Family Day Out Blogger di EnerZ Indoor Extreme Park

Salam,

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-2

Minggu lepas saya dan suami berkesempatan bersama blogger Bro Framestone dan rakan-rakan blogger yang lain memeriahkan Family Day Blogger di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya. Selepas habis larian 9 to 5 di Putrajaya, kita orang terus ke sana. Katanya macam-macam aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur. Dan ada hadiah misteri bakal dimenangi sekiranya berjaya melengkapkan tugasan yang diberikan. Fuhh… memang tertarik sungguh..!!

Ramai juga blogger yang datang pada hari tersebut bersama dengan keluarga masing-masing. Kata family day kan. Kebetulan pula minggu lepas adalah hari ibu. Sesuai sangat dapat luangkan masa bersama keluarga sambil melakukan aktiviti outdoor. Macam saya dan suami datang berdua jer lah. Hehehe..

Pagi tu kami terlepas sesi pertama iaitu EduTainment (Education Entertainment). Masa kami sampai tengok anak-anak tengah melakukan aktiviti berkumpula

n. Bila berbual dengan rakan blogger yang lain mereka bagi tahu EduTainment ni adalah satu aktiviti khas untuk kanak-kanak yang berkonsepkan belajar sambil bermain.

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-3

Kanak-kanak diberikan peluang untuk bermain di dalam kumpulan. Setiap kumpulan pula mereka akan melantik ketua kumpulan. Sepanjang aktiviti berkumpulan dijalankan, ketua kumpulan akan bertanggungjawab menjaga ahli kumpulannya. Ibu bapa tidak dibenarkan membantu anak-anak mereka. Boleh tengok sahaja. Hehehe..

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-4

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-5

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-6

Baguskan program EduTainment ni? Bila saya perhatikan ala-ala program team building untuk kanak-kanak. Mereka cepat mesra dan bergaul antara satu sama lain. Malah bantu rakan kumpulan menyelesaikan tugas yang diberikan dengan baik. Dan fasilitator EnerZ pun terbaik dalam mengendalikan program ni. Syabas!

Selepas tamat untuk sesi anak-anak, barulah masuk program sesi untuk mak bapak pula. Ekekeke… Yeaahhhh… inilah masanya giliran orang tua pula beraksi. 😛

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-11Makan tengah hari dengan blogger Bro Framestone dan rakan blogger lain.

Terlebih dahulu kami diberikan penerangan oleh pakar-pakar trampoline a.k.a ‘Coach’ bagaimana untuk bermain sukan trampoline. Coach mengajar kami beberapa aksi yang nampak senang tapi susah. Hahaha.. Tapi sebenarnya seronok sangat! Saya teringat zaman kanak-kanak dulu suka lompat atas katil spring. Lepas tu kena marah dengan mak takut spring katil rosak. Hahaha.. So kalau nak main lompat-lompat lagi boleh lah datang sini. 😀

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-14Jom lompat semua!!

Kemudian aktiviti kumpulan dijalankan. Kita orang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Nama kumpulan kita orang yang telah dipilih oleh adik Naqib ialah ‘Super Power’. Gitteewwww….. Ekekeke..

Aktiviti pertama untuk aktiviti berkumpulan ialah Slam Dunk. Caranya kena lompat dan masuk kan bola dalam jaring. Nampak macam senang, tapi susah jugak sebenarnya. Ada 3 jaring yang disediakan. Setiap jaring mempunyai tahap tinggi yang berbeza. Siapa yang berjaya masukkan bola pada yaring yang paling tinggi akan dapat lebih banyak point.

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-15

Aktiviti ke dua pula permainan Dodge Ball. Kita orang perlu lawan diantara kumpulan. Permainan ni kelakar, seronok, penat dan meriah lagi. Macam-macam strategi setiap orang gunakan untuk pastikan kumpulan masing-masing menang. Akhirnya kumpulan kita orang berjaya menang. Hohoho.. Cayalah Iena kerana berjaya mempertahankan diri daripada terkena bola. Disebabkan kumpulan kita orang menang dapat banyak point. Heheh…

Dan aktiviti yang terakhir pula ialah permainan galah panjang atau pun Electric Fan. Lama tak main permainan nie. Masa kecik-kecik dulu selalu lah main dengan kengkawan. Jenuh jugak nak tamatkan permainan ni. Apa ntah lagi nak melepaskan diri untuk ke garisan penamat. Hahaha.. Tapi kita orang semua layan jerrr…

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-9Inilah team super power.

Tamat dah permainan untuk orang dewasa. Setelah pihak penganjur iaitu EnerZ mengira point bagi semua kumpulan akhirnya kumpulan Super Power mendapat jumlah point yang paling tinggi. Yeaaahhh…

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-13Dapat hadiah botol air eksklusif dari EnerZ.

Itu adalah sebahagian daripada aktiviti yang disediakan oleh pihak EnerZ. Ingat lagi tak pada awal entri saya ada ceritakan tentang hadiah misteri? Haa.. untuk rebut peluang hadiah misteri setiap blogger perlu lakukan beberapa tugasan yang diberikan oleh Bro Framestone. Ada 7 task semuanya. Tak susah pun task yang diberikan. Cuma ambil gambar aktiviti di EnerZ dan uploadkan di dalam Instagram. Senang kan? Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti setiap blogger.

Tahniah buat rakan blogger Azlinda Alin kerana telah dipilih sebagai pemenang. Hadiah misteri tersebut ialah iPad mini. Best kan?

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-17Kredit gambar dari blogger Azlinda Alin.

Terima kasih kepada Bro Framestone dengan kerjasama dari pihak EnerZ kerana sudi menganjurkan aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Kebetulan pula pada minggu itu adalah minggu Hari Ibu, jadi sesuai sangat bagi mereka yang sudah berkeluarga meluangkan masa dengan anak-anak.

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-12EnerZ Indoor Extreme Park bessstttttt……..!!

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-18Dapat goodie bag. Terima kasih EnerZ. 🙂

Walaupun EnerZ berkonsepkan extreme uutdoor, tapi segala aktiviti yang ada sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa. Tempat ni baru sahaja dibuka pada bulan April yang lepas. Jadi sempena dengan pembukaan pelbagai promosi menarik sedang di jalankan.

family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-10 Gut Builder family-day-out-blogger-bersama-broframestone-di-EnerZ-Indoor-Extreme-Park-USJ-Subang-Jaya-16Tower jump dan Wall Climbing.

entrance-fee-enerz-indoor-extreme-park-usj-subang-jayaBayaran masuk EnerZ Indoor Extreme Park

promosi-enerz-indoor-extreme-park-usj-subang-jaya

Kalau nak tau dengan lebih lanjut mengenai EnerZ Indoor Extreme Park boleh layari laman web mereka atau pun Like mereka di Facebook.

EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah
47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 011-1500 0066

Website: www.enerz.my
FB : EnerZ Indoor Extreme Park

2 comments on “Family Day Out Blogger di EnerZ Indoor Extreme Park

Leave a Reply