Layanan Bagaikan Seorang Puteri Di Spa Shangri-La Putrajaya

pengalaman spa shangri la putrajaya

Selalu dengar orang cakap kalau pergi spa ni seronok. Terutama orang perempuan. Dapat memanjakan diri katanya. Merehatkan badan, terapi jiwa dan menyegarkan aura badan. Betul ker?

Saya pun teringin juga lah nak rasakan sendiri apa yang seronoknya manjakan diri di spa kecantikan. Apa lagi, survey Groupon lah. Memang banyak yang menarik dan murah. Serendah RM38 dah boleh dapat urutan di spa selama 2 jam. Tapi saya macam risau pula. Takut servis yang diberikan tak memuaskan hati.

Akhirnya saya tertarik dengan voucher Full Body Malay Traditional Massage dari Hotel Shangri-La Hotel Putrajaya. Ada jumpa beberapa blog yang buat review mengenai servis spa Shangri-La Hotel. Derang cakap servis memang 5 star. Itu yang menguatkan lagi alasan untuk beli voucher tersebut. Lagi pun ini kali pertama saya nak jejak kaki ke pusat spa, mesti lah kena beli yang paling best punya. Hehehe..

2-hour 15-min package includes (RM522 value)

  •     15-min foot bath (RM40 value)
  •     60-min full body traditional Malay massage (RM160 value)
  •     60-min full body Boreh spice treatment (RM250 value)

Lepas dah beli voucher terus call dan buat appointment. Booking siap-siap tarikh 22hb Ogos. Ada sebab kenapa pilih 22hb Ogos. Kalau nak tau kena baca entri ni sampai habis. 😀

Hotel Shangri-La Putrajaya terletak di Precint 1, Putrajaya. Berdekatan dengan kawasan bangunan kerajaan dan taman botani Putrajaya. Kalau nak senang guna Waze jer macam kita orang. Mesti sampai punya lah. Haha.. Jadi sebelum 6.30 petang, saya dan suami tiba di sana. Tepat pada masanya. 😀

Bila sampai di pintu masuk Health Club and Spa, kami di sambut dengan dua orang pekerja yang sangat peramah. Mereka memang dah menanti kedatangan saya petang tu dan bilik pun dah disiapkan. Dah booking kan, mesti lah semuanya dah disediakan. Fuhh, memang tak sabar rasanya nak memanjakan diri. Hehe.. Tapi sebelum tu saya kena isi borang maklumat kesihatan. Saya tak pasti kalau tempat lain macam mana.

Kemudian kita orang di bawa ke Executive Spa Lounge. Sebelum saya masuk ke dalam kita orang di jamu dengan air teh halia panas. Menyegarkan! Saya beli voucher untuk seorang sahaja sebab tiada tukang urut lelaki. Nak bagi perempuan lain urut suami kita? Sorry lah eh. Tak sanggup uolss… Hahaha..  Jadi sepanjang 2 jam lebih saya berada di dalam, suami saya dengan sporting nya lepak di spa lounge bersama dengan laptop sambil tengok blog dia www.eshamzhalim.com  (promosi percuma… :D)

hotel and resort spa shangri la putrajay 2Spa Executive Lounge

Layanan Bagaikan Seorang Puteri Di Spa Shangri-La Putrajaya

Bila melangkah je masuk bilik dan terasa aura yang menyegarkan. Bilik pula private dan lengkap dengan bilik air. Tak perlu risau kalau orang lain nampak. Hehe.. Mula-mula Ina (stafg spa) suruh saya rendam kaki terlebih dahulu. Kalau tengok pada pakej memang ada 15min foot bath. Apa tujuan untuk rendam kaki saya pun saya tak tahu. Tapi bila dapat rendam kaki,  rasa hilang lenguh-lenguh.

Lepas dah rendam kaki, Ina lakukan body scrub. Bila saya tanya jenis scrub yang digunakan, dia cakap dari jenis garam kasar. Fuhh… nasib baik garam, saya ingatkan dia guna pasir. Sebab terasa sangat bila dia gosok satu badan. Hahaha.. Takda lah rasa pedih.. Biasa-biasa jer. Lepas 1 jam Ina menggosok dan menanggalkan segala jenis kekotoran, saya pun mandi. Tapi saya tak mandi dalam bilik tu walaupun ada bilik air. Saya pergi mandi dekat ruang yang menyediakan bilik sauna, jakuzi dan bilik air. Lagi pun Ina cakap takda orang. Apa lagi kan, merasa lah saya duduk dalam bilik sauna sekejap. Lepas tu masuk dalam jakuzi bathtub. Hihihi.. Bestnya..

Lepas dah mandi terasa sungguh kulit ni lembut dan licin. Almaklumlah.. Dah gosok satu badan kan. Haruslah lembut. Hehe.. Kemudian Ina datang sekali lagi untuk sesi 1 jam urutan tradisional menggunakan minyak lavender. Oh, favorite saya minyak lavender. Kalau nak tau badan Ina ni kecik jer macam saya, tapi dia punya tenaga mengurut boleh tahan juga. Takda rasa sakit sangat badan. Best jer badan ni rasa bila dia membetulkan urat-urat yang dah bersimpul. Masa dia mengurut rasa nak tidur pun ada juga. Tapi tak boleh nak tidur, sebab kita orang rajin berborak. Hehehe..

Akhirnya dalam pukul 9.15 habis dah sesi memanjakan diri. Suami pula sporting je tunggu di luar dekat 3 jam. Tiba-tiba.. Jeng.. jeng.. jeng.. Dapat kejutan pula. Staff dekat situ datang bawa kek sambil nyanyi lagu Selamat Hari Jadi. Terus tersipu-sipu malu.. Ni mesti kerja suami saya yang buat rancangan dengan mereka. So sweet kan..? Hahahaha….

Ingat tak? Tadi masa awal-awal entri saya ada bagi tau kan kenapa saya pilih tarikh 22hb Ogos. Jadi sekarang dah tau lah sebabnya. Nak meraikan hari jadi. 😀

shangri la hotel putrajayaMuka happy + terkejut dapat kek. 😀

shangri la hotel putrajaya

shangri la hotel putrajayaIni lah dia Ina yang melayan saya macam puteri raja hari tu. 😀

Terima kasih kepada  semua staff Health Club and Spa, Shangri-La Hotel Putrajaya atas layanan 5 bintang yang kami terima. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang berikan oleh Ina. Walaupun masih muda dan baru kerja, tapi dia sangat komited dalam memastikan kepuasan pelanggan.

Insya-allah, kalau ada rezeki nanti kami berkunjung lagi ke sana. Kalau ada tukang urut lelaki lagi best. Hehehe…

 

 

 

4 comments on “Layanan Bagaikan Seorang Puteri Di Spa Shangri-La Putrajaya

  1. Wahh menarik. Thanks sharing info & tahniah.. Slmt menyambut hari lahir Cheq Eem. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan & tercapai segala yg dihajati… aamiin.
    p/s: wahh smart lah abg Eshamz dlm gmbar tu hehee.. 😀

  2. 3 jam I tunggu uolsssss…. sib baik ada laptop ngan wifi…kalau tak mmg dah gi swimming kat pool hotel …ahahahaha… 😀

    p.s: Bro Khir.. teman ni mmg smart orgnya…hihihihihihi… :p

Leave a Reply