Backpacking Trip Thailand: Dari KL Sentral – Hat Yai

Salam pembaca,

Ini adalah sambungan entri backpacking trip ke Thailand.

Hari pertama: KL Sentral – Hatyai.

Pukul 7.00 malam saya dan suami bergerak dari rumah menuju ke stesen komuter Batu 3. Oleh kerana jarak dari rumah dan stesen komuter dekat, kita orang cuma jalan kaki sahaja. Dalam pukul 8.30 malam kita orang dah sampai di KL Sentral. Tak lama lepas tu Z muncul dan akhir sekali baru Alice. Sebelum naik keretapi masing-masing makan dahulu dan Z pula tapaw makanan.

Tiket keretapi untuk perjalanan dari KL-Sentral ke  Hatyai kita orang beli yang jenis kerusi. Harga tiket RM48 untuk kelas ADNS. Kita orang memang sengaja beli tiket jenis kerusi sebab nak jimat disamping dera Alice dan Z untuk duduk 13 jam dalam keretapi. Kata nak jadi backpacker. Ini adalah latihan yang pertama. Hahaha..

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-keretapi-malaysia-2015-cheqeem-1Beginilah keadaan keretapi Malaysia untuk kelas ADNS.

Orang yang tak biasa mesti akan rasa stress duduk dalam keretapi selama 13 jam. Tapi sebenarnya ok jer. Sebab dalam keretapi kita boleh bergerak dari satu gerabak ke satu gerabak. Dalam setiap gerabak pula ada tandas. Lepas tu kalau rasa lapar ada kantin untuk makan dan minum. Dan surau pun disediakan. Dalam perjalanan keretapi akan berhenti lebih kurang 1 jam di stesen keretapi Butterworth untuk tukar kepala keretapi. Masa ni kita orang lepak dekat luar sekejap. Dalam keretapi sejuk sangat!

Dalam pukul 9.30 pagi kita orang tiba di stesen keretapi Padang Besar. Semua orang yang nak masuk Thailand perlu turun dari keretapi untuk pemeriksaan imigresen. Masa beratur kita orang tengok semua orang turun bawak beg masing-masing. Tapi kita orang selamba jer tinggalkan beg dalam keretapi. Takda pulak imegresen Thailand tanya mana beg kita orang. Hahaha..

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-keretapi-malaysia-2015-cheqeem-2Semua orang bersiap sedia tunggu di depan pintu sementara menunggu ketibaan keretapi termasuk kita orang.

Lebih kurang 1 jam juga keretapi berhenti di stesen Padang Besar. Selain pemeriksaan imigresen, kepala keretapi Malaysia sekali lagi bertukar dengan kepala keretapi Thailand. Sementara menunggu kita orang lepak minum di kafeteria. Kebetulan masa tu ada Tourism Malaysia Perlis tengah buat promosi. Kita orang pun sempat lah bergambar dengan mereka. Bagi sokongan katanya. Sebagai balasan dapat goodies bag. Berguna jugak goodies bag yang kita orang dapat tu. Ekekeke.. Jangan lupa like FB Tourism Malaysia Perlis.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-keretapi-malaysia-2015

Dalam pukul 10.30 pagi kita orang naik semula keretapi dan terus menuju ke Hat Yai. Pastikan berada 15min lebih awal dalam keretapi sebelum keretapi bergerak. Sebab keretapi bergerak tepat pada masanya. Bila dah masuk sempadan Thailand masing-masing dah teruja. Almaklumlah dah lebih 12 jam duduk dalam keretapi. Lemau dah rasanya. Hahaha.. Akhirnya dalam pukul 11.30 pagi (waktu Malaysia) kita orang sampai di stesen Hat Yai Junction. Kalau ikut waktu Thailand pula pukul 10.30 pagi. Terbaiklah KTM Berhad Malaysia. Jadual waktu perjalanan sememangnya tepat.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-2015-cheqeem-2Inilah antara sebab utama saya suka berjalan menaiki keretapi. Dapat melihat pemandangan penduduk tempatan.

Sampai jer di stesen Hat Yai kita orang terus pergi ke tandas dulu untuk segarkan badan. Kemudian  simpan beg masing-masing dekat tempat penyimpanan beg. Caj yang dikenakan mengikut saiz beg. Macam kita orang beg besar kena bayar 70bhat. Beg Alice dan Z pula cuma 50bhat sahaja. Seterusnya misi pusing-pusing bandar Hat Yai!

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-stesen-hatyai-junction-2015-cheqeem-1

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-stesen-hatyai-junction-2015-cheqeem-2

Mula-mula kita orang singgah kedai Seven E  dahulu untuk beli top up telefon menggunakan sim kad Thailand iaitu True Move. Kemudian kita orang naik tuk tuk untuk pergi ke bazar Kim Yong. Dengan ingatan yang tak berapa nak ingat sangat bila sampai di sana rasa macam lain jer tempat ni dengan yang saya pergi masa bulan 10 hari tu. Banyak betul kedai dalam tu yang jual macam-macam barang. Memusing juga kita orang cari jalan keluar. Bila dah yakin tempat tu bukan lah bazar yang kita orang nak pergi, kita orang pun cari tuk tuk. Nasib baik kali ni pemandu tuk tuk tu bawak kita orang dekat tempat yang betul. Rupanya ada dua bazar Kim Yong. Satu yang baru dan satu lagi yang lama. Tempat yang kita orang nak pergi ialah bazar Kim Yong lama. Hehehe..

Sampai di bazar Kim Yong kita orang jalan-jalan untuk misi mencari beg. Lagi pun saya dan husband cuma bawak satu beg jer. Bila beli beg lagi satu boleh lah ringankan beban beg yang utama. Selain daripada tu beg yang kita orang nak beli ni boleh digunakan untuk daypack hiking. Tetiba si Alice dan Z pun teringin nak beli beg jugak. So lepas tawar menawar masing-masing dapat beli beg dengan harga 850bhat kecuali Z. Beg dia kecik jer. Harga beg dia 300bhat.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-stesen-pasar-kim-yong-2015-cheqeem-1Ini lah dia beg yang berkenan di hati. Warna jer pilih yang lain.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-pasar-kim-yong-2015-cheqeem-3Pekena air kelapa bakar segar diwaktu cuaca panas terik memang layan sangat.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-pasar-kim-yong-2015-cheqeem-2Sempat ber’wefie’ dengan tokey air kelapa bakar segar.

Lepas misi mencari beg berjaya perut pun dah berkeroncong. Kalau ikut rancangan asal nak makan di Shah Alam Seafood. Tapi pemilik kedai iaitu Hj. Zul bagi tau kedai tutup pula. So kita orang pergi makan di Kelantan Seafood. Dekat Hat Yai ni tak susah nak carik kedai makan halal. Banyak juga pilihan yang ada. Cari jer kedai yang ada lambang bulan dan bintang. Itu lah lambang yang menandakan kedai makan tersebut adalah halal. Sedap atau tak ikut nasib lah. Ekekeke.. Dekat kedai Kelantan Seafood memang sedap makanannya. Untuk makan tengah hari kita orang pesan Tom Yam Seafood, Daging Masak Merah, Kailan Ikan Masin dan telur dadar.

Masa dekat kedai makan Kelantan Seafood kita orang mintak tolong dengan pekerja kedai untuk top up kan kredit telefon masing-masing. Nak top up sendiri tak faham. Semuanya dalam bahasa Thailand. Hahaha.. Lepas berjaya setting telefon dengan sim kad Thailand masing-masing sibuk mengadap telefon. Terus update status FB masing-masing. Hahaha.. Kecuali saya jer yang tak berjaya. Rasanya model telefon saya tak support untuk penggunaan sim kad antarabangsa. Cisss.. Harapkan signal Wi-Fi jer lah.

Lepas makan kita orang terus bergegas kembali ke stesen Hat Yai berjalan kaki. Tiba di sana kita orang terus mandi dan bersedia untuk perjalanan ke Bangkok pula. Tandas di stesen Hat Yai dilengkapi sekali dengan bilik mandi. Ruang nya luas, bersih dan selesa.

Sepatutnya perjalanan ke Bangkok adalah pukul 4:30 petang. Untuk kepastian kita orang bertanya dekat kaunter. Nasib baik mereka ni boleh berbahasa inggeris. Tapi sayangnya mereka bagi tahu keretapi ke Bangkok akan sampai lambat. Bila ditanya pukul berapa keretapi akan sampai mereka pun tak pasti. Aduhhh.. Sabar je lah. Melepak lah kita orang dekat stesen keretapi tu. Nasib baik ada kedai minum kopi. Dekat situ lah kita orang tunggu sampai keretapi sampai.

Akhirnya pukul 6.10 petang baru keretapi sampai. Maka bermulalah perjalanan kita orang dari Hat Yai ke Bangkok. Kalau ikut jadual keretapi yang asal kita orang akan tiba di Bangkok pukul 5.50 pagi. Tapi bila dah bertolak lambat maka sampainya pun lambat.

backpacking-trip-thailand-dari-kl-ke-hatyai-stesen-hatyai-junction-2015-cheqeem-4

Jadi pukul berapa sebenarnya kita orang sampai? Apa yang menariknya dengan keretapi Thailand? Apa yang menarik di Bangkok.. Jeng jeng jeng… Kita sambung lagi.. Tungguuuu…….

Hot Tips by Cheq Eem

  1. Boleh makan dan minum di dalam keretapi. Pastikan jaga kebersihan untuk kesenangan bersama.
  2. Boleh beli air panas di kantin kalau nak buat maggi, air panas, susu anak dan sebagainya.
  3. Pastikan bawak stokin tebal dan sweater tebal untuk digunakan di dalam keretapi. Waktu malam keretapi sangat sejuk.
  4. Tandas dan surau disediakan di dalam keretapi.
  5. Antara kemudahan yang terdapat di stesen Hat Yai ialah tandas, bilik mandi, tempat simpan beg, kedai serbaneka, surau serta beberapa stall kecik yang jual makanan tempatan.
  6. Kadar bayaran untuk tuk tuk adalah 20bhat untuk sekali perjalanan bagi sekitar bandar Hat Yai.
  7. Beberapa kedai makan halal di Hat Yai ialah Shah Alam Seafood, Kelantan Seafood, Saloma Restaurant, Hameed Restaurant dan Kai Tod Daycha.
  8. Bazar Kim Yong adalah tempat membeli belah yang popuar di Hat Yai. Ada macam-macam barang menarik yang dijual. Antaranya baju lelaki dan wanita, baju jersi bola, seluar, beg berjenama, peralatan dapur dan macam-macam lagi.

8 comments on “Backpacking Trip Thailand: Dari KL Sentral – Hat Yai

    1. pergi jangan tak pergi… jalan2 hilangkan stress katanya… ekekeke…

      haah… owner dia orang shah alam.. setiap minggu ulang alik tengok biz dekat sana..

    1. bertambah seronok bila backpacking dengan geng yang sekepala… takda pening kepala… hehe… salam bombastik 2015 KK….! 😀

    1. saya balik pun naik keretapi juga… tiket boleh dibeli awal 30 hari sebelum tarikh perjalanan… good luck..!!

Leave a Reply