Coretan Larian 2016

Tahun 2016 akan berakhir sehari sahaja lagi. Bila dah hujung-hujung tahun mula lah mengimbau kembali memori sepanjang tahun. Setiap tahun ada sahaja memori baru yang tercipta. Dan memori ni lah yang akan dijadikan cerita untuk dikongsikan dengan generasi akan datang. Chewaahh… Ekekeke..

Sebenarnya bila ko dah lama tak update blog, tetiba rasa nak update memang akan keluarlah entri throw back. Entri yang selama nie duduk dalam ‘draft’ disatukan jadi satu entri. Kerja senang macam ni lah. Hahaha.. Tak kisahlah macam mana pun. Yang penting bila rindu-rindu dengan kenangan lalu boleh masuk blog dan baca semula.

Untuk sesi kenangan lalu mengusik jiwa aku nak kongsikan tentang event run. Tahun ni agak ‘ganas’ aku daftar event run. Ingat lagi masa awal tahun aritu, cadang nak masuk selektif event jer. Kalau boleh nak join event yang tak pernah masuk dan organizer pulak yang best jer. Tapi bila tengok balik list event , rupanya terdaftar 23 event. Terlebih 7 event daripada tahun 2015. Selektif kononnya.. puihh…. Hahaha..

Dalam dok selektif 2016 tu banyak yang first time. Antaranya

  • Tahun ni first time cuba trail run.. BEST..!!
  • Tahun ni first time run luar Malaysia. Walaupun sekadar di Hatyai.. Run+Vacation=RunCation gitteww..
  • Tahun ni first time buat Half Marathon.. Total 6 HM ..
  • Tahun ni first time cuba relay run.. Syiok jugak lari pas baton.. Ini pun pelari ganti.. Hihihi..

Makanya bertambah lagi koleksi medal. Belum ada lagi medal hanger untuk gantung semua medal yang aku dah kumpul. Yang aku asyik beli ialah hanger baju. Sebab baju event dah bertambah. Penuh dah almari. Hahaha..

Half Marathon – 21km
1. Nike We Run KL 2016
2. 10th Hatyai International Marathon
3. Kuching Marathon 2016
4. Compressport Run Malaysia 2016
5. HSN 21km 2016
6. MPKH Half Marathon

Trail Run
1. Compressport Trail Run – 6km
2. Event Biz Charity Trail Run – 9km
3. Hulu Langat Trail Run – 10km
4. Deuter International Trail Run – 14km

10 dan 12km
1. Shah Alam Half Marathon Night Run – 10km
2. Malaysia Women Marathon – 10km
3. SCKLM – 10km
4. Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah – 10km
5. MAHA Agro Run – 10km
6. Allianz Pacer – 12km
7. 2XU Compression Night Run – 10km

Fun Run
1. KL New Year Run
2. 100plus Out Runner
3. Compressport Road Run
4. Guardian Walkathon
5. CIDB Safety Run
6. Allianz Pace Setter 4x3km

Total semuanya 23 event, total mileage 267km. Total fees? Hahaha.. Malas nak kira..

Road Run vs Trail Run

Tahun ni first time cuba trail run. Dah nama pun first kan tak boleh lah ambik distance yang melampau. Member ada warning penat lari trail ni double berbanding lari road. Nasib baik compress sport trail run ada open kategori 6km dekat Maeps. Ehh.. Syiok gak layan trail run nih. Lari dalam hutan, udara rasa segar dan cuaca pun redup jer. Bila dah buat 6km terus cari event trail run yang lain pulak. Hahaha.

Next event trail run buat 9km dekat Frim. Lepas tu Hulu Langat Trail Run, 10km. Dan yang terakhir Deuter Trail Run 14.5km dekat Batu Arang. Semua event trail run best..!! Takda beria sangat nak berlari. Banyak bergambar dan ambil video. Badan pun tak penat.

6 Half Marathon dan Personal Best (PB)

Niat nak buat 1-2 jer HM. Tup-tup tahun ni aku buat 6 HM. Ini lah life seorang runner.. Konon serik, tapi lepas tu register lagi. Hahaha..

First HM aku pilih nak buat masa Nike We Run KL 2016. Excited uollss nak buat HM. Rajin turun training untuk kutip mileage, kuatkan kaki dan kuatkan mental. Nak merasa apa azabnya lari jauh-jauh sampai 21km.

Alhamdulillah. Aku survived lari 21km without injury. Tapi nak menghabiskan sisa 3km tu mental gak nak seret kaki. Mujur ada suamiku mr pacer keep on supporting sampai ke finishing line. Adalah sikit-sikit drama. Ekekeke… Papepon aku berjaya tamatkan larian dalam masa 3:19:23 . Masa ni aku tak ambik port sangat bab timing. Janji sampai sebelum COT 4 jam. Yahooo…

Kononnya nak merasa sekali jer buat HM. Tapi manusia kan berubah. Terus klik-klik masuk Hatyai International Maratahon. Hahaha.. Kali ni alasan nak merasa lari luar dari Malaysia pulak. Tu yang buat sekali lagi Half Marathon.

Orang cakap Hatyai International Marathon best. Percayalah cakap orang tu. Dan percaya jugaklah cakap aku. Memang BESTTTT…!! Well organized. Next year kalau ada rezeki nak masuk lagi. Lagipun motif aku turun Hatyai ialah nak JJCM. Hihihi..

HM ke tiga aku buat dekat Kuching Marathon. Sekali lagi larian bermotifkan runcation (Run+Vacation) selepas Hatyai. Nape tak buat 10km jer? Ataupun 5km? Ntah lah.. Aku rasa bila masuk event yang luar dari KL/Selangor rasa rugi kalau buat 10km. Masa ni lah nak merasa lari dekat tempat orang. Nak melihat kawasan yang tak pernah kita lalu. Nak buat 42km tak mampu, so kita layan lah 21km.

Overall event ni ok lah. Takdalah wow factor sangat. Tapi untuk peserta 42km adalah mimpi ngeri! Sebab belum sampai 21km kecoh takda air dekat water station. Bukan satu water station, tapi sampai 3 water station. Ada peserta terpaksa mintak air dekat orang lain, lepas tu ada yang kena minum air paip. Nak beli air mana ada kedai yang buka pepagi buta kan. Kesian kesian..

Tapi bagi aku event ni bermakna sebab ada finisher tee. Dah buat 3 HM baru dapat baju finisher 21km. Perasaan kau bila pakai baju finisher yang tulis 21km Finisher lain macam beb. Rasa berbaloi sangat segala penat training selama ni. So seminggu lah tidur pakai baju nie. Hahahah…

Untuk HM aku yang ke empat pula Compressport Run Malaysia 2016 di Cyberjaya. Alasan apa pulak kali nie? Alasan standard lah. Tak pernah lari 21km dekat Cyberjaya. Katanya berbukit sana sini.  Selain daripada tu alasan lain medal cantik dan ada finisher tee. Hihihi..

Lagi satu alasan yang membuat aku masuk event ni ialah organizer best. Sebab ada disediakan makanan untuk semua orang. Ada nasi lemak, roti, ais krim, tau foo fa dan macam-macam lagi. Berbaloi lah dengan yuran yang ko bayar. Ada setengah event tu bayar mahal, tapi cuma dapat air botol mineral dan pisang.  Huhuhu..

Dan aku tak sangka untuk event yang ke 4 ni aku berjaya buat sub 3. Yahooo…..!! Padahal lari dekat cyberjaya ni routenya berbukit. Ehh.. Ada bukit ker? Hahaha… Itu bukan bukit, itu ialah laluan permukaan bumi yang tidak rata. Ekekeke.. Takda target pun nak buat sub 3. Lari untuk suka-suka jer. Tapi terbuat PB pulak. Alhamdulillah..

HM yang ke lima ialah Hari Sukan Negara 2016. Event ni masuk sebab geng runholics dan Atin nak buat HMV. Kalau semua orang pun dah masuk tak kan aku nak mereput 3 jam tunggu derang habis run. Maka register lah jugak. Lagipun hari sukan negara, kenalah support event YB Khairy Jamaludin.

Dalam banyak-banyak event yang aku pernah masuk ini lah kali pertama aku lari tak cukup mileage sebab route telah diubah. Mula-mula aku tak sangka route di ubah.. Tapi bila km yang terakhir bertembung dengan peserta 5km. Lepas tu nampak peserta 21km lari dari arah lain. Check running apps baru 18km. Terus tanya dengan marshall. Sah…!! Memang kita orang salah jalan.. Check point ke 2 pun tak lalu.

Keciwa sangat. Dah lah acah-acah jadi pacer untuk Ida dengan Ezu. Plan nak tamatkan bawah 3:15 tak berjaya. Aku anggap HSN ni status DNF walaupun finish. Result pun tak keluar.

Dan HM aku yang terakhir ialah MPKJ Half Marathon. Yang ni pun event suka-suka. Tak pernah run dekat kawasan Bangi, ada finisher tee, medal cantik dan organizer pun ok. So klik-klik jer pastu dapatlah confirmation email. Hahaha..

Kali ni ni kroni runholics tak join sekali. So aku dan husband jer terlibat. Barulah betul #aktivitilakibini . Pastu kemain booking hotel dekat Bangi. Nak jugak berkonsepkan runcation. Padahal Shah Alam – Bangi bukan jauh pun. Hahaha…

Agak mencabar gak route event ni. Yang aku tau Bangi ni macam Shah Alam. Jalanya berbukit sana sini. Pastu siap masuk UKM lagi. Bab masuk UKM tu best, sebab aku memang tak pernah masuk UKM. Dapatlah lihat antara universiti terbaik di Malaysia. Tapi …. Lari dalam UKM pun boleh tahan gak sebab kena lalu Kolej Pendeta Za’ba. Siapa yang belajar dekat UKM tahulah macam mana mencanak nya bukit ni. Sama macam dekat UM ada Bukit Cinta. Alaaaa… Apalah sangat dengan permukaan bumi tak rata ni. Kita layan jer… Hihihi…

Layan punya layan lari dekat Bangi ni terbuat PB lagi. Tak sangka kali ni tamat dalam masa 2:46:25. Hohoho… Tahniah atas kekuatan kaki kerana berjaya berlari sekitar Bandar Baru Bangi sejauh 21km. Dah lah dapat buat PB, ada banyak makanan untuk peserta. Ada nasi lemak dan tau foo fa. Dan yang paling best sekali ada trak Milo. Suka suka suka. Susah tau nak jumpa event ada trak milo. Hahaha..

Fun Run, 10km dan 12km

Ehh.. Event fun run masih lagi join tau. Antaranya KL New Year 2016, 100 Plus, Compressport Road, Guardian Walkathon dan CIDB. Paling best Guardian Walkatahon. Banyak giler barang sponsor yang kita orang dapat dalam goodies bag. Hihihi..

Tahun ni cuma ada 2 event je yang aku repeat. Iaitu Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) dan Allianz Pacer. LHKSNS harus dijadikan event tahunan sebab larian sultan Perak. Sebagai anak jati Perak, kena lah masuk. Betul tak? Lagi satu, event mana yang sediakan air kelapa dekat water station? Sediakan kuih muih ? Sediakan pusat karaoke? Mewah dengan segala makanan untuk semua peserta? Haaa… LHKSNS jer yang ada tau. Berbaloi-baloi masuk event ni. Hahaha…

Allianz Pacer pula sebab baju. Tak banyak event dapat event tee jenama Adidas. Itu jer sebabnya aku repeat. Ekekeke.. Eh.. Tak lah.. Antara sebab lain of course well organized. Daripada 5 bintang, aku bagi 5 bintang…!! So korang jangan lupa masuk tahun depan.

Sudah pasti setiap event yang aku masuk ada ceritanya. Disebalik cerita ni banyak yang aku pelajari tentang larian. Kawan-kawan pun tak lokek kongsi ilmu teknik dan latihan dalam larian. Dan dari situ  aku cuba memperbaiki kelemahan dan meningkatkan keupayaan diri sendiri. Selain daripada tu banyak jugak drama panas ataupun politik dalam dunia larian. Ekekeke..

Alhamdulillah.. Bab kesihatan pun ok walaupun setiap minggu ada jer event. Setakat ni kaki masih lagi beri kerjasama yang baik. Lari ni kena kekalkan momentum. Boleh dikatakan seminggu sekali aku akan turun lari di Putrajaya. Masa bulan puasa jer aku rehat sebulan. Lain orang lain caranya. Bagi aku, aku tak suka paksa diri melakukan sesuatu yang luar dari kemampuan.

Ini lah cerita tahun nie. Cerita tahun depan macam mana agaknya? Berapa banyak event run nak masuk? Berapa jauh distance nak buat? Insya-allah.. Jika ada rezeki kita jumpa lagi .. 🙂

Photo of the year 2016

 

 

5 comments on “Coretan Larian 2016

    1. waalaikumsalam sheila …. isi masa lapang sambil jaga kesihatan.. hihihi…. target tahun ni selektif sikit.. mungkin nak cari event luar KL.. boleh lah runcation lagi.. ekekeke…. 🙂

Leave a Reply