Sajian Istimewa Restoran Bisik-Bisik Shah Alam

Salam,

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-1

Minggu lepas rakan blogger sis Hanny ajak saya dan beberapa rakan blogger lain termasuk suami saya untuk sesi food review. Kalau bab review makanan memang saya tak tolak punya. Dekat KL pon saya sanggup pergi, inikan pula dekat seksyen 7 Shah Alam jer. Ekekeke..ย  Lagi pun dah lama tak jumpa dengan rakan-rakan blogger. Sambil kita review makanan dapat juga lepak dengan mereka.

Di mana kami makan malam tu? Apa yang kami makan malam tu? Apa yang kami nak review dan ceritakan pada korang semua? Haa… nak bagi tahu awal-awal. Jangan salahkan saya jika anda terliur dengan segala menu yang dihidangkan. Saya ni cuma menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Ekekeke..

Malam tu saya dan suami (eshamz), sis Hanny, sis Nora, sis Roshidayu, Noraini dan suami berkunjung ke Restoran Bisik-Bisik di Seksyen 7, Shah Alam. Dalam pukul 8.30 saya dan suami sampai dulu. Dalam 10 minit kemudian yang lain-lain pun sampai. Tak sangka ada juga yang tersesat cari tempat ni eh. Hehehe.. Padahal tak susah pun, sebelah dengan UNISEL jer. ๐Ÿ˜›

Bila semua dah sampai kami dilayan oleh pemilik Restoran Bisik-Bisik iaitu Pn. Aien. Bila ditanya nak cuba makanan apa kami pun tak tahu. Jadi kita orang mintak Pn. Aien sendiri bagi cadangan. Dan akhirnya makanan yang bakal kami makan ialah:-

  1. Mee Bandung Muar Udang Galah (A)
  2. Mee Rebus Tulang
  3. Laksa Johor
  4. Nasi Goreng Anak Bujang
  5. Asam Pedas Mak Kiah (Set Nasi Putih) – Ikan Patin
  6. Kacang Pol (Dari Larkin, JB)
  7. Ais Jagung Bisik-Bisik
  8. Kathira JDT
  9. Bandung Soda

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-mee-rebus-udang galahNampak tak betapa besarnya udang galah tuu.. Diterbangkan jauh dari Sabah ke Shah Alam.. Patut lah rasa udang tu lebih segar dan sedap. Hehehe… Mee Rebus Muar Udang Galah ni adalah menu yang paling popular di Restoran Bisik-Bisik. Jadi korang patut cuba tau!

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-mee-rebus-tulangKalau sebut mee rebus dari Johor mesti terbayang mee rebus tulang kan? Dekat Restoran Bisik-Bisik pun ada juga. Jangan lupa sedut lemak-lemak daging guna straw. Kalau rasa kecik mintak yang lebih besar lagi. Ekekeke… ๐Ÿ˜€

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-laksa-johorKalau makan laksa Johor jangan pelik pula kalau tak jumpa mee laksa ya. Uniknya tentang Laksa Johor ialah mee yang digunakan ialah spageti. Gaulkan semua bahan-bahan hiasan, lepas tu baru makan. Kalau tak cukup pedas mintak sambal belacan lebih. Hehe..

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-nasi-goreng-anak-bujangInilah dia Nasi Goreng Ayam Bujang. Amacam? Unik tak? Nasi goreng yang dibungkus dengan telur kemudian diletakkan ayam burung puyuh. Kelass gitu P.Aien letak nama menu nih. Memang buat orang tertarik nak mencuba.

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-set-asam-pedasCukup rasa cukup sedap asam pedas dekat Restoran Bisik-Bisik. Rasa pedas dan masam seimbang pun seimbang. Ada beberapa pilihan ikan mengikut selera masing-masing. Dihidangkan pula dengan nasi putih. Ada sayur, ikan masin dan sambal belacan. Memang terbaik lah.!

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-set-asam-pedas-2

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-kacang-pol-johorIni lah tarikan Restoran Bisik-Bisik yang terbaru. Iaitu Kacang Pol Larkin. Eh, betul tau dari Larkin. Pn.Aien turun sendiri ke Johor dan bawa kacang pol ke Shah Alam. Kalau korang rasa jauh sangat nak pergi ke Johor apa kata datang Shah Alam dan singgah Restoran Bisik-Bisik.

Ini lah kali pertama saya makan kacang pol Larkin. Sedap rupanya. Patutlah famous di Johor Bharu. Hehehe…

Kalau nak datang ke Restoran Bisik-Bisik jangan lupa order Air Kattira, Bandung Soda dan Ais Jagung. Di jamin puas hati terutama ais jagung. ๐Ÿ˜€

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-bandung-soda-dan-air-katthiraAir Katira JDT dan Bandung Soda.

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-bandung-ais-jagung-bisik-bisikAis Jagung Bisik-Bisik.

Sebenarnya ada banyak lagi menu istimewa di Restoran Bisik-Bisik selain daripada menu Johor. Antaranya Char Kuey Teow , Satay, Nasi Ambeng, Makanan ala carte dan macam-macam lagi termasuk lah menu makanan barat. Jadi tak perlu pening nak makan apa bila datang ke sana. Datang jer beramai-ramai, bawa keluarga, kawan-kawan atau buat mini gathering reunion pon boleh. Kalau nak suruh mereka buat katering di rumah atau di pejabat pon boleh. Memang disediakan kalau berminat.

Nak tahu lagi pasal Restoran Bisik-Bisik boleh lihat di sini:-

Website : www.bisikbisik.com.my
Facebook : Restoran Bisik-Bisik Shah Alam
Alamat :
JALAN ZIRKON B7/B,KOMPLEKS ANJUNG 7
Shah Alam, Malaysia
Tel :ย  017-731 7803
Waktu perkhidmatan: ย Isnin hingga Ahad: 12:30 tgh hari hingga 12:30 malam
Cuti: Setiap hari RABU, minggu kedua dan keempat setiap bulan

Terima kasih banyak-banyak kepada Pn.Aien dan kakitangan yang lain kerana sudi melayan kami yang kecoh malam tu. Dalam dia sibuk melayan pelanggan sempat juga kami ‘culik’ dia dan beberapa orang kuat kakitangan Restoran Bisik-Bisik sekejap untuk sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Nampak tak muka masing-masing kekenyangan dan puas hati. Ekekeke..

food-review-restoran-bisik-bisik-shah-alam-2Restoran Bisik-Bisik memang BEST!

7 comments on “Sajian Istimewa Restoran Bisik-Bisik Shah Alam

  1. dari hari tu lagi nak komen now baru ingat nak tambah komen sini.
    area ni byk kedai mkn. tuari mkn kedai kat bawah…lalu jee bisik bisik ni. rasa nak makan situ tapi anak nak makan cikencop pulekkk..tu pasal makan kedai bawah sebab ada western! jeling2 orang makan megi ketam huhuhu. mee udang galah. huhuhu. next time pegi shah alam nak cuba!!

  2. kena datang lagi setiap hari untuk tambah komen… hahah… haah, memang banyak pilihan kedai makan dekat situ.. tapi aritu kita orang makan western macam kureng sikit.. huhuhu…. nanti kalau turun shah alam roger kita orang…. boleh pekena sama2 mee bandung udang galah baeekkkk punya…..! ๐Ÿ˜€

Leave a Reply