Akibat Terpengaruh Dengan Kengkawan Akhirnya Terbeli

Salam pembaca,

tips-beli-kasut-lari-cheq-eem

Pernah tak korang berada dalam situasi dimana tak berapa minat sangat pun dengan sesuatu perkara, tapi akibat terpengaruh dengan kengkawan akhirnya korang terjebak jugak? Pernah kan.. kan.. Elehh.. jangan cakap tak pernah tau. Mesti pernah punya lah..

Haa.. Itu lah yang terjadi dekat kita orang husband and wife sekarang ni. Bila social networking berkembang dan berjumpa pula dengan geng-geng yang suka masuk marathon, maka kita orang pun dah terjebak sama. Sebelum ni kita orang cuma masuk mana-mana acara fun walk ataupun fun run. Lari pun standard 3km-5km sahaja. Itu pun 2,3 bulan sekali lah. Konsepnya ‘janji bersenam’. Kadang-kadang buat aktiviti luar sama ada hiking ataupun swimming.

Tapi sekarang bila dah kenal dengan geng-geng baru yang gila aktif masuk acara larian, mula lah rasa nak ikut sekali. Akibatnya dah terdaftar dua acara larian iaitu CAPAM Run dan Makna Night Run. Macam biasalah kan, untuk beginner macam kita orang ni ambil 5km dah lah. Tak mampu nak masuk 10km lagi macam derang tuu. Hahaha..

Perkara yang kita orang risau bila masuk aktiviti lari ialah masalah sakit kaki. Kalau pakai kasut yang kurang bersesuaian memang boleh menyebabkan kaki kita sakit. Memang betul pun. Dah merasa sebenarnya haritu lepas TM Fan Run. Dalam 3,4 hari gak jalan keras jer. Terasa sangat otot pada bahagian betis dan peha tegang. Jadi geng-geng pun nasihatkan suruh beli kasut lari yang sesuai untuk elakkan sebarang kecederaan semasa berlari.

Adalah beberapa tips yang member bagi sebelum pilih kasut lari. Salah satunya ialah pergi kedai kasut yang ada sediakan mesin yang boleh scan tapak kaki. Member bagi tau lagi dekat butik Brooks ada mesin tersebut. So kita orang pun pergilah ke butik Brooks sebab nak tau jenis tapak kaki. Bila dah kenal pasti jenis tapak kaki barulah staff kedai bagi cadangan kasut yang bersesuaian dengan kita.

tips-beli-kasut-lari-scan-tapak-kaki-1 Fist time tengok mesin scan tapak kaki. Lepas guna dapat lah tahu jenis tapak kaki eshamz halim ialah Pressure type.

tips-beli-kasut-lari-scan-tapak-kaki-2Satu lagi tips sebelum beli kasut ialah pastikan ada sedikit ruang di bahagian hadapan kasut untuk mengelakkan kecederaan pada ibu jari kaki. Baik sungguh adik ni layan kita orang. Memang terbaik lah!

Akhirnya kasut yang sesuai dengan kaki kita orang ialah model Ravenna 5 iaitu Guidance support. Kali pertama cuba terus rasa sedap sangat. Betul-betul ngam dengan tapak kaki. Tak sabar nak cuba keserasian kasut ni nanti. Hohoho… Lepas ni kalau tak selalu masuk acara larian memang membazir jer beli kasut!

kasut-lari-brooks-model-ravenna-5-eshamz-halimMerah membara.

kasut-lari-brooks-model-ravenna-5-cheq-eemMerah jambu yang sangat gegurl. 😀

Nak baca lagi info tentang Ravenna 5 boleh cekidout di sini –> Woman Ravenna 5

p/s: Print confirmation slip Standard Charted K.L Marathon boleh dapat diskaun 40% kasut Brooks. Itu pun salah satu faktor gak terbeli kasut. Untung kan bila ramai kawan? Hahaha..

23 comments on “Akibat Terpengaruh Dengan Kengkawan Akhirnya Terbeli

  1. Baru tahu yang kalau nak beli kasut pun sepatutnya kena ada mesin scan yang ditugaskan untuk scan kaki kita, nak tengok kasut jenis yang macam mana sesuai..lepas ni kalau pi beli kasut bolehlah try2 tanya kat pelayan kedai tu..ada alat scan ke tak..hehe

    1. itu lah… saya pun kalau tak tanya kawan memang tak tahu pasal scan kaki sebelum beli kasut.. hehehe… kalau ikut kan pilih design yang cantik jer.. hahah…

  2. Akak masa dok recce kat kedai Nike ke Adidas di SACC dlu baru tau ada scanner kaki ni. Tapi kalau nak beli ikut jenis kaki kita, umang ai habis duit gaji, cheq eem weh.. Haha

    1. takda lah rumit.. tapi kalau nak beli kasut untuk kegunaan long term, lebih baik beli kasut yang betul2 sesuai dengan kaki kita.. mahal2 pun mahal lah.. janji boleh protect kaki… hehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *