Backpacking Trip Thailand: Erawan National Park

Salam pembaca,

Hari ke-4..

Misi kita orang pada hari ini ialah untuk menjejak 3 tarikan menarik yang terdapat di Kanchanburi. Iaitu air terjun 7 tingkat di Erawan National Park, Death Railway Station dan River Kwai Bridge. Guesthouse yang kami tinggal ada menyediakan pakej tersebut dengan bayaran 1040bhat seorang termasuk kos pengangkutan pergi dan balik, tiket masuk dan makan tengah hari. Tapi kita orang ni kan “BAJET”. Kita orang pilih untuk cari pengangkutan lain iaitu dengan menaiki bas dari stesen bas Kanchanaburi. Pagi tu seawal jam 7.00 pagi kami minta pemilik guest house sediakan tuk tuk untuk kami pergi ke stesen bas.

Uncle tuk tuk iaitu Uncle Sanam sangat peramah dan boleh berbahasa inggeris. Bila kita orang ceritakan tentang perancangan kita orang untuk pergi ke 3 tempat tersebut dengan menaik bas dia tak galakkan. Sebabnya jarak dari Erawan National Park ke Death Railway Station agak jauh. Dan susah untuk dapatkan pengangkutan ke sana dan pulang semula ke pekan Kanchanaburi. Dia tawarkan kepada kami sewa tuk tuk dengannya 1 hari dan pergi 3 tempat tersebut dengan bayaran 1,500bhat. Bila difikirkan balik kosnya jauh lebih murah. Cuma 375bhat untuk seorang. Terus kita orang setuju. Daripada dia hantar kita orang ke stesen bas, terus dia bawak kita orang tour satu hari. Ekekekeke..

Sebelum gerak ke Erawan National Park kita orang singgah dulu di 7E untuk beli bekalan makanan. Nanti susah pula nak cari tempat makan halal bila sampai di sana. Kita orang beli prepacked nasi untuk dimakan bersama rendang dalam tin yang kita orang bawak siap-siap dari Malaysia.

Jarak perjalanan dari pekan Kanchanaburi ke Erawan National Park ialah 70km. Pagi tu walaupun matahari memancar dengan terang tapi cuacanya sejuk. Di tambah pulak kita orang naik tuk tuk berkonsepkan open air, memang menggigil kesejukan lah. Hahaha..

Sepanjang perjalan ke Erawan National Park kita orang disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Pemandangan  yang tak terdapat di Malaysia. Sekali sekala kita orang rasa seperti berada di Korea. Itu kata Z dengan Alice lah. So secara tidak rasmi saya dan suami kira dah sampai Korea lah.. Hahahah…. 😛

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-cover-blog

Lebih kurang sejam suku akhirnya kita orang sampai di Erawan National Park. Bayaran masuk yang dikenakan ialah 200bhat seorang dan 30bhat pula untuk bayaran kenderaan. Kita orang sampai agak awal. Lebih kurang pukul 8.45pagi. Masa tu tak ramai pun pengunjung luar kecuali orang tempatan. Sebelum meneruskan perjalanan kita orang janji dengan uncle sanam akan kembali semula pada jam 1 petang.

Apa yang menarik sebenarnya di Erawan National Park yang membuatkan kita orang beria sangat nak datang ke sini? Sebenarnya tarikan utama di Erawan National Park ialah air terjun sebanyak 7 tingkat. Dan airnya pula berwarna biru kehijau-hijauan. Kat Malaysia macam susah jer nak jumpa kan. Tu yang kita orang sanggup datang ke sini semata-mata nak lihat sendiri air terjun tersebut. Hehehe…

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-16

Untuk sampai ke kawasan air terjun peringkat pertama kita orang kena jalan kaki lebih kurang dalam setengah jam. Sambil jalan kaki korang boleh layan view yang cantik dekat sini. Tup tup jer kita orang dah sampai ke pintu utama air terjun. Kawasan sini ada beberapa kemudahan yang disediakan. Antaranya tandas awam (bersih hokaayyyy), gerai makan dan minuman dan kawasan lapang yang sesuai untuk piknik. Pastikan jaga kebersihan kalau nak piknik.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-cover

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-3

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-24

Kita orang cuma berhenti sekejap sahaja dekat peringkat 1 dan peringkat 2. Dekat sini pun dah cantik air terjunnya. Lagipun misi kita orang adalah untuk sampai ke air terjun peringkat yang ke 7. Sebelum meneruskan perjalan terdapat pejabat renjer yang akan memeriksa barang yang kita bawa ke atas. Peraturan hutan simpan negara Thailand tidak membenarkan pengunjung membawa makanan dan minuman demi menjaga kebersihan alam sekitar. Kalau nak bawa botol air kena bayar deposit bagi setiap botol. Deposit tersebut akan dipulangkan jika kita membawa turun botol air tersebut. Win win situation kan. So terjaga lah kebersihan kawasan tersebut.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-19

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-4

https://i0.wp.com/www.cheqeem.com/wp-content/uploads/2015/08/backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-15.jpg?resize=600%2C400

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-12

Akhirnya lebih kurang dalam 1 jam kita orang sampai ke air terjun yang paling atas sekali iaitu peringkat 7. Tapi sayangnya kita orang datang masa musim kering kot. Air terjun nya takda. Dan air terjun pun nampak cetek. Kalau datang masa musim hujan mesti lagi cantik pemandangan air terjun tesebut. Kalau tak percaya sila google. Hehehehe….

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-14

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-22

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-23

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-10

Masa kita orang nak turun dah mula ramai pengunjung yang datang. Nasib baik kita orang sampai awal. Takdalah sesak sangat untuk trekking naik dan turun. Nak ambil gambar pun tak banyak gangguan. Waktu turun kita orang tak singgah mana-mana air terjun. Terus sampai ke bawah. Lagi pun masa tu perut dah berkeroncong lagu siam. Lapaaarrrrrrr……!!

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-20

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-11

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-21

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-18

Dalam pukul 12.30 kita sampai di pintu masuk utama. Terus carik uncle Sanam. Tapi tak jumpa pulak tuk tuk dia sebab masa tu ada banyak kereta dan tuk tuk. Nasib baik tak lama mencari dan akhirnya jumpa jugak dia. Rupanya tengah lepak borak dengan geng-geng pemandu tuk tuk yang lain. Dia pulak tak cam kita orang sebab masing-masing dah bukak jacket. Tapi yang bangganya dia cakap baju kita orang sama dan orang Malaysia. Pakai baju Team Malaysia kan. Ekekeke…

Bas Kanchanaburi ni sangat cool. Disebabkan kita orang sewa tuk tuk satu hari tak dapatlah naik nie.

https://i0.wp.com/www.cheqeem.com/wp-content/uploads/2015/08/backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-erawan-national-park-2015-cheqeem-17.jpg?resize=600%2C450

So misi kita orang seterusnya ialah ke Death Railway Station dan River Kwai Bridge. Entri ini bersambung. Tunggggguuuuuuuuuu…..

17 comments on “Backpacking Trip Thailand: Erawan National Park

Leave a Reply