Majlis Iftar P1Omanite 2015 Bersama Blogger

Salam pembaca,

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-2

Alhamdulillah.. Gembira sungguh rasa di hati bila suami bagi tau dia dapat jemputan majlis iftar anjuran P1 pada 8 Julai di hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Yang buatkan gembira tu bukan apa.. Sebab tarikh 8 Julai tu adalah tarikh wedding anniversary kita orang yang ke-4. Dapat save bajet daripada berbuka di luar. Ekekeke..

Majlis iftar P1Omanite yang dianjurkan oleh P1 Packet Network adalah bertujuan untuk menghargai rakan-rakan media online seperti blogger yang sentiasa menyokong dalam mempromosikan produk dan aktiviti dari P1. Terima kasih banyak-banyak kepada P1 kerana sudi menganjurkan program berbuka puasa.

Dalam kita bergembira jangan pula kita lupa pada mereka yang memerlukannya. Atas keprihatinan, pihak P1telah menjemput seramai 18 orang adik-adik dari Pusat Jagaan Darul Sakinah. Sumbangan hari raya telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi P1 iaitu En. Azizi.

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-6En. Azizi memberikan sedikit ucapan pembukaan sebelum berbuka puasa.

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-3Adik-adik dari Pusat Jagaan Darul Sakinah yang hadir pada malam itu.

Majlis pada malam itu diacarakan oleh artis Atilia Haron. Tak sangka berbakat rupanya Atilia menjadi emcee. Memang meriah majlis yang dikendalikan oleh beliau. Selain itu P1 juga menjemput artis baru yang menggelarkan diri mereka Dischord. Sama ada lagu baru ciptaan mereka sendiri ataupun lagu lama yang diberikan nafas baru memang sedap di dengar.Terhibur kami semua mendengarkan alunan muzik yang dimainkan.

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-7Artis undangan kumpulan Dischord.

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-5Sempat aje Atilia berduet menyampaikan lagu raya. Hehe…

P1 juga menganjurkan pertanding BEST SELFIE dan BEST DRESS. Patutlah malam tu saya lihat ramai yang melaram sakan. Dah macam sambutan jamuan hari raya pula. Memang terbaik dan sempoi lah semua orang yang datang. Tahniah pada yang telah berjaya menang..!! Saya cuma nak selfie dengan Atilia jer. Hehehe….

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-8

Bab makan tak payah cakaplah kan. Ada banyak pilihan makanan dan minuman yang disediakan termasuk kambing golek. Yummmeehhh….!! Saya duduk semeja dengan blogger AJ, blogger Farah, blogger Bro Framestone dan blogger Shiqin. Yang lain tak sempat pula nak beramah mesra. Saya ni pemalu orangnya.. Hahahah.. Lain kali kalau ada sesi bersama blogger saya tegur-tegur ehh.. 😛

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-4

Majlis pada malam tu berakhir jam 9.00 malam. Sebelum balik kita orang dapat doorgift istimewa dari P1 iaitu coklat. Terima kasih sekali lagi.

majlis-iftar-p1omanite-2015-bersama-blogger-9

 

 

 

8 comments on “Majlis Iftar P1Omanite 2015 Bersama Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *