Segmen Kopi @ Kafe Flat White SS15 Subang Jaya

Salam pembaca,

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cheqeem-baristas

Di sekitar kawasan Subang Jaya SS15 nie ada banyak kedai makan dan kafe yang menarik yang boleh kita cuba. Walaupun tempat ni agak sesak, ramai orang dan susah untuk dapat parking tapi disebabkan banyak pilihan kedai makan ramai orang sanggup datang. Termasuk lah saya dan husband. Hehehe..

Kalau ikut plan asal nak mencuba Coffee Cottage Cat Cafe.  Dalam dok sibuk cari Cat Cafe mata ni terpandang pula signboard kafe Flat White. Terus tukar plan. Sebabnya terbayang signature coffee kafe ni mesti flat white. Nak cekidout ler sedap tak kopi flat white.  😀

Petang tu masing-masing agak lapar juga. Ingatkan nak order makanan untuk terus dinner. Tapi sayangnya kitchen close pukul 6 petang. Alaaaa… Dah lah menu makanan nampak macam sedap. Tapi takpa lah. So kita orang cuma order kopi dan makan kek sahaja.

Kalau korang bukan penggemar kopi tapi terpaksa ikut kawan-kawan yang kaki minum kopi jangan risau. Ada pelbagai jenis minuman yang boleh korang pilih. Ada minuman panas atau pun sejuk seperti ice blended. Untuk penggemar kopi pula boleh cuba 4 hidangan istimewa di Flat White. Iaitu:-

  • Nuttella Cap
  • Peanut Butter Moka
  • Caramel Submarine
  • Ice Cube Espresso

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-cheqeem-hot-and-cold-drinkMenu minuman di Flat White.

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-cheqeem-food-menuMenu makanan di Flat White.

Dan ada lagi satu keistimewaan yang terdapat di Kafe Flat White iaitu filter coffee. Saya tak pernah pulak nampak menu filter coffee dekat kafe lain. Tapi bila tanya dengan baristas dia cakap selalunya setiap kafe ada. Kalau nak boleh request. Oooo… baru lah den tau. Ekekeke.. Lain kali kalau pergi kafe lain nak tanya lah pasal filter coffee ni.

Baristas bagi tau lagi kalau minum filter coffee ni kena minum kosong. Tak perlu letak gula ataupun susu. Baru lah kita dapat rasakan keaslian rasa kopi tersebut. Ada 3 pilihan filter coffee yang boleh kita cuba iaitu clever dripper, aeropress dan syphon. Mampu ker minum kopi kosong? Kalau mampu silakan mencuba.

Saya dah rasa filter coffee menggunakan cara syphon dan minum tanpa gula. Memang lain wooo… Terasa keharuman dan keaslian kopi tersebut. Terima kasih Baristas sebab bagi saya rasa single shot. 🙂

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-filter-coffeeCara-cara untuk order filter coffee.

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-filter-coffee-syphoonBaristas sedang menyediakan filter coffee menggunakan kaedah syphon. Dah macam dalam lab saya tengok. Ekekeke..

Petang tu saya cuba Cappucino Nutella Cap, husband dan Hafeesyam pula cuba flat white, Athin iced chocolate dan sepotong kek Banana Chocolate Chip. Rasa flat white agak mild, tak terlalu kuat rasa kopinya. Cappucino Nutella Cap pula sekeliling cawan saya yang comel tu diletakkan nutella. Menarik kan? Bila nak minum kacau terus bersama kopi pun boleh.  Atau biarkan sahaja. Saya hari tu sambil minum kopi makan nutella tu dengan sudu.  Athin bagi tahu iced chocolate pun not bad.

Kek Banana Chocolate Chip rasa macam mana? Yang ni sumpah sedap….!! Kek dia lembap dan gebu. Topping kek pula ada roasted walnut (rasanya lah..) dan coklat chip. Berebut kita orang makan kek tu. Hahaha.. Rasa macam tak cukup jer.

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-cheqeem-flat-whiteCoffee art super perfect! Saya bagi 5 bintang. Sebab coffee art sama dengan logo kafe Flat White 😛

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-cheqeem-nutella-cap-coffeeFlat White special iaitu Cappucino Nutella Cap. Nampak tak ada coklat nutella sekeliling gelas tu? Memang special sangat.. 🙂

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-cheqeem-banana-chocolate-cakeBananan Chocolate Chip

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cafe-design-shop-1

Pada sesiapa yang nak hang out dengan kawan-kawan sambil menikmati pelbagai jenis minuman kopi yang cukup unik dan makanan yang sedap bolehlah datang ke Flat White di SS15, Subang Jaya. Jangan lupa cuba filter coffee tau!

Flat White Cafe
No. 73, (Tingkat 1), Jalan SS15/8a,
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-55251896
FB page: flatwhitemy

best-coffee-review-subang-jaya-flat-white-cheqeem-operation-hours

5 comments on “Segmen Kopi @ Kafe Flat White SS15 Subang Jaya

Leave a Reply