Resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi Yang Sedap

Salam pembaca,

Teringin pula nak share resepi masakan dalam blog.  Resepi simple jer ni. Tak susah pun. Hehehe…

resepi-mudah-sotong-goreng-kunyit-cili-api-cheqeem

Selalunya kalau beli lauk sotong saya suka buat masak sambal. Kadang-kadang masak kunyit. Bila agak terajin sikit buat sotong bakar bersambal. Tapi baru-baru ni ada lah belek buku resepi kak Sheila Rusly.  Ada satu resepi yang dia tulis dalam buku tu nampak senang dan sedap. Iaitu resepi Sotong Goreng Kunyit Cili Padi. Bahan-bahan pun senang jer nak sediakan. Mesti cuba tau!

Bahan-bahan:-

7 ekor sotong saiz sederhana *bersihkan
3 ulas bawang putih *tumbuk
3 biji bawang merah *tumbuk
10 tangkai cili Padi *tumbuk
1 biji bawang besar *potong bulat
Minyak masak
Limau nipis
Serbuk pati ikan bilis Maggi
Garam dan kunyit

Cara-cara:

1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam
2. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
3. Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
4. Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya.
5. Masukkan pula sotong yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga sotong masak sepenuhnya.
6. Akhir sekali tutup api dan sedia dihidangkan.

*Boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga.

Memang sedap dimakan bersama dengan nasi panas. Walaupun nama resepi nya nampak berapi iaitu cili padi, tapi rasanya takdalah pedas sangat pun. Cuma rasa pedas sikit dan masam-masam sikit. Kalau korang nak pedas lagi gandakan cili padi. Ekekeke…

 

Papepun memang sempoi lah resepi nih.. Cuba jangan tak cuba…!!

 

Leave a Reply

    • sotong bakar pedas pun sedap… heheh.. yup.. waktu puasa ni kenalah kurangkan makan pedas… kalau tak pedih perut tuu…