Cerita Syawal 1435H

Salam semua,

Orang lain dah up entri cerita raya, saya baru terhegeh-hegeh nak tulis cerita. Seronok baca cerita orang jer, tapi cerita sendiri belum dikongsikan lagi. Ekekeke… Ok2, kata raya sebulan. So sekarang ni baru 2 minggu kita beraya. Masih lagi dalam mood kan. Mood beraya dan juga mood open house. Hehehe..

Untuk sistem penggiliran beraya di mana kita?, tahun ni turn saya beraya dengan keluarga sendiri. Petang Sabtu baru saya dan suami bergerak balik ke kampung dekat Hutan Melintang, Perak. Konon-konon nya tak mau lah menghadap jem bila balik sebelah petang. Alhamdulillah.. Memang tak jem sangat pun. Cuma bila tempuh di pekan Kuala Selangor dan Tanjung Karang jer banyak kereta. Itu memang lokasi biasa banyak kereta. Kita orang berbuka dalam kereta jer. Dah sampai rumah baru lah dapat berbuka makanan. Ada soto, ada rendang daging dan sate.

Malam tu mak dah request untuk ambil gambar raya. Sebabnya malam tu anak-anak dia seramai 7 orang dapat berkumpul bersama. Jarang kami dapat peluang macam nie kecuali bila kenduri kahwin. Hehehe.. Jadi sebelum kakak saya no 3 balik ke Melaka pada keesokannya, kita orang berpakat untuk ambil gambar raya. Budak-budak yang dah tidur kita orang kejut dan pakai kan baju raya. Kejam kan mak masing-masing. Hahaha..

selamat-hari-raya-aidilfitri-2014-eshamz-halim-1435hInilah keluarga besar Mohd Haris dan Habshah Mokri.. 🙂

raya-pertama-3Gelagat selfie kita orang malam tu..

raya-pertama-4

Pagi raya takda sesi photoshoot dah.. Cuma ambil gambar biasa-biasa sebagai kenangan raya dan sesi ‘berair mata’.

raya-pertama-1Selfie dengan anak buah. Aina, Yasmin dan Hannan. Menyelit dekat belakang abang mereka iaitu Eiman. Paling manja dengan saya si Hannan.

Kemudian kami berombongan pergi melawat saudara mara sebelah abah dan mak di Bagan Datoh. Ada 3 rumah yang kami singgah pada hari raya yang pertama. Penuh perut makan ketupat, lemang, rendang dan macam-macam makanan.

raya-pertama-2Rumah arwah mak long saya. Yang tinggal cuma anak dan cucu-cucu. Yang ini pasangan Ijah dan Rashdan merangkap anak buah dan BFF.

Sebelah petang pula giliran rumah keluarga saya jadi serbuan saudara mara. Dari petang sampai lah ke tengah malam tak henti-henti saudara mara datang. Nak pulak kakak saya buat announcement dia nak buat nasi arab, memang confirm kena serbu lah. Licin satu periuk kita orang masak nasi 5kg beras. Kambing pun habis, ayam masak merah pun tinggal sikit. Penat memang penat, tapi seronok. Sebab dapat jumpa saudara mara, sepupu dan anak-anak buah. Masa ni lah pun kami dapat berkumpul ramai-ramai.

menu-nasi-arab-mandy-juadah-hari-rayaGambar ni cilok dari instagram kakak ipar saya. Saya memang tak sempat lah nak ambil gambar. Bersilat dekat dapur katanya.. 😀

Hari raya ke dua rumah kita orang sunyi sepi. Masa untuk berehat. Ekekeke.. Takdalah.. Ada je saudara mara yang datang. Tapi takda lah semeriah macam hari raya pertama. Petang tu saya pun berkemas untuk beraya di rumah mentua pula di Bandar Seri Iskandar.

Tahun ni mak mentua saya nak pindah rumah pulak. Dekat sana ada dua buah rumah, satu rumah abang ipar dan satu lagi rumah mak mentua. Selalu kita orang balik sana tinggal di rumah abang ipar. Tapi kali ni katanya nak duduk di rumah sendiri, dan rumah abang ipar nak kosongkan dan bagi sewa. Jadi berpindah randah lah kita orang raya kali ni. Ekekeke… Sempat jalan raya satu rumah saudara di Ipoh. Hari lain sibuk mengemas rumah.

Hari raya ke 5 pula, saya ambil peluang jalan raya dan melawat cikgu sekolah rendah. Dulu dia adalah guru kelas dari darjah 1 sampai darjah 3. Kemudian dia juga adalah cikgu catur yang bimbing saya sehingga menjadi wakil daerah. Memang banyak kenangan manis saya dan cikgu Zawiyah. Dulu lepas habis sekolah saya selalu pergi rumah dia dan berlatih main catur. Pernah juga dia bawa saya pergi berjalan ke pantai Teluk Batik. Kebetulan pula anak dia satu kelas dengan saya. Itu yang menyebabkan saya rapat dengan beliau. Cikgu Zawiyah nie memang terkenal seorang cikgu yang garang. Dia punya cubit kalau tak siap kerja sekolah, memang berbisa dan sakit. Kesannya subjek Matematik saya memang sentiasa terbaik. Ekekeke..

kenangan-lama-cikgu-sekolah

Hari raya ke 6, hari Sabtu saya dan suami bersiap dan pulang ke Shah Alam. Malas nak balik hari Ahad, sebab takut jalan jem teruk. Bila balik awal dapatlah berehat satu hari sebelum masuk kerja. Tapi sebelum balik ke Shah Alam kita orang singgah berjalan ke Kellie’s Castle. Next entri saya cerita apa yang saya buat dekat Kellie’s Castle. Feeling-feeling jadi wartawan giteww.. Hahaha…

 

 

 

 

6 comments on “Cerita Syawal 1435H

    1. bergambar selfie dengan gopro memang meriah…. macam selfie dengan kamera samsung… ekekeke…. nasib baik sekarang dah ada driver.. kaki orang lain lah yang lenguh.. hahaha…

    1. memang best sangat2 kak… dah lah kita orang susah sangat nak jumpa… masing2 dok jauh.. time raya ni lah dapat berkumpul… hehe…

      makan2..? hihi.. nnt saya roger k… 😀

  1. org ckap bialah lambat dripada x tulis langgung ..x gituww kak? still syawal kan..
    amboi meriahnya.. patutlah dah buat
    pngumuman awal2 mana x kerna serbu he..he..
    x pe mesti buat tgok hdangan licin dpan mata..

    1. kann… pastu biar kita komen cepat walapun banyak typo.. ekekeke…. meriah + penat = best…! salam syawal sobri… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *