Aktiviti Larian Sepanjang 2014

Salam pembaca,

Mula-mula terjebak dengan acara larian sejak tahun 2013. Ingat lagi larian yang pertama ialah Larian Kitar Semula sejauh 3km dekat Padang Merbuk, KL. Sengsara jugak nak tamatkan 3km. Pancit gak lah.. Hahaha.. Lebih banyak berjalan daripada berlari.. Lepas tu masuk pulak Charity Walk World Hunger Relief di Putrajaya sejauh 5km. Masih lagi merasakan azab untuk tamatkan 5km. Sampai sakit lah kaki ni. Rasanya lebih kurang 1 jam jugak lah nak sampaikan ke garisan penamat.

Biasalah kan. Peringkat awal macam tu lah. Nak kena build up stamina slowly. Sekarang ni bila dah banyak kali masuk larian dah tak rasa pape sangat. Sakit kaki pun 1-2 hari jer. Itu pun takda lah sakit sangat pun. Sengal-sengal biasa jer. Bila dah makan vitamin Shaklee cepat sikit baiknya. Ostematrix Shaklee memang terbaik. Untunglah ada Shaklee. Eh, sempat pula buat promosi. Hahaha..

Bila diimbas kembali aktiviti larian untuk tahun lepas CE berjaya daftar masuk 6 acara larian. Semuanya larian sejauh 5km. Belum mampu lagi nak masuk kategori larian 10km macam geng-geng yang lain. Insya-allah tahun ni dah boleh cuba untuk kategori 10km pulak. Lagi pun dah buat pelaburan beli kasut Brooks model Ravenna 5. Kenalah manfaatkan sepenuhnya. Kalau tak membazir jer beli kasut mahal-mahal kan. Betul tak?

1. Rose2Rose Charity Walk For Humanity

Berlari sambil beramal yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif Berhad. Hasil kutipan derma oleh orang ramai akan disalurkan untuk membantu rakyat Palestine, Syria dan Rohingya. Satu program yang sangat bagus. Rasanya tahun ni ada lagi. Insya-allah kalau ada masa nak masuk lagi.

2. TM Fan Run

Larian yang diadakan setiap tahun. Tahun 2013 tak sempat nak masuk sebab ada hal lain. Tahun ni berjaya mendaftarkan diri. Sebab utama nak masuk ialah nak jersi team Malaysia. Ekekeke.. Harimau Malaya!

aktiviti-larian-tahun-2014-cheqeem-tm-fan-run

3. CAPAM International Run

Keseronokan mula terasa selepas larian TM Fan Run. Acara seterusnya daftar CAPAM International Run di Putrajaya. Masa ni dah beli kasut lari yang baru. Hehe..

aktiviti-larian-tahun-2014-cheqeem-capam

4. MAKNA run

Larian amal yang dianjurkan oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Kali pertama masuk acara larian pada waktu malam. Ok gak lah. Tapi lebih suka lari pada waktu pagi berbanding malam.

aktiviti-larian-tahun-2014-cheqeem-makna-run

5. Zombie Run For Your Life

Bukan larian biasa. Kali ni larian berbentuk cabaran. Ada beberapa halangan sepanjang larian sejauh 5km yang perlu ditempuh termasuk selamatkan diri daripada dikejar zombie. Kalau berjaya selamatkan diri daripada zombie dapat medal survivor. Kalau tak berjaya dapat medal infected. 😀

aktiviti-larian-tahun-2014-cheqeem-zombie-run-malaysia

6. Twincity Run

 Larian penutup untuk tahun 2014 iaitu Cyberjaya Twincity Run. Kalau sebelum ni tak kisah sangat dengan catatan masa, tapi kali ni nak cuba uji kemampuan diri sendiri. Hasilnya berjaya tamatkan 5km dalama masa 35 minit. Not bad kan? Hehe..

aktiviti-larian-tahun-2014-cheqeem-cyberjaya-twincity-run

Untuk tahun ni baru daftar satu acara larian sahaja iaitu Men Health Women Health pada bulan Mac di Putrajaya. Baru ingat nak masuk larian 10km, tapi dah penuh pulak. Macam biasa masuk 5km jer lah. Ekekeke..

Jom semua kita kumpul medal. Best pulak bila lari dapat medal nih.  😀

p/s: zaman sekolah dulu kalau masuk acara sukan no 1-3 jer dapat medal.

4 comments on “Aktiviti Larian Sepanjang 2014

    1. takdalah hebat pun k.lyn.. biasa2 jer… ekekeke…. sejak makan shaklee ni makin aktif saya dan suami buat aktiviti luar…
      saya pun lama tak singgah blog k.lyn.. nanti nak terjah sana pula… makin come? tq to shaklee.. hehe…. 🙂

Leave a Reply