Kenangan Gunung Kinabalu 2015

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. perancangan untuk mendaki gunung Kinabalu akhirnya terlaksana juga. Tarikh 24 April 2015 menjadi saksi saya dan suami berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4095m dari paras laut.

Walaupun sudah lebih sebulan berlalu, tapi rasa macam baru sahaja. Masih terasa lagi kepenatan mendaki tangga demi tangga sepanjang laluan Mesilau. Masih terasa lagi kesejukan seluruh badan semasa berada di Laban Rata. Masih jelas terbayang indahnya pemandangan dari puncak gunung kinabalu. Cantik sungguh! Sebelum ni saya hanya tengok gambar-gambar dan video dari rakan-rakan. Tapi sekarang bila dapat lihat dan rasakan sendiri lain sungguh perasaannya. Gunung Kinabalu memang cantik!

mt-kinabalu-trip-2015-04

Kisahnya bermula…

Saya dan suami memang dah lama merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu. Bila Amlina bagi tau dia dan rakan-rakan dia yang lain tengah cari geng untuk trip KK saya dan suami pun apa lagi, terus setuju nak ikut sekali. Kalau pergi ikut trip orang yang tak kenal pun boleh juga. Ada jer ad-hoc trip dalam group hiking. Tapi saya lebih suka pergi dengan kawan-kawan sendiri. Barulah betul istilah “Happines is hiking with friends”.  Hehehe.. So saya dan suami bersama 12 orang lagi member iaitu Amlina, Ida, Amar, Bella, Din, Khal, Sham, Fareeza, Jasper, Sukh, Cumie dan Wolf. Yahoooo…..!!

************ siaran tergendala ****************

Entri ni tergantung di sini sahaja.. Lama duduk dekat draft. Takda idea nak mengarang dan berkongsi pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Tiba-tiba hari ni dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Gempa bumi berskala 5.9 Richter, 16km di sebelah barat laut dari Ranau pada pukul 7.15 pagi. Susulan daripada gempa bumi tersebut beberapa kawasan sekitar berhampiran turut merasai gegarannya termasuklah Gunung Kinabalu.

Pagi ni hati tak keruan bila baca berita-berita di dalam group Whatsapp dan Facebook tentang kejadian yang berlaku di Gunung Kinabalu. Tempat penginapan di Laban Rata ada yang musnah, laluan Mesilau juga rosak. Dan salah satu puncak yang popular dan dikenali dengan Donkey’s Ear Peaks juga terjejas akibat kejadian tersebut.

donkeys ear mt kinabalu before and after

Beginilah bentuk sebelum dan selepas Donkey’s Ear Peak di puncak Gunung Kinabalu.
Kredit gambar: Facebook

Saya dan rakan-rakan sempat juga ambil gambar berlatar belakangkan puncak ini.

mt-kinabalu-trip-2015-02

mt-kinabalu-trip-2015-01

Si Pinky Bella berlatarkan Donkey’s Ear peak.
Kredit gambar: Amar

Kemudian saya lihat pula video yang sempat dirakam dari Laban Rata runtuhan batu dari puncak Gunung Kinabalu. Jelas kedengaran bunyi batu-batu jatuh bergolek. Dalam hati saya terus terbayang bagaimana agaknya keadaan pendaki-pendaki yang sedang berada di puncak. Bila berada di tempat yang tinggi udara semakin nipis. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Selamat tak mereka? Ada tak yang hilang? Ada tak yang mati?

Buat masa sekarang ni saya sentiasa mengikut perkembangan berita mengenai nasib pendaki Gunung Kinabalu. Menurut sumber-sumber tidak rasmi yang saya tahu mereka tidak dapat turun ke bawah kerana terputus jalan. Bantuan daripada pihak yang terlibat sedang giat dijalankan untuk membantu pendaki turun dengan selamat menggunakan helikopter. Saya doakan agar semua pendaki dan tour guide tidak mengalami apa-apa kecedaraan yang serius. Dan jika ada yang menemui ajal harap-harap jasadnya ditemui untuk diserahkan kepada ahli keluarga.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(Surah Ar-Rum)

Aminnn…..

mt-kinabalu-trip-2015-03Best Team Ever…!! Too hot.. Hot demo….!!

7 comments on “Kenangan Gunung Kinabalu 2015

    1. untunglah dah 4 kali naik… hahaha…
      walaupun dah gempa bumi tetap rasa nak pergi jugak.. boleh cuba laluan baru…

      1. haha..

        jalan terbaru, tak try lagi.

        2 lalu mersilau, 2 lalu timpohon.

        laluan lain..yang susah tu, tak berani try. lagi satu, guide pun tak bagi. haha..

Leave a Reply