Backpacking Trip Thailand: Ladang Bunga Matahari Lop Buri

Salam pembaca,

Sambungan daripada entri Death Railway dan River Kwai Bridge

Misi Bunga Matahari

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-1

Perjalanan kita orang diteruskan seawal jam 3 pagi. Kali ni kita orang pulang semula ke Bangkok menaiki minibas a.k.a van yang telah diuruskan oleh pihak guest house. Kenapa kita orang gerak sesubuh hari dikala semua orang tengah lena diulit intan? Ini semua gara-gara nak kejar keretapi jam 7 pagi menuju ke Lop Buri. Backpacker katanya kan. Kena lah adventure sikit. Hahahaha…

Setelah berhimpit dalam van seramai 12 orang akhirnya jam 5.30 pagi kita orang sampai di tengah bandaraya Bangkok. Tak tau lokasi sebenar kita orang diturunkan oleh pemandu van. Yang penting tempat tersebut bukan lah stesen keretapi Hua Lamphong. Nasib baik ada beberapa teksi yang menunggu di kawasan tersebut untuk mengambil penumpang. Dalam hati kita orang mesti harga teksi mahal sebab waktu pagi. Tak sangka pulak bayaran teksi yang dikenakan cuma 200bhat. Hihihi…

Sampai di stesen keretapi kita orang terus beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket pergi dan balik Bangkok – Lop Buri. Tambang keretapi cuma 50bhat. Murah kan? Haaa.. murah sebab tiket tu untuk kelas 3. Kerusi pun kayu, takda air-cond dan takda nombor tempak duduk. Tahan jer lah azab dekat 3 jam dalam keretapi.

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-7Layan view open air sepanjang perjalanan ke Lop Buri

Jam 9.45 pagi kita orang sampai di stesen keretapi Lop Buri. Dari situ kalau nak pergi ke ladang bunga matahari boleh naik bas ataupun kereta 4WD. Nak adventure naik bas, kalau nak cepat dan senang sewa kereta 4WD. Tak perlu risau nak cari tempat untuk sewa 4WD. Sebabnya keluar jer dari stesen keretapi ramai pemandu dah tunggu dan offer untuk bawa pergi ke ladang bunga matahari. Tentang harga pula kena pandai tawar menawar. Kita orang kena bayar 200bhat setiap seorang untuk perjalanan pergi dan balik.

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-15Stesen keretapi Lop Buri

Jarak dari stesen keretapi ke ladang bunga matahari mengambil masa dalam 15-20 minit. Sampai sahaja di kawasan tersebut masing-masing dah teruja tengok ladang bunga matahari yang sangat besar. Apa lagi terus sibuk bergambar sana sini. Misi kita orang jejak bunga matahari akhirnya BERJAYA.. Yeaaahhhh…..!!

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-3

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-2

Tapi………. Panasnya masa tu.. Tak sangka pula bila masuk bulan Januari cuaca di Lop Buri dah mula panas. Bunga matahari pon tak tinggi. Sangat berbeza dengan cuaca pada bulan November dan December. Masa tu cuaca agak sejuk sedikit. Mungkin waktu terbaik untuk melawat ladang bunga matahari sepanjang December.

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-4

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-5

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-6

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-9

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-10

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-12Siapa malas nak jalan kaki sekitar ladang bunga matahari boleh naik mini keretapi ni.

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-13

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-143

Dikawasan ladang bunga matahari ada juga gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman serta barang-barang cenderahati. Alice dengan Z sempat lah beli kuaci sebagai ole-ole untuk kawan ofis mereka. Saya dan suami tak beli apa-apa pon. Ekekeke…

Kita orang habiskan masa lebih kurang 1 jam di ladang bunga matahari. Selepas tu kita orang terus bergegas balik semula ke stesen keretapi. Sebabnya tiket keretapi dari Lop Buri – Bangkok pukul 12.27 tengah hari.  Tak dapat nak berjalan sekitar pekan Lop Buri.

Haaa… Ni ada cerita sedih nak kongsi dengan pembaca. Kalau pagi tadi masa naik keretapi nasib kami agak baik sebab ada tempat yang boleh kita orang duduk walaupun sebenarnya tiket kita orang tiada nombor. Tapi bila balik langsung tiada tempat untuk duduk. Terpaksa berdiri dan berhimpit dengan ramai orang. Sengsaranya…. Dah lah perjalanan nak sampai Bangkok lama. Dalam sejam lebih kita orang terpaksa berdiri dalam keretapi. Lepas tu baru ada tempat kosong untuk kita orang duduk. Lega.. Nak adventure sangat kan, so memang merasa lah naik keretapi kelas 3, bersesak dan terpaksa berdiri. Hahahaha….

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-16

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-17

backpacking-trip-thailand-ladang-bunga-matahari-terbesar-lopburi-2015-18

Akhirnya kita orang selamat sampai di stesen keretapi Hua Lamphong jam 3 petang. Masa tu perut dah berkeroncong sangat. Tiba masa untuk JJCM di Bangkok. Lagi pun kita orang ada masa 6-7  jam untuk berjalan sekitar pekan Bangkok sebelum gerak balik ke Hatyai dengan menaiki keretapi jam 10.50 malam.

Ada apa dengan Bangkok waktu malam? Kita bersambung lagi….

10 comments on “Backpacking Trip Thailand: Ladang Bunga Matahari Lop Buri

  1. Bunga-bunga matahari…Anggun mekar…Di taman sari…Warna jingga Suntingan hati
    Bagai tanda Kasih bersemi….. lalalalalalalala…. nyanyi lagu Maya kejap…hihihihihihi.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *