Backpacking Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi

Salam,

Bersambung lagi.. Hari ke-3

Ada yang terlepas entri sebelum nie? Boleh klik link kat bawah ni.

Entri 1: Backpacking Trip Thailand: Dari KL Sentral – Hat Yai
Entri 2: Backpacking Trip Thailand: Dari Hat Yai – Bangkok

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-2-cheqeemBanyak kedai yang tutup sebab kita orang sampai sana cuti tahun baru.

Rancangan untuk melihat bunga matahari di Lop Buri pada pagi tu terpaksa dibatalkan gara-gara keretapi delay dari Hatyai. Jadi kita orang decide untuk JJCM dekat pekan Bangkok di MBK Center. Berpandukan map yang husband beli kita orang jalan kaki dari stesen keretapi Hua Lamphong. Dekat jer kalau jalan kaki. Cuma 3km. Kita orang kan semuanya runner. Setakat jalan kaki 3km tu apa lah sangat. Padahal semput juga berjalan dengan bawak beg masing-masing. Feeling tourist sangat uollsss bila jalan kaki di tengah bandar Bangkok. Hahahaha…

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-1-cheqeemThailand dan pemandangan kabel tidak dapat dipisahkan. Ekekeke…

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-3-cheqeemTuk-tuk di Bangkok mahal. Lebih baik naik teksi daripada naik Tuk-tuk.

Sampai je di MBK Center terus cari food court. Masing-masing dah lapar tahap kebulur. Dekat sini ada 2 food court. Satu food court biasa dan satu lagi International and Restaurant food court. Oleh kerana kita orang pelancong luar negara (perasan…. ) so kena lah makan di International and Restaurant  Food Center. Lagipun Z bagi tau dia ada baca dalam blog ada blogger review masakan Tom Yam di International and Restaurant  Food Center sedap dan terbaik.

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-4-cheqeemInternational Food Court, MBK Plaza Center

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-5-cheqeemNasi Goreng Seafood

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-7-cheqeemNasi Goreng Udang

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-10-cheqeemTom Yam Seafood

Perut pon dah berkeroncong. Saya order Tom Yam Seafood special dengan nasi putih. Sampai negara Thailand kalau tak order tom yam memang tak sah. Serius..!! Memang sedap giler tom yam dia. Dengan udang besar, isi macam-macam ada, rasa masam dan pedas yang seimbang. Puas hati…!! Di sebabkan makanan yang Alice order rasa macam dekat KL pun boleh dapat, dia pergi order satu lagi tom yam. Hahaha….

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-8-cheqeemAlice muka tak puas hati nasi goreng udang dia tak sedap. Hahaha… 

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-mbk-plaza-9-cheqeemMuka teruja Alice selepas order tom yam sama macam kita orang. Hahaha…

MBK Shopping Center ni salah satu pusat membeli belah yang sangat popular bagi sesiapa yang berkunjung ke Bangkok. Bangunan setinggi 8 tingkat ini mempunyai 2,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barang seperti baju fesyen terkini, kasut berjenama, barang perhiasan rumah, beg berjenama, cenderamata buatan tempata, peralatan elektrik dan elektronik dan macam-macam lagi. Kalau kaki shopping sini lah tempatnya. Disebabkan kita orang bajet ciput, memang tak shopping lah. Mampu tengok jer. Hahaha..

Bila perut pun dah kenyang kita orang terus menuju ke Southern Bus Terminal. Nasib baik ada map, tunjuk dekat pemandu teksi selamat kita orang sampai ke tempat yang di tuju. Risau jugak takut salah tempat. Memang berguna betul map yang husband beli. Ekekeke..

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-naik-bas-1-cheqeem

Sampai je sana terus cari kaunter yang jual tiket bas ke Kanchanaburi. Tak susah pun nak cari kaunter jualan tiket. Ianya terletak di tingkat 2. Lagipun papan tanda yang disediakan adalah jelas. Ikut jer. Untuk kaunter tiket ke Kanchanaburi sila cari kaunter nombor 81. Alhamdulillah. Kita orang dapat beli tiket bas jam 4.00 petang. Harga tiket pula 110bhat.

Tepat jam 4.00 petang bas pun bergerak. Perjalanan ke Kanchanaburi mengambil masa selama 2 jam. Dapatlah kita orang merehatkan diri. Bas pula kosong jadi masing-masing ambil tempat sendiri.

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-naik-bas-2-cheqeemItu lah bas yang kita orang naik. Macam bas ekspres dekat Malaysia. 

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-naik-bas-3-cheqeemBas kosong. Takda orang pun.

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-naik-bas-4-cheqeem

Tapi ada cerita lucu dalam bas. Alice dapat kawan baru. Hahahah.. Ada seorang penumpang bas orang tempatan ramah betul dengan kita orang. Walaupun boleh bertutur bahasa inggeris tapi jenuh juga lah kami berborak. Rajin betul dia bercerita dengan kita orang. Ekekeke.. Di sebabkan kita orang semua dah penat kita orang biarkan Alice layan dia berborak.

Akhirnya selepas 2 jam duduk dalam bas kita orang selamat sampai di stesen bas Kanchanaburi. Sampai di sana kita orang terus ambil tuk tuk untuk pergi ke VN Guest House. Jarak dari stesen bas ke guest house pun tak jauh. Salah satu sebab saya pilih VN Guest House ialah ada chalet rumah buluh terapung di atas air tasik. Saya booking seawal 3 bulan untuk dapatkan bilik view mengadap tasik. Tapi sayangnya dah full.

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-vn-guesthouse-2-cheqeem

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-vn-guesthouse-3-cheqeemTak dapat bilik mengadap tasik besar, mengadap tasik kecik pun jadik lah. Ekekeke……

backpacking-trip-thailand-dari-bangkok-ke-kanchanaburi-2015-vn-guesthouse-4-cheqeem

VN Guest House ni sangat selesa, bersih, besar, kemas dan murah. Pemiliknya pun peramah dan boleh berbahasa inggeris dengan baik. Ada macam-macam jenis bilik yang disediakan. Kalau nak tau pasal VN Guest House boleh lihat di sini.–> VN Guest House

Malam tu saya tak dapat nak layan angin malam sungai Kwai. Muntah banyak kali dan sakit kepala teruk sangat. Mungkin disebabkan lambat makan, cuaca panas di Bangkok dan badan tak cukup rehat kot. Spoil betul mood bercuti. Hahaha.. Ubatnya memang tidur awal malam tu. Lagipun esok pagi kena bangun awal untuk misi menjejak air terjun Erawan dan landasan keretapi maut.

Apa yang menarik dengan air terjun Erawan? Bagaimana nak pergi ke Erawan? Cantik sangat ker air terjun Erawan? Landasan keretapi maut? Tempat apa tu? Kena tungggguuuuuu….

Tips:

1. International Food Court menggunakan konsep kad pra-bayar.
2. Terdapat kedai makanan halal di International Food Court.
3. Jangan lupa aktifkan kad ATM atau kad kredit untuk penggunaan di luar negara.
3. Kekerapan perjalanan bas dari Bangkok – Kanchanaburi ialah setiap 20minit.
4.Info mengenai perjalanan bas ke Kanchanaburi boleh lihat di sini –> http://www.kanchanaburi-info.com/en/bus.html
5. Masa perjalanan dari Bangkok – Kanchanaburi ialah 2jam
6. Southern Bus Terminal mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat penyimpanan beg, kedai 24jam 7E, tandas serta surau.
7. Jangan lupa bawak bekalan ubat setiap kali travel.
8. Rajin-rajin lah email pemilik VN Guest House. Dia sentiasa reply email jika ada pertanyaan.
9. Cuaca di Kanchanburi pada waktu malam dan waktu pagi sejuk.

14 comments on “Backpacking Trip Thailand: Bangkok – Kanchanaburi

    1. siapa yang suka mencabar dlm bab travel memang best lah…. hehehe…. itu lah.. teringin gak nak gi backpack dengan akak…. 🙂

  1. Just nak share.. saya baru tiba di VN Guesthouse kanchanaburi.

    Saya tiba di bangkok don mueang airport pukul 5 ptg. Kemudian saya ambil bus A1 (keluar je airport ada sign board A1) tunggu di situ). Dari airport saya ke bangkok bus terminal (byr 30thb per person pada conductor bus ke mochit 2 (Northen bus terminal) mochit 2 adalah hentian paling last. Mengambil masa lebih kurang 30min

    Kemudian di mochit 2, saya terus ke kaunter 16 di bahagian dalam terminal dan beli minivan tiket 120THB per person. Alhamdullilah selepas bayar terus naik minivan hanya 2 org shj penumpang masa tu so kami berdua terus dibawa ke kanchanaburi ambil masa 2 jam sampai ke kanchanaburi bus terminal. Jarak dari bus terminal ke VN guesthouse hanya 1.55km dari situ. Taxi change 100THB jadi kami tanya tuk tuk cuma 50THB so since dah lewat around 9mlm kami naik tuk tuk ke VN guesthouse lebih kurang 5min sampai

    Keadaan guest house twin room mengadap river sebelah dalam sgt bersih. Toilet pun bersih. Sgt berpuas. hati. Esok pagi VN gueshouse akan arrange motor utk kami 200THB sehari utk ke erawan waterfall.

    Nota kaki : masa di airport saya ambil sim card unlimited internet 200THB selama 7 hari. Sekian

Leave a Reply