Cuti-Cuti Perak: Taman Rekreasi Gunung Lang

Salam,

taman rekreasi gunung lang ipoh

Satu lagi tarikan menarik di Ipoh, Perak ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. Ianya terletak hanya 5km daripada pekan Ipoh. Kalau korang suka berjalan santai melihat keindahan alam semulajadi, masukkan dalam senarai Gunung Lang sebagai satu tempat yang patut dilawati. Best tau!

Saya tahu pasal Taman Rekreasi Gunung Lang lepas blogwalking geng blogger pada tahun lepas. Tak ingat dah blogger mana. Lepas baca entri tersebut berkobar pulak nak pergi. Nak tau berkobar sebab apa? Sebab itu lah first time tahu dekat Ipoh ada taman rekreasi gunung batu kapur, ada tasik dan air terjun buatan manusia. Hahaha…

Taman Rekreasi Gunung Lang adalah kawasan bukit batu kapur yang terletak di tengah Lembah Kinta. KosΒ  pembinaan adalah sebanyak RM 8.4 jutaΒ  di bawah projek RMK-7 (Rancangan Malaysia ke 7).

Macam saya bagi tau tadi yang saya tahu tempat ni tahun lepas, tapi sebenarnya dah lama diperkenalkan pada orang awam. Iaitu sejak tahun 1999. Dah lebih 10 tahun. Aduhh… macam mana lah saya tak tahu. Malu pula nak mengaku orang Perak. Hahaha.. Tapi takpa. Bak kata pepatah omputih “Better late than never”. Haa.. yang penting saya dah sampai ok. Kalau orang tanya dah pergi ker Gunung Lang? Of course lah dah pergi. Hehehe…

Ok.. Saya takmo cita banyak-banyak. Saya buat ringkasan apa yang menarik tentang Taman Rekreasi Gunung Lang. Layannn….

1. Air terjun cantik.

  • Air terjun ni adalah air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia

taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh-perak-cheqeem-1

2. Keindahan landskap.

  • Itu tarikan utama yang membuatkan pengunjung datang ke sana. Persekitaran kawasan taman rekreasi memang cantik. Sila tengok gambar kalau tak percaya. :p

taman rekreasi gunung lang ipoh

3. Ada mini zoo.

  • Nama pun mini. Cuma ada burung kasawari dan rusa jer. Jadi lah kan membuatkan kanak-kanak seronok. Ada juga sangkar burung yang besar, tapi kosong pula. Macam dah terbiar. Huhuhu..

taman rekreasi gunung lang ipoh

taman rekreasi gunung lang ipoh

taman rekreasi gunung lang ipoh

4. Ada menara tinjau.

  • Kalau rajin naik lah sampai atas menara tinjau. Tak tinggi sangat pun. Korang dapat lihat pemandangan seluruh kawasan rekreasi dari atas.

taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh-perak-cheqeem-12

taman rekreasi gunung lang ipohPemandangan daripada menara tinjau. Cantik kan?

5. Tapak perkhemahan

  • Ada disediakan ruang yang luas untuk aktiviti perkhemahan. Sesuai sangat kalau nak buat program motivasi sekolah, hari keluarga, piknik dan sebagainya.

taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh-perak-cheqeem-10

6. Lokasi menarik untuk outdoor photoshoot

  • Pengantin sangat sesuai datang sini ke sini untuk sesi outdoor photoshoot. πŸ˜€

taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh-perak-cheqeem-5Nampak tak feeling macam model gambar kat atas ni? :p

taman rekreasi gunung lang ipoh

Saya cari juga maklumat asal usul nama Gunung Lang, tapi tak jumpa. Jadi tak tahu bagaimana boleh dapat nama Gunung Lang. Mungkinkah Pak Lang? Ataupun Mak Lang? Ker Abang Lang?Β  Tak pun Tok Lang. Hahaha.. Biarlah rahsia.

Papepun tempat ni memang cantik dan mendamaikan. Kalau saya duduk dekat Ipoh boleh pergi selalu. Dapat juga merehatkan minda tengok kehijauan.

Kalau anda mempunyai aplikasi Waze, hanya cari Taman Rekreasi Gunung Lang. Insya-Allah pasti sampai. Kali ni guna Waze tak waste my time untuk ke sana. Hahaha.. Siap bagi jalan short cut, elak trafik dan cepat sampai.

Tapi kalau nak guna cara tradisional dengan berpandukan papan tanda boleh jer. Kalau datang daripada Lebuh Utara Selatan dari arah Kuala Lumpur, ambil exit Ipoh Utara. Dalam 1km boleh nampak papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang. Kemudahan parking kereta luas dan tidak dikenakan bayaran.

taman rekreasi gunung lang ipoh

taman rekreasi gunung lang ipoh

taman rekreasi gunung lang ipoh

Jangan lupa tau singgah sini kalau turun Ipoh.. πŸ™‚

 

 

 

13 comments on “Cuti-Cuti Perak: Taman Rekreasi Gunung Lang

    1. yup.. memang terjaga kebersihan dekat sini.. tp ada lah sikit2 kekotoran oleh pengunjung yg kurang bertanggungjawab.. huhu..

      eh, kita gegurl lah… :p

Leave a Reply