Bestnya Bila Ada Orang Sponsor Di Dewi Ayu Spa

Salam pembaca,

Bertuahnya badan bila ada orang sudi nak sponsor manjakan diri di pusat spa. Itulah untungnya dapat kawan yang awesome. Ekekeke..

Alkisahnya bulan 5 hari tu saya dan Athin berpeluang dapat memanjakan diri di spa. Masa Feesyam (sekarang suami Athin) mesej mintak saya temankan Athin pergi ke spa terkejut juga. Lebih terkejut bila dia bagi tau dia nak sponsor. Muahahaha…. Macam tak percaya lah pulak kan. Tapi dah dia kata betul-betul nak sponsor saya pun ON jer lah. Husband pun dah bagi green light.

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cover-blog-cheq-eem-1

Masa tu tinggal lagi seminggu lebih jer lagi Athin nak bergelar isteri. Bila berkunjung ke pusat spa dapat juga Athin merehat kan badan dan mengembalikan kesegaran badan. Barulah nampak seri pengantin pada hari perkahwinan nanti. Tapi disebabkan Athin tak biasa, Feesyam mintak saya temankan Athin. Macam lah saya ni biasakan. Hahaha.. Padahal baru sekali jer pergi tahun lepas. Lagipun sambil berspa dapatlah saya kongsikan sikit-sikit tips-tips bakal bergelar isteri dengan Athin. 😀

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-5

Feesyam bagi tau dia dah tempah sesi untuk kita orang pukul 3 petang di Dewi Ayu Spa, Sri Hartamas. Lepas ambil Athin dekat UM, terus kita orang menuju ke Sri Hartamas. Sampai sahaja di sana kami disambut mesra oleh penyambut tetamu. Pakej yang telah ditempah oleh Feesyam adalah rawatan selama 2jam 30minit. Ada pelbagai jenis rawatan yang disediakan dibawah pakej tersebut.

Akhirnya kita orang setuju untuk ambil pakej Silky Radiant Ritual. Untuk pakej ini kita orang dapat body scrub, body mask, sauna, urut tradisional, mandi susu dan minuman teh halia panas. Saya dan Athin sepakat untuk pilih aroma kopi untuk bodyscrub. Tapi untuk mandian Athin plih mandi susu, saya pula pilih mandi bunga.

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-1

Selepas itu kami terus dibawa ke bilik yang telah disediakan. Rawatan pertama ialah body scrub. Bila pekerja mula lulurkan badan kami dengan scrub semerbak bau kopi satu bilik. Lapar terus perut bila bau kopi. Hahaha.. Selepas habis proses scrub, body mask pula menggunakan yogurt. Lebih kurang 20 minit kami diminta bersihkan badan terlebih dahulu sebelum melakukan sauna.

Habis jer sauna kita orang diberikan urutan tradisional satu badan. Haaa… yang ni lah paling tip top, paling terbaik dan yang paling win. Dia punya urutan satu badan memang sedap sangat. Rasa hilang segala sengal-sengal satu badan terutama di bahagian kaki dan bahu. Dah lah masa tu baru jer 3 minggu saya turun dari Gunung Kinabalu. Memang kena pada masanya dapat urut satu badan. Ekekeke..

Dan rawatan yang terakhir ialah mandi bunga. Teruja bila lihat bathtub penuh dengan bunga ros dan daun pandan. Baru harum sangat-sangat. Memang best lah servis yang disediakan di Dewi Ayu Spa.

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-2

Habis jer semua sesi rawatan selama 2jam 30min memang terasa kesegaran satu badan kita orang. Ditambah pula dapat minum teh halia panas. Saya dan Athin Rasa nak macam nak datang selalu ke pusat spa. Itupun kalau ada orang sudi nak sponsor kita orang lagi lah. Hahaha..

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-3

Lepak pekenan teh halia panas dulu

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-4

pusat-rawatan-spa-dewi-ayu-spa-sri-hartamas-cheq-eem-6

Terbaik..!! Kami suka dengan layanan 5 bintang di sini.. 🙂

Kemudian kita orang terus ke Publika. Dah janji dengan Alice dengan Z untuk dinner bersama. Gurls day out katanya. Meraikan saat-saat Athin bergelar status bujang. Kita orang lepak makan dan minum di Coffee Stain.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke Dewi Ayu Spa boleh hubungi mereka untuk tempahan.

Dewi Ayu Spa
Plaza Damas, No. 60, F-0-8,
Jalan Sri Hartamas, Wilayah Persekutuan
No Tel: 03-62035373
FB: Dewi Ayu Spa

36 comments on “Bestnya Bila Ada Orang Sponsor Di Dewi Ayu Spa

    1. bila dapat tukang urut yang pandai mengurut memang sedap rasa satu badan…… minta lah dengan cik abang sponsor belanja gi spa… hehehe…

    1. sy pun baru 2 kali jer pergi spa…. layan gak lah…. kena rajin tgk offer groupon.. banyak gak pakej spa yang murah… hihihi…..

    1. orang lelaki jarang pergi spa… lagi pun susah nak jumpa tukang urut lelaki di pusat spa… orang lelaki sesuai pergi urut badan….. hehehe….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *