Resepi Cekodok Tepung Dengan Twisties Kari

Salam pembaca,

Pernah tak korang makan cekodok Twisties? Yang selalu orang buat cekodok bawang, cekodok ikan bilis, cekodok udang ataupun cekodok pisang kan? Haa… mana pula datang nya cekodok Twisties nie? Macam mana cara nak buatnya? Apa rasa cekodok tu bila campur dengan Twisties? Rasanya mestilah sedaaaaappppppppp….!! Nak-nak lagi hasil air tangan sendiri.  Hahahaha…

Mana datang resepi cekodok Twisties ni?

Ini memang first time saya dengar pasal cekodok Twisties. Tak pernah rasa apa ntah lagi membuatnya. Masa pergi Royal Belum minggu lepas, si Paci cakap buat lah cekodok campur dengan Twisties. Main request jer si Paci ni tau. Dah saya, Ida dan Amlina blur sekejap memikirkan macam mana nak buatnya. Memandangkan semua orang dalam bot tu kelaparan akibat seronok sangat mandi air tasik, kita orang pun terus jadi kreatif buat bancuhan cekodok campur dengan Twisties perisa ayam. Main belasah jer kita orang masa tu. Bila dah siap eh, sedap pula rasanya walaupun ada terasa lemau-lemau sikit Twisties tu. Tapi disebabkan semua orang kebulur memang licin. Ada yang tak sempat rasa. Hehehe.. Sori lah geng. Buat sikit jer sebab takut tak jadi. Rupanya boleh tahan sedap gak eh. Saya pun dapat makan sikit jer untuk rasa.

So bila dah balik Shah Alam teringat lagi cekodok Twisties. Kali ni husband cakap kita cuba buat guna Twisties kari pulak. Mesti lagi sedap. Sebab ada rasa pedas-pedas sikit kan. So apa lagi. Kita orang pun cuba try test. Kalau dalam masterchef dipanggil Cipta Rasa. 😀

resepi-sedap-cekodok-bawang-dan-twisties-kari-2

Bahan-bahan:

Tepung gandum
Telur
Bawang besar
Rempah kari
Garam
Air
Twisties perisa kari

Cara-caranya pula:

1. Potong bawang besar secara dadu.
2. Gaulkan bawang tersebut dengan garam supaya sekata.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk kari.
4. Tambahkan air dan kacau. Kemudian masukkan sebiji telur. Kacau lagi.
5. Kacau sampai bancuhan tidak terlalu pekat dan cair. Tambah air jika perlu.
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Kemudian patah-patahkan Twisties.
8. Bila kuali dah panas baru masukkan Twisties dalam bancuhan tepung dan terus masukkan dalam kuali.
9. Masak sampai tepung kekuningan atau pun garing. Ikut cita rasa sendiri.
10. Siap. Dah boleh makan.

Tips: Untuk elakkan Twisties lemau, jangan tuang semua Twisties dalam bancuhan tepung. Masukkan bila nak menggoreng sahaja.

Nak tunjuk gambar step by step takda lah pulak. Nanti kalau saya buat lagi cekodok Twisties saya ambil gambar. Lagi satu, resepi saya ni takda sukatan berapa berat tepung, berapa liter air, berapa sudu serbuk kari. Semuanya main campak jer. Pandai-pandai lah korang bajet nak masak banyak atau pun sikit. Ekekeke…

Selamat mencuba!

resepi-sedap-cekodok-bawang-dan-twisties-kari-1

15 comments on “Resepi Cekodok Tepung Dengan Twisties Kari

    1. hahaha…. memang letak twisties dalam bancuhan tepung cekodok…. cuba lah buat yang perisa ayam.. mesti anak2 suka… 🙂

  1. Twisties tu kira letak macam kita letak cekodok udang la kan? Macam sedap pulak tengok walaupun pelik idea 😀 Tapi time dok hostel dulu lagi la pelik-pelik idea masakan ahahahaha

    1. haah.. lebih kurang macam tu lah.. bila nak goreng baru campurkan dengan twisties untuk elakkan lemau… pelik tapi sedap! hehehe… ye lah, time hostel dulu semua pon perasan masterchef.. hahah…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *