Backpacking Trip: Hat Yai, Bangkok, Kanchanaburi dan Lop Buri

Salam pembaca,

cover-blog-backpacking-trip-thailand-hatyai-bangkok-kanchanaburi-lop-buri

Perancangan untuk pergi ke Thailand melalui pengangkutan darat dengan menaiki keretapi akhirnya berjaya dilaksanakan tahun ni. Berbulan-bulan juga lah cari maklumat melalui blog. Nak buat trip bajet macam ni lah. Kena cari maklumat all out. Antaranya jadual keretapi Malaysia dan Thailand, tempat penginapan yang murah dan berbaloi, pengangkutan dari satu lokasi ke satu lokasi, tempat makan yang halal, aktiviti yang menarik dan macam-macam lagi.

Misi utama saya dan suami nak pergi ke Thailand ialah untuk menjejak ladang bunga matahari terbesar di Thailand di daerah Lop Buri, meneroka air terjun Erawan Waterfall dan Death Railway Train di daerah Kanchanaburi. Mana saya tau tempat semua ni? Apa lagi kalau bukan aktiviti blogwalking. Bila tengok dan baca cerita mereka terus saya nekad nak pergi jugak ke sana. Bangkok dan Hat Yai adalah sekadar transit keretapi sahaja. Tapi sempat juga lah pusing-pusing bandar Hat Yai dan Bangkok.

Perkara yang paling merisaukan saya dan suami untuk kembara ke Thailand ialah tiket keretapi dari Hat Yai ke Bangkok. Memandangkan tarikh yang kita orang pergi adalah masa cuti tahun baru, risau jugak tiket cepat habis. Kalau tiket keretapi dari Malaysia tak kisah sangat. Boleh beli seawal 30 hari secara online. Tapi tiket keretapi dekat Thailand yang susah sikit. Dah lah tak boleh booking online. Kena beli secara walk-in dekat kaunter. Hari tu masa jalan-jalan ke Hatyai ingatkan boleh lah beli tiket keretapi. Sekali tak boleh pulak. Tiket hanya boleh beli seawal 60 hari sahaja. Nasib baik ada berkenalan dengan pemilik kedai Shah Alam Seafood iaitu Tn. Hj Zul. Kami mintak tolong daripada dia untuk belikan tiket keretapi. Untuk memudahkan urusan Hj. Zul beli tiket kami beri semua maklumat yang mungkin diperlukan seperti nama penuh, no IC, no passport, nombor dan jadual perjalanan keretapi.

Bila tiket keretapi Thailand sudah berada dalam tangan, hati dah berbunga-bunga. Terbayang-bayang perjalanan yang penuh mencabar dari KL – Bangkok menaiki keretapi. Feeling-feeling pelancong omputih gittew. Ekekeke..

Lepas dah beli tiket keretapi perkara yang seterusnya ialah booking tempat penginapan. Kalau ikut plan asal nak tidur satu malam di Bangkok dan satu malam di Kanchanaburi. Tapi bila susun balik jadual aktiviti rasanya tak sempat nak berkejar dari Kanchanaburi ke Bangkok. So saya booking 2 malam di rumah tumpangan VN Guest House. Kenapa pilih VN Guest House? Sudah tentu review dari trip advisor nya bagus. Rating 4.5 daripada 5 bintang. Terbaik kan! Tak perlu bayar deposit atau pun pembayaran. Yang penting harga untuk satu malam cuma RM40 sahaja.

Dan akhir sekali tiket keretapi daripada KL – Hatyai. Ini pun kita orang beli awal. Elok jer ngam-ngam 3o hari terus masuk website KTMB dan beli tiket secara online. Hahaha.. Bila tiket keretapi dah beli, tempat penginapan dah booking cuma tinggal hari yang dinantikan sahaja lagi. Yahooo…..!!

So ini lah dia itinerary kita orang bermula dari 31/12/2014 sehingga 06/01/2015.

31 December 2014
2200 : KL Sentral – Hatyai

1 Januari 2015
1030 : Tiba di stesen keretapi Hat Yai
1100 : Jalan-jalan sekitar Hat Yai
1810 : Hat Yai – Bangkok menaiki train no 42

2 Januari 2015
1000 :Tiba di stesen keretapi Bangkok
1030 : Jalan-jalan sekitar Bangkok
1600 : Bangkok – Kanchanaburi menaiki bas no 81
1830 : Check in VN Guest House

3 Januari 2015
0700 : Misi menjejak Erawan Waterfall da Death Railway Train
1900 : Pulang ke VN Guest House

4 Januari 2015
0300 : Check out VN Guest House
0320 : Kanchanaburi – Bangkok menaiki mini bus van
0530 : Tiba di stesen keretapi Bangkok
0700 : Bangkok – Lop Buri menaiki keretapi
1000 : Misi Bunga-bunga Matahari
1230 : Lop Buri – Bangkok menaiki keretapi
1500 : Jalan-jalan sekitar Bangkok
2250 : Bangkok – Hatyai menaiki train no 41

5 Januari 2015
1300 : Tiba di stesen keretapi Hat Yai
1400 : Makan tengah hari di Shah Alam Seafood
1600 : Hat Yai – KL Sentral

6 Januari 2015
0540 : Tiba di KL Sentral

Cukup setakat ini untuk sesi permulaan. Apa yang berlaku sepanjang 6 hari tersebut kita sambung entri seterusnya. Tapi nak belanja satu gambar dulu. Saja bikin panas…Β  πŸ˜€

ladang-bunga-matahari-terbesar-di-thailand-daerah-lop-buri-cheqeem

9 comments on “Backpacking Trip: Hat Yai, Bangkok, Kanchanaburi dan Lop Buri

  1. agak agak berapa kos akak pergi, sepanjang dekat sana dengan balik? sebab saya student lagi, saya dgn kawan kawan plan nak backpacking yg low cost tapi bukan dekat malaysia hehe

  2. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini…
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin) Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat tuan/puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    Call : +6282214441280

    WhatsApp : +6282214441280

    Email : [email protected]
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan…Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…

    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja… Terima Kasih…

  3. Hai. Saya nak tanya. Kalau naik train dati hatyai ke bangkok berapa jam? And tiket train memang kena beli sebelum 60 hari kita nak bertolak ye? Ke boleh beli online je from malaysia?

Leave a Reply