Rindu Dengan Dunia Blogging

Fuhhhh…. Fuhhhh… Fuhhh….

Berhabuk. Bersawang. Berdebu.

Lama gila tak buka blog. Rindunya dengan dunia blogging….

i-miss-blogging

Kali terakhir menulis bulan awal tahun hari tu. Itu pun cuma ada 3 entri jer sepanjang bulan Januari. Lepas tu terus sunyi sepi blog nie. Nak melawat blog kengkawan pun tak sempat. Busy katanya. Hahaha.. Busy lah sangat kan.. 😛

Pembukaan tahun ni ada macam-macam perkara yang perlu diberikan keutamaan. Selepas balik dari backpacking trip ke Thailand ada banyak benda yang nak diuruskan. Terutama hal yang berkaitan dengan kerja.

Memandangkan saya nie kerja dalam bidang IT untuk industri retailing, jadi kena lah bersedia untuk menyambut GST. Tertekan jugak lah nak memastikan sistem berjalan dengan lancar. Dah namanya kerja, so kita terima jer lah tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. Huhuhu…

Alhamdulillah.. 1 April 2015 sudah pun berlalu.  Sama ada kita suka atau pun tidak, GST Malaysia telah  dilaksanakan. Kuranglah sikit tekanan di tempat kerja. Sekarang ni cuma perlu sediakan laporan yang diminta oleh pihak Kastam Malaysia sahaja.

Itu pasal hal kerja. Hal peribadi pula macam mana?

Haa.. Selain sibuk dengan urusan kerja, saya juga sibuk dengan aktiviti outdoor. Setiap hujung minggu mesti ada jer program macam-macam. Terutama aktiviti hiking. Asyik keluar masuk hutan jer. Nasib baik tak jadi orang hutan. Hahahaha..

Ini semua adalah demi mengejar misi terbesar untuk tahun ni. Dan misi ini juga adalah salah satu daripada bucket list saya dan suami. Misi apa? Misi itu ialah Misi Kinabalu 2015. 🙂

Insya-allah, jika semuanya berjalan dengan lancar saya dan suami serta 12 orang lagi geng outdoor akan menawan gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara. Doakan supaya kami semua diberikan kesihatan yang baik ok. Dan berjaya mengejar impian untuk selfie di puncak Gunung Kinabalu. 😛

2 comments on “Rindu Dengan Dunia Blogging

Leave a Reply