KL Fabulous Food Hunt 2014

Salam pembaca,

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-cheqeem

Apa agaknya yang korang bayangkan bila ada program pertandingan seperti KL Fabulous Food Hunt? Mesti terbayangkan kena makan macam-macam kan? Nak makan di mana? Makanan apa yang perlu makan? Ada ker makanan esotik? Kalau nak tau kena baca entri ni sampai habis.

Kisahnya bila member ajak masuk program ni takda pikir panjang dah. Terus ON. So saya, husband, Z dan Alice setuju untuk buat satu team. Penyertaan terbuka untuk 200 kumpulan sahaja. Kalau nak pikir dulu pastu baru buat keputusan takut melepas pulak. Hari tu member bagi tau, hari tu jugak terus register. Hahaha.. Omputih kata ‘Fast Action Fast Result‘.

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-5Melekat lah geng zombie ni kalau pergi mana-mana event. Ekekeke..

Bukan kita orang 4 orang jer yang join. Geng-geng lain pun ada jugak yang join. Meriah gitu kan pergi ramai-ramai. Ala-ala rombongan cik kiah masuk food hunt. Pagi tu semua peserta berkumpul di MaTic Lanai. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi sampai 9.30 pagi. Kita orang pukul 8.30 baru sampai sana. Terus pergi kaunter dan ambil goodies bag. Dalam goodies bag ada snack pack, air mineral 2 botol dan paling penting baju rasmi KL Fabulous Food Hunt 2014 warna oren. Fuhhh… bila semua orang pakai rasa macam perjumpaan penyokong pasukan Belanda pulak walaupun saya penyokong Spain. Tapi Belanda pun ok jugak. Oranje Oranje!

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-4Sementara menunggu taklimat haruslah bergambar dulu kan.

Lebih kurang jam 9.30 pagi semua orang dikehendaki berkumpul untuk mendengar taklimat dari pihak penganjur. Setiap kumpulan menerima satu sampul yang berisi passport dan puzzle. Dalam passport tersebut ada 10 check point kedai makan sekitar KL yang perlu kami pergi dan juga puzzle yang perlu disusun. Syarat untuk menang pertandingan ni senang jer. Pastikan semua check point ada chop, lengkapkan puzzle dan jadi kumpulan pertama sampai ke lokasi terakhir. Dah itu jer. Oh, ada satu lagi. Hanya pengangkutan awam sahaja dibenarkan. Tak boleh naik kereta sendiri. Kalau naik kereta sendiri itu namanya treasure hunt. Ekekeke..

Lepas tu kena makan sampai habis. Kalau tak habis petugas tak kan chop pada passport. Sorang peserta perlu lakukan sekurang-sekurangnya dua cabaran.

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-3

Bila bukak pasport, terkejut bila kita orang tengok senarai check point. Jauh jugak diantara satu check point ke satu check point. Dah lah cuma letak nama kedai dan kawasan jer. Alamat langsung takda. Memang mencabar betul nak cari lokasi. Ada yang senang nak cari dan ada juga yang susah. Paling susah kita orang nak cari ialah kedai makan Family Corner, Bandar Tun Razak. Dekat setengah jam teksi bawa kita orang pusing-pusing area Bandar Tun Razak. Sampai kita orang tanya dekat abam polis yang tengah buat road block. Abam polis tu boleh buat lawak pulak. Dia cakap ‘Dekat 5 orang dah tanya saya kedai makan Family Corner.’ Hahahaha…. Adoiyaiii….. Rupanya orang lain pun ada  tanya dekat dia. Nasib lah abam polis. Ekekeke…

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-9

Daripada 10 lokasi check point kita orang cuma berjaya pergi 6 tempat sahaja. Antara faktor kita orang gagal pergi semua lokasi ialah strategi yang salah, takda budget untuk sewa teksi dan terpaksa naik pengangkutan awam. Lagi pun masa yang diberikan sehingga jam 3.00 petang jer. Bila lokasi terakhir pun dah jam 2.30 petang memang mustahil lah nak pergi lagi 4 tempat yang semuanya dekat KL yang sememangnya jem. Kita orang ambil keputusan untuk lokasi terakhir ni tak perlu tergesa-gesa makan. Lepas tu balik semula ke check point tearkhir di Kompleks Karangkraf dengan santai.

CP01 – Dapur Muor Assam Pedas, Platinum Walk Danau Kota (Alice)
Menu: Mee Bandung

CP02 – MZ DarulNaim, Chow Kit (Tiada)
Menu: Nasi dagang

CP03 – Family Corner, Bandar Tun Razak (Sham)
Menu: Laksa

CP04 – Sup Meletup, Bandar Sri Permaisuri (Cheq Eem)
Menu: Bihun Sup

CP05 – Mie Cord Char Koay Teow, Kampung Sungai Penchala (Zack)
Menu: Char Koay Teow

CP06 – Kedai Makan Murah Meriah, Kampung Baru (Tiada)
Menu: Nasi putih, telur itik

CP07 – Restoran Asam Pedas, Setiawangsa (Cheq Eem)
Menu: Nasi dan asam pedas

CP08 – Kaw-Kaw Burger Bakar, Wangsa Maju (Sham)
Menu: Burger Bakar Daging

CP09 – Puzzle

CP10 – Laxana Catering, Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Tiada)
Menu: Nasi dan masak lemak tempoyak

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-1Setiap cabaran peserta perlu habiskan semua makanan termasuk air. Selagi tak habis tak dapat chop passport.

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-2

Team kita orang nak menang memang mustahil. Kita orang target untuk lengkapkan semua checkpoint. Tapi tak berjaya. Lagi pun juara bertahan masuk lagi kali ni. Tempat ke 5 tahun lepas pun masuk jugak. Memang tak dapek lah nak menang. Hahaha.. Kita orang cuma nak have fun dan enjoy. So memang kita orang enjoy. Dapat naik train Star LRT, naik Putra LRT, lepas tu masuk KLCC kejap husband nak keluarkan duit, ambil gambar dekat taman KLCC, jalan kaki dalam hujan pergi Pavilion. Hujan tak berhenti lagi. So masuk Pavilion cari Guardian beli poncho. Lepas tu jalan kaki dalam hujan pakai poncho pergi ke Kompleks Karangkraf. Feeling pelancong wehhh… Hahahah…. Yang ni pengalaman yang tak kan kita orang lupakan sampai bila-bila. Tak kisah lah tak  menang pun. Asalkan dapat lucky draw. Tapi lucky draw pun tak dapat jugak. Achaner tu? Hahahah… Takpa, tahun depan kita orang nak masuk lagi.

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-1

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-1

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-6

Tahniah buat semua pemenang. Hadiah lumayan tau untuk juara, iaitu RM5,000. Hohoho.. Salah sorang geng kita orang iaitu team K.Tie berjaya tersenarai dalam top 30. Dapat lah hadiah wang tunai RM 200. Tahniah juga untuk pemenang cabutan bertuah. Tak sia-sia tunggu sampai majlis habis. Ada tiket Air Asia ke Bandung, Krabi, Bali. Lepas tu peralatan elektronik seperti telefon pintar. Macam-macam lagi lah. Kita orang dapat apa? Dapat hiburan dan selfie dengan abang Jalil Hamid. Yeaahhaa…..!!

kl-fabulous-food-hunt-2014-visit-malaysia-cheqeem-10

Next year kita jumpa lagi.. 🙂

6 comments on “KL Fabulous Food Hunt 2014

    1. sambil makan, sambil fikir strategi… tp sebab mmg dah tau akan kalah so kita orang enjoy jer smpi ke check point terakhir… hahaha….

    1. bila masuk pertandingan macam nie rasa makanan pun tak tau nak ckp sedap ke tak.. sbb makan cepat sangat… ekekeke… tapi memang best..!

Leave a Reply