CAPAM International Run 2014 di Putrajaya

Salam pembaca,

CAPAM bermaksud (Commonwealth Association for Public Administration and Management). Ianya adalah persidangan antarabangsa diantara negara-negara komanwel yang diadakan pada setiap tahun. Untuk sambutan yang ke-20 kali ini, negara kita Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah. Seiring dengan itu, satu larian antarabangsa diadakan sempena menyambut sambutan CAPAM.

Cukup lah sedikit intro mengenai CAPAM. Kalau nak cerita lebih-lebih boleh Google sendiri eh. Tak pun pergi website rasmi CAPAM iaitu www.capam.org

Macam biasa bila sorang geng zombie dah register untuk masuk larian CAPAM maka orang lain pun akan menyusul pula. Lari beramai-ramai baru best dan happening. Saya pun apa lagi kan, terus masuk website Hooha Asia dan daftar. Yuran penyertan pun tak mahal, cuma RM30 jer untuk kategori Fun Run 5km. Dapat free T-Shirt, finisher medal dan snack pack.

Oleh kerana larian ini adalah antarabangsa maka ramai jugak lah penyertaan dari negara luar. Macam kita orang yang masuk kategori Fun Run 5km start pun lambat. Dalam pukul 7.40 pagi. Tapi untuk kategori half marathon 22km derang dah start awal jam 5.30 pagi. By the time kita orang baru nak lari orang pertama dah pun sampai. Tak tahu dari negara mana, tapi orang kulit hitam lah. Macam sepupu sepapat Usain Bolt jer saya tengok. Hahaha… Tengok gaya mereka berlari bukan nya berlari. Macam melompat dengan langkah yang besar. Rasa macam 5 langkah saya, satu langkah jer untuk mereka. Hahaha…

Untuk kita orang yang masuk Fun Run tak perlu nak lari beria-ria. Yang penting dapat bersenam, bersuka ria, mengeluarkan peluh dan menjalani gaya hidup yang sihat. Chewahhh…. Siapa yang belum cuba patut buat aktiviti macam nie.. ๐Ÿ˜€

Aktiviti wajib sebelum berlari mesti lah kena selfie. Tuah kita orang ni suka berselfie tak sangka pulak gambar kita orang masuk surat khabar. Dalam Sinar Harian ada, Kosmo ada, Beritaย  Harian ada, NST pun ada jugak uolss.. Feeling glams sekejap kita orang untuk sehari. Siap cari dan beli surat khabar Kosmo nak simpan buat kenangan.

Larian 5.7km kali ni saya berjaya tamatkan dalam masa lebih kurang 45min. Ok lah dapat habiskan kurang daripada 1 jam. Saja jer nak test limit diri sendiri. Mungkin kah Brooks Ravenna 5 banyak membantu berlari dengan selesa? Jeng jeng jeng.. Nanti lah kita cerita dalam entri lain.

Ok. Jom layan gambar pula. Kita enjoy!

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-6Jom kita selfie dengan Ketua Setiausaha Negara dulu sebelum lari.

capam international run 2014Ini lah gambar selfie kita orang yang dirakam oleh jurugambar yang bertugas.
Kredit gambar dari NST

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-5Sebelum acara larian bermula kita selfie dulu..

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-2Terserempak pula dengan dua orang kawan yang lain iaitu Fird (lelaki yang pakai spek mata) dan Nein (yang pakai tudung kelabu) . Tak sangka kawan saya Fir dah kurus sekarang ni. ๐Ÿ˜›

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-7Tak larat lari kita berjalan ok. Jangan push diri sendiri kalau tak larat. Masa ni terasa sakit pada buku lali. Tapi muka tetap kena senyum bila nampak GoPro..

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-4Hebat tak adik dua orang ni? Selamba jer jalan 5.7km pagi tuu. Korang camna? Bila lagi nak join aktiviti macam nie? ๐Ÿ˜›

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-3Kita enjoy…!! Tunaikan permintaan si Zeti..

capam-internation-run-malaysia-2014-di-putrajaya-cheqeem-1Jalur Gemilang di mana-mana. Saya bangga jadi anak Malaysia!

capam-international-run-2014-istana-kehakiman-putrajaya-running-event-marathon-fun-run-eshamzhalim-16

2 comments on “CAPAM International Run 2014 di Putrajaya

Leave a Reply