Backpacking Trip Thailand: Dari Hat Yai – Bangkok

Salam pembaca,

Ini adalah sambungan entri backpacking trip ke Thailand

Hari ke dua: Hat Yai – Bangkok

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-stesen-hua-lomphong-2

Selepas dekat 2 jam menunggu di stesen keretapi, akhirnya kita orang bertolak menaiki keretapi no 42 dari Hat Yai ke Bangkok jam pada 6.10 petang. Kita orang beli tiket keretapi jenis 2nd class air-cond yang berharga 705bhat. Sebab utama kita orang pilih keretapi no 42 ialah masa perjalanan lebih kurang 14 jam sahaja. Berbanding dengan keretapi lain masa nya lebih lama. Sekali lagi kita orang terpaksa mengharung perjalanan yang lama menaiki keretapi menuju ke Bangkok. Bertahan jer lah 14 jam duduk atas kerusi.

Ini adalah kali pertama kita orang naik keretapi Thailand. Takda lah mengharapkan servis 5 bintang sangat. Asalkan kerusi selesa dan tandasnya bersih dah kira ok dah. Alhamdulillah kerusi ok, bahagian tempat letak kaki luas dan tandas pun bersih. Siap ada pramugari lagi uolss. Hehehe.. Tapi apa tugas pramugari dalam keretapi Thailand nie?

Haa.. Rupanya harga tiket untuk 2nd class termasuk sekali dengan makan dan minum. Tugas pramugari adalah mereka akan sediakan makan untuk semua penumpang. Mula-mula kita orang dapat roti. Bila nak makan rasa was-was pula sebab takda logo halal. Tapi bila lihat penumpang tempatan yang beragama Islam makan, baru lah kita orang yakin untuk makan. Hahaha..

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-1Pramugari manis sedang menyediakan makanan dan minuman untuk penumpang.

Lepas tu pramugari datang lagi bawa makanan. Kali ni kita orang dapat nasi, 2 lauk dan air kosong. Pergghhh…. Dapat makan nasi panas-panas dalam keretapi. Memang best lah. Takda lah kebulur malam tu. Tak makan lagi lah jawabnya bekalan maggi masing-masing. Hahaha.. Ingatkan itu sahaja. Lepas makan nasi pramugari datang lagi. Bawak biskut dan air kopi panas. Macam-macam makanan kita orang dapat. πŸ˜€

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015Inilah makanan yang kami dapat dengan menaiki keretapi kelas 2.

Bila dah makan sedap-sedap perut pun kenyang. Tiba masa untuk tidur. Boleh tahan sejuk keretapi Thailand ni. Sama macam keretapi Malaysia. Masa nak tidur tu ada kejutan lagi. Kali ni pramugari datang dan bagi selimut. Wahhhhh……. biar betul dapat selimut sorang satu. Ishh.. best betul naik keretapi Thailand ni. Takdalah kita orang kesejukan sepanjang malam. Keretapi Malaysia patut ikut cara keretapi Thailand menyediakan kemudahan untuk penumpang. Malam tu tidur lena kita orang. πŸ˜€

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-2Selimut yang bersih dan wangi. Dapatlah mengurangkan kesejukan kita orang sepanjang malam.

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-5Jalan-jalan dalam gerabak sambil layan pemandangan.

Akhirnya selepas berbelas jam berada dalam keretapi kita orang selamat tiba di stesen Bangkok lebih kurang pukul 10 pagi. Kalau ikut perancangan asal keretapi sepatutnya sampai pukul 5.50 pagi. Hampir 4 jam kita orang terlewat. Terpaksalah program misi mencari bunga matahari di Lop Buri diubah pada hari hari terakhir di Bangkok.

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-4Sawadikap Bangkok! Ehh.. Ada kawan barulah. Heheh.. Sempat berkenalan dengan backpacker dari Malaysia masa dalam keretapi.

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-3Tengok gambar ni macam pergi negara tempat sejuk jer kan. Padahal Bangkok jer pun.. Hahaha.. Malas nak tanggal jaket sebenarnya. πŸ˜›

backpacking-trip-thailand-dari-hatyai-ke-bangkok-keretapi-thailand-2015-stesen-hua-lomphongStesen keretapi terbesar di Thailand iaitu Hua Lamphong, Bangkok.

Kalau di stesen Hat Yai tandas nya bersih dan selesa, berbeza pula dengan tandas di stesen Hua Lamphong. Kotor, tak terjaga dan tak selesa. Terus kita orang tak jadi nak mandi. Cuma basuh muka dan tukar baju jer. Mungkin disebabkan terlalu ramai sangat orang kot sampai tak sempat nak cuci. Tapi sepatutnya kebersihan tandas patut lah di jaga. Lagi pun ramai pelancong asing yang saya lihat berada di stesen Hua Lamphong.

Sebelum gerak ke mana-mana husband beli peta bandar Bangkok di kaunter pertanyaan. Dalam program takda lahΒ  nak merayap dekat Bangkok tapi bila ada peta ni dapat juga membantu kita orang untuk bergerak sekitar bandar Bangkok.

Agak-agak apa yang kita orang buat dekat Bangkok pagi tu eh sebelum gerak ke Kanchanaburi pada sebelah petang? Katanya ada tempat makan sedap di MBK Center. Apa yang kita orang makan? Tungguuuuu……..

Hot Tips by Cheq Eem

  1. Tiket keretapi Thailand boleh tempah secara online di sini –> Thailand Train Ticket
  2. Simpan jadual perjalanan keretapi jika ingin bergerak menggunakan perkhidmatan keretapi. Boleh download di sini –> Thai Railways Time Table
  3. Keretapi Thailand ada macam-macam jenis. Antaranya Rapid Train, Special Express Train, Diesel Rail Car. Masa perjalanan bagi setiap keretapi pula adalah bebeza.
  4. Blog ini adalah rujukan utama saya mengenai keretapi Thailand –> Seat61.com
  5. Peta Bangkok boleh dibeli di kaunter pertanyaan pada harga 50bhat.
  6. Ada pelbagai kemudahan yang terdapat di stesen Hua Lamphong. Antaranya pengurup wang, tandas, surau, kedai serbaneka 24 jam, tempat penyimpanan beg dan tempat makan halal.
  7. Antara pengangkutan awam yang terdapat di stesen Hua Lamphong ialah MRT, teksi, bas dan tuk tuk.
  8. AWAS! Kadar pengangkutan tuk tuk di Bangkok adalah sangat mahal! Berhati-hati.

 

6 comments on “Backpacking Trip Thailand: Dari Hat Yai – Bangkok

Leave a Reply