Happy 4th Anniversary

Salam pembaca,

Tak sangka dah 4 tahun kahwin. Orang cakap tempoh 4 tahun perkahwinan ni banyak dugaannya. Masa ni lah kita belajar untuk terima perangai sebenar pasangan kita. Masa ni lah masing-masing nak sesuaikan diri dengan gelaran suami dan isteri. Masa ni juga lah nak build up financial. Macam-macam dugaanlah sebenarnya.

Apa yang saya belajar sepanjang 4 tahun ni kena banyak bersabar dengan pasangan. Kena ada tolak ansur. Kena ada rasa hormat terhadap pasangan. Kena terima kekurangan yang ada dalam diri. Bak kata tok kadi yang nikahkan kami kahwin aritu “nak buat sesuatu perkara kena bincang”. Memang betul kata dia. Itulah yang saya dan husband praktikkan sepanjang tempoh perkahwinan kita orang.

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk sambut wedding anniversary. Macam kita orang ni setiap tahun takda pun beria-ria nak sambut. Tak pernah terima kad ucapan, bunga ataupun hadiah dari suami. Dia bukannya spesis lelaki romantik. Tapi…  Dia tau isteri dia suka makan. (Kira romantik lah jugakkan..hahaha..) Jadi kita orang sekadar keluar makan jer. Eh.. bukan candle light dinner tau dekat restoran eksklusif. Pergi makan dekat kedai makan biasa yang kita orang suka pergi jer. Hahaha…

Cuma tahun ni ada special sikit. Awal tahun hari tu husband ada masuk kontes yang dianjurkan oleh The Stars yang bertemakan Romantic Getaway. Alhamdulillah.. Rezeki buat kami berdua, gambar yang dia hantar telah dipilih sebagai pemenang. Hadiahnya pula ialah voucher penginapan 2 hari satu malam di Hotel Maison Boutique, Kuala Lumpur. Yeaaahhhh……!!

ulang tahun perkahwinan cheqeem dan eshamz 2Inilah gambar yang kita orang menang. Ekekeke…

Voucher ni kena redeem sebelum 31 Ogos 2015. Oleh kerana sekarang ni bulan puasa tak kan nak redeem time bulan puasa pulak kan. Tak best lah pulak. So kita orang guna bulan depan. Hihihi…

ulang tahun perkahwinan cheqeem dan eshamz

Dear Husband,
May our journey in marriage life will always full with love, laughter, joy and happiness. Love u till jannah.

Love,
Wife

14 comments on “Happy 4th Anniversary

  1. Assalamualaikum awakkkkkkk. alhamdullilah. semoga terus kekal bersama hingga ke Jannah. hehehhe bestnya hadiah contest. nak ikuuuuuuuttttt hahhahahhaa… Sheila doakan korang dikurniakan rezeki yang barakah dan dapat anak comey loteyyyyy hehehhehe muahhhhhhh… salam ramadhan 🙂

    1. Walaikumsalam sheila… aminnn….. semoga awk dgn hubby bahagia juga smpi ke jannah…. jom2 honeymoon beramai2…. ekekeke…

  2. Assalamualaikum CheqEem.. eh macamana nak sebut ni eh.. hehehee.. anyway harap masih valid lagi utk saya wish Happy Anniversary… semoga perkahwinan awak kekal hingga jannah…
    Thanks singgah di blog saya yg x seberapa tu.. ni first time jengah blog eem.. salam kenal jugak eh.. 🙂

    1. waalaikumsalam… panggil jer cheq eem… t.kasih diana sbb sudi singgah sini…. ucapan tu valid sepanjang tahun…. ekekeke…

  3. tahniah..saya dah kahwin masuk 12 tahun ..memang banyak cabaran sebagai suami dan isteri ini..cuma saya teringat kata tok kadi swaktu nikah dulu ..jangan kerana nak gadis berdahi licin isteri kita diabaikan…

    1. hang tuah pula orang melaka… ekekeke… alhamdulillah…. rejeki kami…. dah redeem voucher nie.. tp belum sempat citer lagi dlm blog… ekekeke….

Leave a Reply