Cermin Kereta Retak Seribu

Salam pembaca,

Terkejut. Takut. Risau. Keliru.

Macam-macam perasaan yang dirasakan bila tiba-tiba cermin hadapan kereta retak seribu semasa tengah memandu. Sebelum retak tu ada bunyi meletup yang kuat sangat. Mengucap panjang saya bila lihat cermin kereta tiba-tiba dah retak. Tengok hadapan tiada pula lori besar. Jarak antara kereta kita orang dengan kereta depan pun agak jauh. Tak tahu apa punca yang menyebabkan cermin kereta boleh jadi macam tu.

Kejadian ni berlaku malam tadi di Federal Highway berdekatan dengan jambatan kabel. Dah lah husband pandu di lorong sebelah kanan. Mujur dia dapat kawal kenderaan dan bertenang. Perlahan-lahan dia tukar lorong dari lorong kanan ke lorong kiri. Agak payah juga memandu pada waktu malam dengan keadaan cermin macam tu. Dengan silaunya lagi. Memang berdebar sangat-sangat. Dalam hati berdoa jangan lah ada benda lain pulak yang jadi.

Sepanjang perjalanan tu saya asyik dengar bunyi rekahan cermin retak merebak. Daripada besar makin lama makin halus bentuk rekahan cermin tu. Risau betul saya kalau tiba-tiba cermin tu berderai sebelum kami sampai ke Shah Alam. Alhamdulillah.. Akhirnya selamat juga kami sampai ke Shah Alam.

Kita orang masih lagi blur memikirkan apa punca yang menyebabkan cermin kereta boleh jadi macam tu. Tapi takpa lah. Yang penting kami selamat dan tiada perkara yang tak elok berlaku. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Wallahualam..

cermin kereta retakMacam ni keadaan cermin kereta yang dah retak beribu-ribu rasanya..

 

 

 

 

14 comments on “Cermin Kereta Retak Seribu

  1. Aduiii… tengok juga kat fb semalam. Tak tau nak kata apa. Mujurlah tiada yg lebih memburukkan berlaku. Sabarlah… pasti ada hikmah disebalik kejadian ni. Kirim slm kat abg Sham k.

    1. itu lah khir… nasib baik kami selamat.. abam sham pon cool jer bawak kereta… tapi dlm hati risau gak tuu… ekekeke…

Leave a Reply