Report Gambar Disalah Guna Dalam Akaun Google+

Salam pembaca,

Gambar teman kena curi!!!!!

Siapa pernah kena macam nie? Gambar peribadi kita ada orang lain guna untuk tujuan lain. Mesti ramai rakan blogger yang pernah kena kan. Tak sangka plak kali ni giliran saya yang kena. Aduuuuhhhhh…..

Nasib baik rakan blogger Khir Khalid cepat-cepat mesej suami saya pasal perkara ni. Dia ternampak ada satu akaun Google+ telah menggunakan gambar saya sebagai profile picture akaun tersebut. Bila saya lihat profile tersebut rupanya gambar yang dia gunakan tu sama dengan gambar dalam akaun Google+ saya. Yang buat saya lebih geram dan seram ialah profile akaun tersebut adalah untuk pinjaman wang berlesen. Pinjaman wang berlesen konon. Nie semua geng-geng ‘ahlong’. Demmittt….!!

Saya dapat tahu pasal perkara ni pagi tadi. Petang tadi saya check jumlah follower dah bertambah. Kalau dibiarkan lama mungkin lebih ramai yang follow dia. Haaahhh… Mana tau satu hari nanti jadi pape ker, tak pasal-pasal saya mungkin akan terlibat sama. Bab pinjaman wang berlesen ni seram weehhh…. Tak boleh dibiarkan lama-lama.

Jalan terbaik yang patut saya lakukan ialah report ke Google+ pasal perkara nih. Tapi macam mana Google+ bertindak saya pun tak tahu. Kita tunggu jer lah nanti. Yang penting saya dah ambil tindakan. Harap-harap masalah ni dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak Google+.

Macam mana saya report? Saya buat macam nie.

1. Klik pada detail. Pilih Report/Block Catherina

cara-report-fake-account-dalam-google-plus-cheqeem-1

2. Saya pilih ‘This profile is impersonating someone’. Klik ‘Done’

cara-report-fake-account-dalam-google-plus-cheqeem-2

3. Isi segala maklumat yang diperlukan termasuk upload gambar ID. Saya pilih untuk upload gambar IC.

cara-report-fake-account-dalam-google-plus-cheqeem-3

4. Akhir sekali klik ‘Submit’.

cara-report-fake-account-dalam-google-plus-cheqeem-4

Ini lah dia profile Google+ yang menggunakan gambar saya. Nama bukan main lagi. Catherina Nor Misah kunun. Tapi guna gambar orang lain. Hahahaha… Tunggulah Google+ ambil tindakan.

cara-report-fake-account-dalam-google-plus-cheqeem-5

18 comments on “Report Gambar Disalah Guna Dalam Akaun Google+

    1. uisshhh…. itu lah yang paling saya takut sekali dalam dunia siber… mintak2 janganlah ada yg salah guna gambar saya….

    1. itu lah yang seronoknya bila berada dlm komuniti blogger… alhamdulillah… dah setel masalah nih… tapi saya tengok dia guna gambar org lain pula…. hhhmmmmm……

    1. salam… haah.. kita boleh report kalau gmbr di salah guna.. tapi google tak boleh buat apa .. tak cukup support gambar tersebut adalah gmbr kita… huhuhu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *