Backpacking Trip Thailand: Death Railway dan River Kwai Bridge

Death Railway dan River Kwai Bridge

Selepas menjejak air terjun di Erawan National Park, kita orang terus gerak menuju ke Death Railway. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Agak lama juga untuk sampai ke sini. Kalau pada awal pagi cuaca agak sejuk, tetapi selepas tengah hari cuaca mula panas dan terik. Tapi kita orang layan jer pemandangan cantik sekitar Kanchanaburi. Takdalah membosankan sangat.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-2

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-3Stesen keretapi Thamkra Sae. Dari sini kita boleh naik keretapi kelas 3 menyusuri landasan keretapi lama sehingga ke stesen Kanchanaburi. Tambang keretapi cuma 100bhat.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-4 Mengikut sejarah, Death Railway telah di bina pada tahun 1943 di bawah pemerintahan Jepun. Beribu-ribu tahanan penjara dan buruh asia telah dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan keretapi tersebut yang menghubungkan di antara Thailand – Burma untuk membawa bekalan kepada tentera Jepun. Menurut sejarah lagi pembinaan landasan keretapi ini dibina secara manual menggunakan sepenuhnya tenaga manusia. Manakala gajah pula dijadikan sebagai medium pengangkutan.

Nak tau lagi pasal sejarah Death Railway sila lah bertanya dengan en. Google. Hehehe…

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-12

Kalau nak merasa jalan betul-betul di atas landasan keretapi boleh lah datang sini. Agak ngeri juga bila melihat keadaan landasan yang agak uzur tapi masih lagi digunakan sebagai laluan keretapi. Laluannya pula ditepi lembah dan berbukit. Pada sesiapa yang gayat memang ketaq lutut dibuatnya. Macam Z. Jauh kena tinggal dengan kita orang dari belakang. Hahahah…

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-7

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-8

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-9

Saya pun kalau ikutkan jenis yang gayat juga. Bayangkan kiri kanan kawasan tebing yang sangat tinggi. Nak hilangkan rasa gayat saya pandang depan jer sambil layan pemandangan Sg Kwai. Hihihi…

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-13Cantik kan pemandangan di sini. Kalau dapat tidur lagi satu malam di Sg Kwai mesti lagi best.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-10

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-11

Perancangan asal kita orang nak naik keretapi dari sini iaitu hentian Thamkra Sae dan turun di River Kwai Bridge. Tapi oleh kerana kita orang seronok sangat jalan menyusuri landasan keretapi sampai terlepas untuk naik keretapi. Kesian dekat Uncle Sanam yang beria kejar kita orang sampai ke hujung. Ekekeke.. Akhirnya kita orang lepak dekat tepi dan tengok keretapi lalu.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-14

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-15

Dekat sini ada juga gerai-gerai yang menjual cenderamata barangan tempatan. Kalau ada bawak duit lebih boleh lah shopping. πŸ™‚

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-6

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-5

Kemudian kita orang sambung perjalanan menuju ke River Kwai Bridge.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-1

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-17

Semasa Perang Duni ke II, jambatan ini sering menjadi sasaran pengeboman. Tapi ianya dibina semula dan masih kukuh sehingga ke hari ini. River Kwai Bridge adalah tempat tarikan yang paling menarik di Kanchanaburi. Ini kerana banyak buku mengenai sejarah River Kwai Bridge diterbitkan. Malah turut diceritakan dalam bentuk filem. Salah satu daripada filem tersebut ialah The Railway Man lakonan Colin Firth dan Nicole Kidman. Jadi tak hairanlah ramai pelancong tempatan dan asing datang ke sini setiap tahun.

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-18

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-19

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-20

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-21

Dekat Malaysia mana dapat jalan-jalan dekat landasan keretapi kan? Dekat sini siap boleh jalan dan berdiri di tepi landasan sambil tengok keretapi lalu. Hahahaha….

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-22

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-16

Sebelum pulang semula ke guest house kita orang tapaw siap-siap makanan untuk makan malam. Nasib baik ada gerai makan yang menggunakan lambang Bulan dan Bintang (maksudnya Halal) . Kebetulan makcik kedai ni boleh berbahasa melayu sikit-sikit. Sambil tunggu makanan siap sempat kita orang ajar beberapa perkataan bahasa melayu. Agaknya ramai orang Malaysia suka datang sana kot. Hehehe..

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-25

Uncle Sanam memang sporting habis sebab sanggup tunggu kita orang sampai ke petang. Selepas beli makanan terus kita orang pulang semula ke guest house. Dari River Kwai Bridge ke guest house kita orang tak jauh. Dalam 10 minit dah jer. Alice pula rajin nak duduk di bahagian depan temankan uncle Sanam borak-borak. TQ Uncle…!!

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-23

backpacking-trip-thailand-kanchanaburi-death-railway-river-kwai-bridge-2015-24Ini pula pemilik VN Guest House.

Malam tu kita orang tidur awal. Esok pagi kol 3.30 pagi dah kena check out dan menuju semula ke Bangkok. Misi seterusnya?? Tungggguuu…………

 

3 comments on “Backpacking Trip Thailand: Death Railway dan River Kwai Bridge

Leave a Reply