Cuti-Cuti Perak: Misteri Kellie’s Castle

Salam,

cuti cuti perak kellies castle

Satu perkara yang paling sinonim dengan Kellie’s Castle ialah tempat ini dikatakan berhantu. Dulu kalau sesiapa yang ingin ke Batu Gajah ikut jalan Kellie’s Castle bila lalu jer kawasan tersebut memang menakutkan. Masa tu hutan kiri kanan, jalan raya sunyi pulak tu. Kawasan perkampungan pun takda. Pendek kata orang cakap tempat tersebut kawasan jin bertandang. Hanya ada kawasan istana lama di dalam hutan yang penuh dengan misteri.

Itu dulu.. Tapi sekarang lain bebenor (terus keluar slang perak nih… hehe..) Kerajaan negeri Perak dah banyak lakukan perubahan. Sekarang dah jadi tarikan pelancongan yang popular untuk negeri Perak.

Masa saya dan suami singgah ke sana cuti raya lepas, terkejut betul tengok transformasi Kellie’s Castle. Terutama dari segi kemudahan asas untuk pengunjung. Sekarang dah ada kafeteria, surau, kedai cenderahati, tandas, mini teater serta kaunter informasi. Maklumat tentang sejarah pembinaan dan misteri Kellie’s Castle turun disediakan untuk bacaan pelancong. Ada di letakkan di dinding. Sambil melihat bangunan sekeliling boleh baca sejarah Kellie’s Castle.

Masa saya datamg ke sini pada tahun 2010 seingat saya cuma ada kaunter tiket dengan toilet jer. Tapi sekarang macam-macam ada. Syabas Tourism Perak dan Tourism Malaysia. Macam ni lah baru boleh tarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke Malaysia.

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

Kellie’s Castle bukan sahaja jadi tarikan pelancong, tetapi pasangan pengantin pun suka datang ke sana untuk buat outdoor photo shoot. Serius.. Memang cantik kalau buat photo shoot dekat sana. Dengan teknik dan skill photographer hasilnya macam ambil gambar dekat oversea gituu..

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

cuti cuti perak kellies castle

Misteri Kellie’s Castle

Setiap ruang dan bilik yang terdapat dalam Kellie’s Castle mempunyai misteri yang tersendiri. Ada bilik utama, bilik tetamu, bilik bawah tanah, ruang makan, ruang tamu, stor penyimpanan wain dan banyak lagi. Dah nama pun istana, mestilah besar. Ada setengah tempat tu bila saya lalu meremang juga bulu roma. Padahal saya pergi waktu siang. Perasaan saya jer kot yang penakut. Hehehe…

Setor penyimpanan wain adalah bilik yang dikatakan paling berhantu. Biliknya gelap dan di bawah tanah.

Kalau ada sesiapa yang nak cuba tahap keberanian boleh lah mencuba pakej paranormal aktiviti. Bila jam tepat 12 tengah malam korang akan ditinggalkan berdua bagi setiap bilik, termasuk setor penyimpanan wain yang paling menakutkan tu. Berapa lama korang kena tinggal terpulang ikut keberanian masing-masing. Nanti ada orang yang akan tunggu. Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal paranormal aktiviti ni boleh hubungi no telefon dekat bawah ni ha..

cuti cuti perak kellies castle

Disebabkan saya malas, jadi saya tak nak tulis panjang-panjang. Korang boleh pergi cekidout blog suami saya kalau nak tau sejarah Kellie’s Castle. Bersungguh dia cari rujukan sana sini untuk dapatkan kepastian sebelum menulis. Hehehe..

Moh Ke Perak: Menyingkap Sejarah Dan Misteri Kellieโ€™s Castle #VMY2014

Kalau korang rajin nak streaming boleh tengok rakaman video di bawah. Ada cerita di setiap sudut, ruang dan bilik sekitar Kellie’s Castle. Video ni diambil secara spontan jer. Percubaan pertama untuk buat vlog katanya. Feeling-feeling wartawan Majalah 3. Hahaha.. Korang jangan gelak pulak. Saya gelak takpe. Ekekekeke….

 

 

 

 

4 comments on “Cuti-Cuti Perak: Misteri Kellie’s Castle

  1. Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke sini ialah waktu lawatan sekolah dahulu.. lama dah. Pasti skrng dah semakin cantik.
    p/s: sekali abg sham posing.. peh.. mcm retis.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

    1. lama sangat tu bro waktu sekolah…. time tu kellies castle macam rumah hantu.. kena datang sini bawak family jalan2….

      p/s: oohhh… dia sekarang memang perasan retis… muka asik keluar surat khabar jer… hahaha…

Leave a Reply