected]
Fb : mt.latte.cafe.69

Waktu Operasi:
Isnin โ€“ Jumaat : 10 pagi โ€“ 7 malam
Sabtu dan Ahad : 10 pagi โ€“ 8 malam
Ditutup setiap hari Selasa.

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim-map-mtlatte

 

Leave a Reply