Part 2: Coretan Larian Sepanjang 2015

Sambungan coretan larian 2015 Part 2. Kalau ada yang tertinggal entri sebelum ni boleh baca di sini. –> Part 1: Coretan Larian Sepanjang 2015

No 5: Reach Out Run 2015

Dua minggu selepas event TM Fan Run saya dan suami masuk Reach Out Run. Event ni ada misi. Misi apa? Misinya ialah cabar diri sendiri dan sahut cabaran kengkawan masuk kategori 10km. Kiranya bertepatan lah dengan tema event ini iaitu Run For A Cause. Heheheh.. Berdebar pula rasanya nak lari sejauh 10km. Mampu ker kaki ni nak bertahan untuk lari sampai 10km. Tapi kita orang redah jer. Kengkawan pun selalu bagi support untuk newbies runner macam kita orang. 😀

reach-out-run-2015-cheqeem-1 Beberapa minggu lepas kita orang turun dari gunung Kota Kinabalu telah berlaku gempa bumi. Jadi untuk run kali ni kita orang sepakat untuk pakai baju rasmi Misi Kinabalu 2015.

Event ni ada 2 kategori sahaja. Iaitu 10km dan 5km. Yuran pun tak mahal. RM45 untuk kategori 10km, manakala 5km pula RM35. Setiap peserta yang daftar akan dapat Dri-Fit T-shirt, Medal, Bib dan timing chip(10km),  Sijil dan Goodie Bag. Event Reach Out Run yang dianjurkan oleh IM4U turut mendapat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaludin dan artis tempatan seperti Soo Wincci, Zizan, Ultimate, Aizat, Thanuja dan ramai lagi.

reach-out-run-2015-cheqeem-2Yb KJ ajak selfie dengan kita orang. Hahahaha…

Apa rasanya lari untuk kali pertama kateogri 10km? Hazab wehhhh… Penat, semput, sakit kaki, sakit pinggang. Semua pun sakit lah selepas kilometer ke 5. Hahahaha…. Tapi disebabkan lari bersama suami dialah yang banyak bagi support untuk saya sampai ke finishing line. Memang kena push dengan dia. Kalau lari sorang memang lebih banyak berjalan lah daripada berlari. Secara rasminya saya berjaya tamatkan dalam masa 1:23:34.  Yeaahhhh….!!

Overall event yang kali pertama dianjurkan oleh I4MU harus diberi pujian. Baju Dri-Fit ditaja oleh Brooks, water station yang mencukupi, terdapat voucher Brooks bernilai RM150 dalam goodie bag,  2 water station yang disediakan dan macam-macam lagi kemudahan yang disediakan untuk peserta. Terdapat juga booth seperti Yayasan Jantung Malaysia, Persatuan Dyslexia Malaysia serta beberapa booth yang lain turut memeriahkan suasana pada hari tersebut.

reach-out-run-2015-cheqeem-5

reach-out-run-2015-cheqeem-4

reach-out-run-2015-cheqeem-3

Kalau event ini dianjurkan sekali lagi pada tahun hadapan boleh lah kita masuk beramai-ramai. 🙂

No 6: Tadom Base Warrior Revolution Challenge 2015

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-6Muka bajet suci masing-masing sebelum bermain dengan lumpur. :p

Selepas berhenti selama sebulan pada bulan Ramadhan, aktiviti run seterusnya ialah Tadom Base Warrior Revolution Challenge di Banting. Ini bukan larian biasa. Kali ni adalah larian beserta halangan. Larian pula sejauh 5km dan sebanyak 30 halangan yang perlu dilakukan oleh setiap peserta. Halangannya pula ala-ala kem latihan ketenteraan. Mencabar jugak wehhh….

Untuk kita orang yang kali pertama masuk event macam ni pening jugak nak memikirkan kasut apa yang sesuai. Halangan pulak ada yang kering ada yang basah. Nak pakai Teva takda cover kaki, nak pakai kasut run rosak pulak kasut. Nak beli kasut baru Salomon Speedcross atau Brooks Cascadia takda bajet pulak. Hahahaha… Nasib baik Bella ada kasut Cascadia yang dah jarang dia pakai kasi pinjam. Jimat duit. Ekekekeke… TQ Bella.

Pagi tu kita orang perlu lari keliling kampung sejauh 5km. Selepas lari barulah jumpa semua halangan sebelum sampai ke finishing line. Masa ni lah macam-macam halangan yang terpaksa kita orang redah dan lakukan. Memang havoc bila kita orang acah-acah jadi super warrior dekat setiap halangan. Hahaha..

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-7Belum apa-apa lagi kita orang dah kena redah air lumpur sampai paras pinggang.

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-8Semangat semua orang redah halangan tayar. Hehehe…

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-9Siapa  yang tinggi untunglah dapat pegang tali. Kalau tak sampai jatuh dalam air. Hahaha…

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-1

Dekat 3 jam jugak lah baru kita orang sampai ke finishing line. Dalam banyak-banyak halangan yang ada saya paling suka 2 halangan yang terakhir iaitu giant slide dan ice challenge.

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-2

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-3

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-4

tadom-base-warrior-revolution-challenge-2015-cheqeem-5

Seronok memang seronok. Tapi yang tak tahan ialah satu badan bau busuk lumpur macam longkang. Hahaha.. Sebelum balik kita orang bersihkan badan dulu dekat sekolah tempat parking kereta. Kemudian baru pergi makan dekat Mitsui Outlet.

Agak-agak berapa kali basuh baju baru hilang bau busuk lumpur ? Bilas baju jer berkali-kali. Lepas tu rendam, lepas tu basuh. Esoknya dah kering cium bau lagi. Ulang balik langkah yang sama sampai hilang bau. Hahahaha….

Nak masuk lagi ker event macam nie? Hmmm… Tengok lah dulu lah macam mana. Hehehe…

No 7: Run With Us 2015

Event ini dianjurkan oleh ASTI (Alumni Sekolah Sains Teluk Intan) Runner bertempat di Putrajaya. Terdapat 2 kategori yang dibuka iaitu 12km dan 5km. Kalau nak cari review tentang event ni memang tak jumpalah. Sebab ini adalah kali pertama event ini dianjurkan oleh ASTI Runner. Tapi oleh kerana hadiah cabutan bertuah yang menarik maka suami saya pun daftar untuk kategori 12km. Mana tau ada rezeki menang TV 40″ ker, basikal ker, jam tangan Garmin ker? Hahahaha.. Katanya nak cuba up distance larian.

Saya pulak tak sempat nak register. Kalau ikutkan nak jadi ghost runner lari dengan Bella buat 5km. Tapi ada pulak adik member tak dapat nak datang pagi tu. Saya pun dengan konfidennya ambil bib no tersebut untuk kategori 12km. Huhuhuhu….

Mental dan fizikal memang tak ready untuk buat 12km. Sakit-sakit badan lepas event Tadom Base  tak hilang pun lagi. Tapi nak cuba gak. So hari tu lari ikut kemampuan jer. Ekekeke… Nasib baik ada 3 water stations yang disediakan. Lepas tu water station yang terakhir pulak ada sediakan pisang dan span air.

Masa mula-mula lari tu ok jer. Lari pon low pace. Tapi bila dah masuk km yang ke 10 memang dah tak larat sangat nak lari. Lari sekejap lepas tu jalan. Kemudian paksa lagi lari. Lutut pun dah mula terasa sakit sikit sebab tak pakai rock tape. Tapi sebab lari dengan husband so dia lah yang push suruh saya lari. Kalau dia takda memang jalan jer lah. 500m yang terakhir dia tunggu dekat tepi jalan sebelum berlari sama-sama sampai ke finishing line. Hehehe..  Akhirnya kita orang berjaya tamatkan larian 12km dalam masa 1 jam 43 min. Fuhhhh….

run-with-us-2015-cheqeem-1

run-with-us-2015-cheqeem-3

run-with-us-2015-cheqeem-2

Sambil lepak makan snack macam-macam yang diberikan depan POJ kita orang berharap dapat jadi peserta bertuah menang hadiah. Tapi selepas tunggu punya tunggu, nombor tak disebut pun. Kecewa lagi. Hahahaha… Tapi takpalah.. Yang penting semangat kesukanan tu ada dan organizer berjaya anjurkan event ini dengan cemerlang. Tahniah ASTI Runner…!!

Ok.. Entri ni bersambung lagi.. 🙂

6 comments on “Part 2: Coretan Larian Sepanjang 2015

    1. boleh jer kalau nak start MV… mulakan dengan fun run jer dulu…. suka tengok family bawak anak2 masuk event run sambil tolak stroller… hehehe….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *