Segmen Kopi: Dekorasi Unik Tarikan Cafe Studio

Salam,

Bulan lepas saya, suami dan Hafeesyam berkunjung ke Cafe Studio yang terletak di Kota Damansara. Kalau ikut perancangan awal Hafeesyam nak ajak lepak satu kafe di Subang Jaya yang berkonsepkan kucing iaitu Coffe Cottage Cat Cafe. Sebelum pergi dah siap google cari info pasal cafe ni. Menarik! Tapi dia tukar plan last minute. Nak ajak lepak area Kota Damansara pula. So kita orang pun follow jer lah. Kalau tak boleh kita orang main-main dengan kucing sambil minum kopi. Hehehe..

Itu lah kali pertama saya sampai ke The Strand Kota Damansara. Wahh.. macam lah jauh sangat kan tempat tu. Padahal dekat jer dengan Shah Alam. Hahaha.. Tak suka pergi sana sebab jalan jem teruk dengan pembinaan MRT. Tapi kalau pergi waktu petang dan hari cuti ok lah sikit. Sementara tunggu Hafeesyam sampai dapat lah usha persekitaran The Strand. Cantik gak tempat ni. Kalau ada masa datang lah.

Lokasi Cafe Studio ni agak tersorok juga. Bukan nya di tingkat bawah seperti kafe yang lain. Dekat tingkat satu sebenarnya. Macam pelik pulak kan. Alaa.. korang tengok signboard jer lah. Mesti jumpa.

Selalunya bila saya  masuk kafe mesti suka dengan aroma kopi. Tapi bila masuk Cafe Studio lain pulak. Tolak jer pintu masuk mata ni terus tertumpu dengan hiasan dalaman. Hilang terus aroma kopi. Haha.. Kafe ni penuh dengan hiasan arca yang cantik. Rasa macam kafe dalam taman pun ada jugak. Sebab ada buaian, ada pokok mati yang besar, ada pokok-pokok hijau. Memang unik lah hiasan dalaman Cafe Studio. Kebanyakan orang pun bagi pendapat yang sama iaitu hiasan dalaman Cafe Studio lain daripada yang lain.

So macam biasa kita orang pun mencuba minuman kopi dekat sini. Nampak ada menu Irish Coffee, tapi dah habis pula. Saya nak try sebab Irish Coffee dekat sini adalah non-alcohol. So kalau ada yang nak mencuba Irish Coffee tanya dulu sebelum order. 🙂

Biarlah gambar yang berbicara. Kalau nak mencuba sila datang ke sana. Eh, macam pantun pulak. Hahah..

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-main

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-4

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-2

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-3

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-10

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-9

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-8

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-7

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-6

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-14

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-15

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-13

food-and-coffee-review-cafe-studio-the-strand-kota-damansara-1

Cafe Studio
No. 42 A-1 & 46-1
Jalan PJU 5/20D, The Strand
47810 Kota Damansara, Petaling Jaya
Tel No: 012-234-6073

7 comments on “Segmen Kopi: Dekorasi Unik Tarikan Cafe Studio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *