Coretan Larian 2016

Tahun 2016 akan berakhir sehari sahaja lagi. Bila dah hujung-hujung tahun mula lah mengimbau kembali memori sepanjang tahun. Setiap tahun ada sahaja memori baru yang tercipta. Dan memori ni lah yang akan dijadikan cerita untuk dikongsikan dengan generasi akan datang. Chewaahh… Ekekeke..

Sebenarnya bila ko dah lama tak update blog, tetiba rasa nak update memang akan keluarlah entri throw back. Entri yang selama nie duduk dalam ‘draft’ disatukan jadi satu entri. Kerja senang macam ni lah. Hahaha.. Tak kisahlah macam mana pun. Yang penting bila rindu-rindu dengan kenangan lalu boleh masuk blog dan baca semula.

Untuk sesi kenangan lalu mengusik jiwa aku nak kongsikan tentang event run. Tahun ni agak ‘ganas’ aku daftar event run. Ingat lagi masa awal tahun aritu, cadang nak masuk selektif event jer. Kalau boleh nak join event yang tak pernah masuk dan organizer pulak yang best jer. Tapi bila tengok balik list event , rupanya terdaftar 23 event. Terlebih 7 event daripada tahun 2015. Selektif kononnya.. puihh…. Hahaha..

Dalam dok selektif 2016 tu banyak yang first time. Antaranya

  • Tahun ni first time cuba trail run.. BEST..!!
  • Tahun ni first time run luar Malaysia. Walaupun sekadar di Hatyai.. Run+Vacation=RunCation gitteww..
  • Tahun ni first time buat Half Marathon.. Total 6 HM ..
  • Tahun ni first time cuba relay run.. Syiok jugak lari pas baton.. Ini pun pelari ganti.. Hihihi..

Makanya bertambah lagi koleksi medal. Belum ada lagi medal hanger untuk gantung semua medal yang aku dah kumpul. Yang aku asyik beli ialah hanger baju. Sebab baju event dah bertambah. Penuh dah almari. Hahaha..

Half Marathon – 21km
1. Nike We Run KL 2016
2. 10th Hatyai International Marathon
3. Kuching Marathon 2016
4. Compressport Run Malaysia 2016
5. HSN 21km 2016
6. MPKH Half Marathon

Trail Run
1. Compressport Trail Run – 6km
2. Event Biz Charity Trail Run – 9km
3. Hulu Langat Trail Run – 10km
4. Deuter International Trail Run – 14km

10 dan 12km
1. Shah Alam Half Marathon Night Run – 10km
2. Malaysia Women Marathon – 10km
3. SCKLM – 10km
4. Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah – 10km
5. MAHA Agro Run – 10km
6. Allianz Pacer – 12km
7. 2XU Compression Night Run – 10km

Fun Run
1. KL New Year Run
2. 100plus Out Runner
3. Compressport Road Run
4. Guardian Walkathon
5. CIDB Safety Run
6. Allianz Pace Setter 4x3km

Total semuanya 23 event, total mileage 267km. Total fees? Hahaha.. Malas nak kira..

Road Run vs Trail Run

Tahun ni first time cuba trail run. Dah nama pun first kan tak boleh lah ambik distance yang melampau. Member ada warning penat lari trail ni double berbanding lari road. Nasib baik compress sport trail run ada open kategori 6km dekat Maeps. Ehh.. Syiok gak layan trail run nih. Lari dalam hutan, udara rasa segar dan cuaca pun redup jer. Bila dah buat 6km terus cari event trail run yang lain pulak. Hahaha.

Next event trail run buat 9km dekat Frim. Lepas tu Hulu Langat Trail Run, 10km. Dan yang terakhir Deuter Trail Run 14.5km dekat Batu Arang. Semua event trail run best..!! Takda beria sangat nak berlari. Banyak bergambar dan ambil video. Badan pun tak penat.

6 Half Marathon dan Personal Best (PB)

Niat nak buat 1-2 jer HM. Tup-tup tahun ni aku buat 6 HM. Ini lah life seorang runner.. Konon serik, tapi lepas tu register lagi. Hahaha..

First HM aku pilih nak buat masa Nike We Run KL 2016. Excited uollss nak buat HM. Rajin turun training untuk kutip mileage, kuatkan kaki dan kuatkan mental. Nak merasa apa azabnya lari jauh-jauh sampai 21km.

Alhamdulillah. Aku survived lari 21km without injury. Tapi nak menghabiskan sisa 3km tu mental gak nak seret kaki. Mujur ada suamiku mr pacer keep on supporting sampai ke finishing line. Adalah sikit-sikit drama. Ekekeke… Papepon aku berjaya tamatkan larian dalam masa 3:19:23 . Masa ni aku tak ambik port sangat bab timing. Janji sampai sebelum COT 4 jam. Yahooo…

Kononnya nak merasa sekali jer buat HM. Tapi manusia kan berubah. Terus klik-klik masuk Hatyai International Maratahon. Hahaha.. Kali ni alasan nak merasa lari luar dari Malaysia pulak. Tu yang buat sekali lagi Half Marathon.

Orang cakap Hatyai International Marathon best. Percayalah cakap orang tu. Dan percaya jugaklah cakap aku. Memang BESTTTT…!! Well organized. Next year kalau ada rezeki nak masuk lagi. Lagipun motif aku turun Hatyai ialah nak JJCM. Hihihi..

HM ke tiga aku buat dekat Kuching Marathon. Sekali lagi larian bermotifkan runcation (Run+Vacation) selepas Hatyai. Nape tak buat 10km jer? Ataupun 5km? Ntah lah.. Aku rasa bila masuk event yang luar dari KL/Selangor rasa rugi kalau buat 10km. Masa ni lah nak merasa lari dekat tempat orang. Nak melihat kawasan yang tak pernah kita lalu. Nak buat 42km tak mampu, so kita layan lah 21km.

Overall event ni ok lah. Takdalah wow factor sangat. Tapi untuk peserta 42km adalah mimpi ngeri! Sebab belum sampai 21km kecoh takda air dekat water station. Bukan satu water station, tapi sampai 3 water station. Ada peserta terpaksa mintak air dekat orang lain, lepas tu ada yang kena minum air paip. Nak beli air mana ada kedai yang buka pepagi buta kan. Kesian kesian..

Tapi bagi aku event ni bermakna sebab ada finisher tee. Dah buat 3 HM baru dapat baju finisher 21km. Perasaan kau bila pakai baju finisher yang tulis 21km Finisher lain macam beb. Rasa berbaloi sangat segala penat training selama ni. So seminggu lah tidur pakai baju nie. Hahahah…

Untuk HM aku yang ke empat pula Compressport Run Malaysia 2016 di Cyberjaya. Alasan apa pulak kali nie? Alasan standard lah. Tak pernah lari 21km dekat Cyberjaya. Katanya berbukit sana sini.  Selain daripada tu alasan lain medal cantik dan ada finisher tee. Hihihi..

Lagi satu alasan yang membuat aku masuk event ni ialah organizer best. Sebab ada disediakan makanan untuk semua orang. Ada nasi lemak, roti, ais krim, tau foo fa dan macam-macam lagi. Berbaloi lah dengan yuran yang ko bayar. Ada setengah event tu bayar mahal, tapi cuma dapat air botol mineral dan pisang.  Huhuhu..

Dan aku tak sangka untuk event yang ke 4 ni aku berjaya buat sub 3. Yahooo…..!! Padahal lari dekat cyberjaya ni routenya berbukit. Ehh.. Ada bukit ker? Hahaha… Itu bukan bukit, itu ialah laluan permukaan bumi yang tidak rata. Ekekeke.. Takda target pun nak buat sub 3. Lari untuk suka-suka jer. Tapi terbuat PB pulak. Alhamdulillah..

HM yang ke lima ialah Hari Sukan Negara 2016. Event ni masuk sebab geng runholics dan Atin nak buat HMV. Kalau semua orang pun dah masuk tak kan aku nak mereput 3 jam tunggu derang habis run. Maka register lah jugak. Lagipun hari sukan negara, kenalah support event YB Khairy Jamaludin.

Dalam banyak-banyak event yang aku pernah masuk ini lah kali pertama aku lari tak cukup mileage sebab route telah diubah. Mula-mula aku tak sangka route di ubah.. Tapi bila km yang terakhir bertembung dengan peserta 5km. Lepas tu nampak peserta 21km lari dari arah lain. Check running apps baru 18km. Terus tanya dengan marshall. Sah…!! Memang kita orang salah jalan.. Check point ke 2 pun tak lalu.

Keciwa sangat. Dah lah acah-acah jadi pacer untuk Ida dengan Ezu. Plan nak tamatkan bawah 3:15 tak berjaya. Aku anggap HSN ni status DNF walaupun finish. Result pun tak keluar.

Dan HM aku yang terakhir ialah MPKJ Half Marathon. Yang ni pun event suka-suka. Tak pernah run dekat kawasan Bangi, ada finisher tee, medal cantik dan organizer pun ok. So klik-klik jer pastu dapatlah confirmation email. Hahaha..

Kali ni ni kroni runholics tak join sekali. So aku dan husband jer terlibat. Barulah betul #aktivitilakibini . Pastu kemain booking hotel dekat Bangi. Nak jugak berkonsepkan runcation. Padahal Shah Alam – Bangi bukan jauh pun. Hahaha…

Agak mencabar gak route event ni. Yang aku tau Bangi ni macam Shah Alam. Jalanya berbukit sana sini. Pastu siap masuk UKM lagi. Bab masuk UKM tu best, sebab aku memang tak pernah masuk UKM. Dapatlah lihat antara universiti terbaik di Malaysia. Tapi …. Lari dalam UKM pun boleh tahan gak sebab kena lalu Kolej Pendeta Za’ba. Siapa yang belajar dekat UKM tahulah macam mana mencanak nya bukit ni. Sama macam dekat UM ada Bukit Cinta. Alaaaa… Apalah sangat dengan permukaan bumi tak rata ni. Kita layan jer… Hihihi…

Layan punya layan lari dekat Bangi ni terbuat PB lagi. Tak sangka kali ni tamat dalam masa 2:46:25. Hohoho… Tahniah atas kekuatan kaki kerana berjaya berlari sekitar Bandar Baru Bangi sejauh 21km. Dah lah dapat buat PB, ada banyak makanan untuk peserta. Ada nasi lemak dan tau foo fa. Dan yang paling best sekali ada trak Milo. Suka suka suka. Susah tau nak jumpa event ada trak milo. Hahaha..

Fun Run, 10km dan 12km

Ehh.. Event fun run masih lagi join tau. Antaranya KL New Year 2016, 100 Plus, Compressport Road, Guardian Walkathon dan CIDB. Paling best Guardian Walkatahon. Banyak giler barang sponsor yang kita orang dapat dalam goodies bag. Hihihi..

Tahun ni cuma ada 2 event je yang aku repeat. Iaitu Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) dan Allianz Pacer. LHKSNS harus dijadikan event tahunan sebab larian sultan Perak. Sebagai anak jati Perak, kena lah masuk. Betul tak? Lagi satu, event mana yang sediakan air kelapa dekat water station? Sediakan kuih muih ? Sediakan pusat karaoke? Mewah dengan segala makanan untuk semua peserta? Haaa… LHKSNS jer yang ada tau. Berbaloi-baloi masuk event ni. Hahaha…

Allianz Pacer pula sebab baju. Tak banyak event dapat event tee jenama Adidas. Itu jer sebabnya aku repeat. Ekekeke.. Eh.. Tak lah.. Antara sebab lain of course well organized. Daripada 5 bintang, aku bagi 5 bintang…!! So korang jangan lupa masuk tahun depan.

Sudah pasti setiap event yang aku masuk ada ceritanya. Disebalik cerita ni banyak yang aku pelajari tentang larian. Kawan-kawan pun tak lokek kongsi ilmu teknik dan latihan dalam larian. Dan dari situ  aku cuba memperbaiki kelemahan dan meningkatkan keupayaan diri sendiri. Selain daripada tu banyak jugak drama panas ataupun politik dalam dunia larian. Ekekeke..

Alhamdulillah.. Bab kesihatan pun ok walaupun setiap minggu ada jer event. Setakat ni kaki masih lagi beri kerjasama yang baik. Lari ni kena kekalkan momentum. Boleh dikatakan seminggu sekali aku akan turun lari di Putrajaya. Masa bulan puasa jer aku rehat sebulan. Lain orang lain caranya. Bagi aku, aku tak suka paksa diri melakukan sesuatu yang luar dari kemampuan.

Ini lah cerita tahun nie. Cerita tahun depan macam mana agaknya? Berapa banyak event run nak masuk? Berapa jauh distance nak buat? Insya-allah.. Jika ada rezeki kita jumpa lagi .. 🙂

Photo of the year 2016

 

 

Part 3: Kenangan Misi Gunung Kinabalu

Hari Ketiga (24/04/2015)

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-18

Hari yang dinantikan oleh semua orang. Seawal jam 12 pagi ada yang sudah bangun dan bersiap. Almaklumlah, satu dorm ada 14 orang. Bilik air pun ada 4 jer. Kenalah ada yang berkorban untuk bangun awal untuk penggunaan bilik air. Hehehe.. Lagipun kami perlu kemas beg siap-siap. Pukul 10.30 pagi dah kena check out dari hostel. Takut takda masa nak kemas bila turun dari puncak. So lebih baik kemas awal-awal. Pagi tu aku lihat semua orang muka penuh excited tapi takut. Termasuk muka diri sendiri. Hahahah..

Pukul 2 pagi kafetaria di buka untuk light breakfast. Keluar jer dari hostel untuk menuju ke kafetaria dah berkabus terasa cuaca sangat sejuk. Menggigil beb…!! Padahal jarak dari hostel ke kafe beberapa meter jer. Bila bercakap pun mulut keluar asap. Haihh…. Macam mana lah aku nak berlawan dengan cuaca sejuk untuk summit attack.

Sampai di kafe nak makan sangat pun tak lalu sebab cuak. Aku tengok mat saleh rileks jer pakaian derang. Pakai windbreaker dan head scarf jer. Aku ni dah berbungkus macam hantu bungkus. 4 lapis baju, 2 lapis seluar dan 2 lapis gloves. Hahaha… Scarf cover neck pun aku pakai. Takut sejuk punya pasal macam-macam pakai. Hahaha…

Pukul 2.30 pagi malim gunung Sharul minta kita orang semua berkumpul untuk taklimat ringkas. Katanya kalau ada yang tak sihat, rasa sesak nafas dan sebagainya jangan paksa diri untuk ke puncak Kinabalu. Lebih baik tarik diri. Huhuhu.. Sharul pesan lagi malim gunung akan sentiasa bersama dengan group dan bertanggungjawab untuk menjaga dan membawa kami semua sampai ke atas dan turun ke bawah dalam keadaan selamat. Rasa lega bila dia cakap macam tu.

Dengan lafaz bismillah, pukul 3 pagi kita orang mulakan perjalanan. Ntah kenapa belum sampai 5 minit berjalan aku diserang sesak nafas. Aku berhenti ke tepi dan beri laluan kepada kengkawan yang lain. Shahrul berhenti dan bertanyakan tentang keadaan aku. Dia cakap kalau tak boleh jangan paksa. Rasa nak menangis bila dia cakap macam tu. Aku tenangkan diri. Tarik nafas dalam-dalam. Longgarkan sedikit pakaian. Abang Lan cakap mungkin sebab faktor pakaian yang buat aku jadi macam tu. Selepas berberapa minit aku kembali mendapat kekuatan dan meneruskan perjalanan.

Sekali sekala aku lihat ada pendaki yang berpatah balik. Kenapa? Aku tak tau. Mungkin terkena AMS atau pun panic attack. Aku dan husband tetap meneruskan perjalanan. Bila aku agak lambat bergerak husband tepuk bahu aku dari belakang supaya jalan cepat sikit. Kalau tak kena tepuk mesti aku tak berhenti lama. Hahaha.. Abang Lan pula masih lagi setia menemani kami.

Akhirnya aku tiba di check point dimana perlu mendaki menggunakan tali. Fuuhh… Tiba-tiba aku rasa nervous. Aku masih lagi teringat kata-kata Hisyam bila sampai check point mendaki guna tali sebelah laluan tersebut adalah gaung. Shahrul pun ada pesan bila sampai di situ ikut arahan malim gunung dan pegang tali kuat-kuat. Tak boleh aku bayangkan apa yang ada di sekiling kawasan tersebut kerana cuaca masih lagi gelap. Apa yang aku nampak dari jauh garisan lampu yang berkelip-kelip tanpa putus di puncak. Ya Allah.. Jauh lagi ker nak sampai ke puncak.

Masa tu jam dah menunjukkan pukul 4 pagi. Aku cuma ada masa 1 jam sahaja untuk sampai ke check point Sayat-Sayat. Kalau sampai selepas pukul 5 pagi, renjer tidak akan benarkan pendaki untuk menuju ke puncak. Masa ni aku bertarung dengan keupayaan dan kekuatan ku diri sendiri. Ada ketika aku berhenti sekejap semasa memegang tali kerana penat. Aku tak tahan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Hidung pula terasa pedih dan asyik keluar jer air.

Tapi husband dibelakang suruh aku bergerak dengan cepat kerana ramai lagi pendaki yang dibelakang aku. Kalau aku lambat akan menyusahkan orang lain. Berpandukan head lamp aku ikut marking tali yang disediakan. Aku harus berhati-hati agar tidak tersasar dari trail.  Aku pandang ke atas dan melihat dimanakah check point Sayat-Sayat. Tak nampak sebarang tanda pun. Yang aku lihat garisan lampu semakin tinggi hingga ke atas. Dari sudut lain pula aku dapat lihat lampu-lampu kuning dari kawasan perkampungan. Mungkin pekan Kundasang.

Aku teruskan berjalan dan mengikut langkah Abang Lan. Kebetulan aku terlupa untuk matikan alarm telefon. Jadi setiap 10minit alarm telefon berbunyi. Aku tau aku tidak punya banyak masa lagi. Dan akhirnya aku nampak pondok check point Sayat-Sayat hanya beberapa meter di depanku. Terus aku lajukan langkah menuju ke situ. Bila aku daftarkan diri di pondok renjer aku lihat jam pada masa tu 4:57 pagi. Alhamdulillah.. Sampai juga aku dan husband sebelum pukul 5 pagi.

Ramai aku lihat pendaki-pendaki yang lain berehat seketika. Di situ aku berjumpa semula dengan Hisyam dan Fareeza. Rupanya mereka pun baru sahaja sampai. Kengkawan yang lain dah meneruskan perjalanan untuk ke puncak. Aku juga ambil peluang untuk berehat sekejap. Aku duduk dan lihat cahaya lampu yang tidak putus-putus sehingga ke atas. Rupanya selepas check point Sayat-Sayat semua pendaki tidak berhenti lama dan teruskan berjalan sehingga ke puncak. Patutlah masa dekat bawah tadi aku lihat cahaya lampu macam semut bergerak. Hihihi..

Kali ni aku, husband, Hisyam dan Fareeza gerak bersama. Kali ni setiap langkah aku rasakan begitu berat sekali. Altitud ketinggian pada paras ini ialah 3668. Jarak dari check point Sayat-Sayat ke puncak ialah 1.5km sahaja. Jauh lagi sebenarnya. Kami berempat teruskan berjalan menuju ke puncak sambil ditemani Abang Lan.

Aku dapat lihat puncak South Peak yang juga dikenali puncak duit seringgit. Tapi dimanakah puncak Low’s Peak? Tak sanggup dah rasanya nak teruskan perjalanan. Aku lihat ramai pendaki yang tiba awal telah pun turun semula ke bawah. Cuaca agak berangin dan sangat sejuk. Terasa pedih hidung dan kebas pipi bila ditiup angin.  Sekali sekala aku berhenti dan duduk seketika untuk menghilangkan rasa penat.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-1Aku dan Hisyam duduk berehat sekejap sebab penat. Huhuhu..

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-20

Abang Lan masih lagi setia menemai kami berempat dan jalan bersama. Dia yang melihat kesukaran aku dan Hisyam untuk bergerak berkongsi tips dengan berjalan secara zig zag. Jalan beberapa langkah ke kanan, kemudian beberapa langkah ke kiri. Selepas tukar cara tersebut dapat lah kami bergerak dengan lebih cepat. Terima kasih Abang Lan. Abang Lan memang best..!!

Bila sampai di km 8 aku dapat lihat Low’s Peak. Situ lah rupanya puncak tertinggi Gunung Kinabalu. Ramai aku lihat pendaki sedang menunggu giliran untuk ambil gambar sebagai bukti kejaayaan mendaki gunung tertinggi di Asia. Aku gagahkan diri untuk berjalan sejauh lagi 500m yang terakhir. Tapi aku tewas. Aku berhenti duduk di celah batu. Aku menangis sebab kepenatan. Cuaca yang berangin dan sejuk menyebabkan aku tidak mampu untuk bergerak lagi. Husband pujuk semula. Air mata yang jatuh dikesat dengan perlahan. Dia cakap dekat jer lagi untuk sampai ke puncak. Tak kan lah dah mendaki sejauh ini nak mengalah macam tu jer. Dia ingatkan semula tentang impian kami bersama.

Aku lihat semula puncak Low’s Peak. Akhirnya aku dapat kekuatan dan meneruskan semula perjalanan. Untuk sampai ke Low’s Peak kena mendaki sedikit. Dari situ aku dapat lihat kengkawan sudah ada di atas dan bersorak memberikan semangat. Agak sukar untuk bergambar secara berkumpulan sebab kawasan di situ tidak besar. Mereka pun mula turun dan berjanji untuk jumpa semula di puncak duit seringgit.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-2Sebelum sampai ke Low’s Peak

Akhirnya aku berjaya juga sampai di Low’s Peak. Menagis lagi. Kali ni menangis sebab gembira. Asyik menangis jer kan. Drama sangat..!! Hahahah.. Tapi itu lah yang aku rasa. Aku tak sangka aku dapat juga bergambar di situ. Kalau lah aku mengalah tadi mesti aku menyesal. Terima kasih kepada my beloved husband sebab tak berputus asa berikan semangat untuk wife tersayang. Hihihi…

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-5

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-4We did it…..!!! Yeaaaahhhhhhh……

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-3

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-8Hisyam dan Fareeza

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-9Am

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-7Atas dari kiri Wolf, Sukh dan Din. Bawah dari kiri Khal, Eyda dan Jasper

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-6Dari atas kiri Khal, Eyda dan Cumie. Dari bawah Din, Bella dan Amar. Untunglah korang dapat bergambar ramai-ramai. Hihihi..

Alhamdulillah. Kita orang berjaya sampai ke Low’s Peak walaupun ada macam-macam drama. Aku hampir give up lagi sebab penat dan sejuk, Cumie pula dengan drama mengantuk dan boleh tidur sekejap selepas check point Sayat-Sayat. Dan Bella pula dengan drama campak tongkat sebelum sampai ke Low’s Peak. Hahahaha…

Seperti yang telah dijanjikan semua orang berkumpul di puncak seringgit a.k.a South Peak. Tapi seorang tak ada iaitu Wolf. Semua orang pun tak tau Wolf di mana. Tak kan dah turun awal kot tinggalkan kengkawan lain. Dah lah banner Misi Kinabalu husband bagi dekat dia. Aduuhh… Wolf ohh wolf. Akhirnya kita orang bergambar di puncak seringgit menggunakan banner personal aku dan husband yang ada tulisan Shaklee. Dan yang paling best bila dapat video 360 di atas puncak. Ekekekeke…

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-15

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-12

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-11

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-13Misi Kinabalu 2015 yang dikuasakan oleh Shaklee.. Bagilah promosi sikit produk Shaklee. Hihihi..

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-14Tahniah Am…!! Misi kau berjaya setelah menemui Shaklee..

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-27Dari kiri Sharul, Cumie, Abang Lan dan Fendi.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-16Mungkin Wolf ada gambar ohsem macam ni buat dia lupakan kawan-kawan. Hahaha..

Selepas dah puas bergambar kita orang pula mula turun sebab nak kejar masa untuk kemas beg. Dalam perjalanan turun ternampak lah sorang mamat ni berdiri sorang-sorang. Rupanya wolf tunggu kita orang dekat bawah. Agaknya Wolf salah dengar kot masa husband cakap untuk berkumpul di puncak seringgit. Hehehe..

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-10Inilah banner yang disimpan oleh Wolf. Kena ambik gak dengan banner nih. Hahahah…

Kali ni bila nak turun takda tekanan sangat. Turun ke bawah dengan Bella dan Amar. Baru lah aku nampak laluan lereng menggunakan tali yang paling aku takut sekali. Ada setengah kawasan agak bahaya, dan ada setengah kawasan agak selamat. Kalau ikut laluan tali yang disediakan Insya-allah selamat pergi dan naik.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-29

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-30Sinilah laluan yang memegang tali. Masa naik gelap tak nampak apa-apa. Takda lah bahaya sangat rupanya. Tapi tetap kena berhati-hati semasa memegang tali.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-21

Pukul 10 pagi tiba di Laban Rata. Perut pun dah berbunyi dengan lagu hip hop mintak di isi dengan makanan. Nasib baik sempat sarapan sebelum makanan habis. Beg pula semuanya dah diangkut dari hostel ke kafetaria oleh kengkawan yang sampai awal. Pukul 11 pagi ada yang dah turun sebab nak sampai awal di Kinabalu Park untuk ambil sijil dan medal.

Pukul 12 tengah hari aku, husband, Amar dan Bella gerak turun bersama. Kali ni cuaca tidak lah cerah seperti hari kita orang mendaki kerana cuaca hujan turun renyai-renyai. Untuk turun ke bawah kita orang ambil trek Timpohan. Tiada view yang cantik dan menarik seperti trek Mesilau. Huhuhu.. Tapi di sepanjang trek Timpohon aku dapat lihat kekuatan malim gunung memikul barang yang berat seperti tilam, pintu bilik, kotak makanan, tong gas dan macam-macam lagi. Kagum aku lihat kekuatan mereka. Baik lelaki atau pun perempuan, yang muda atau pun yang tua. Bukan calang-calang orang yang boleh lakukan pekerjaan macam tu. Demi kemudahan pendaki yang ingin melihat keindahan Gunung Kinabalu mereka sanggup bekerja sebagai malim gunung.

Akhirnya pukul 5 petang aku selamat sampai di Timpohon Gate. Aku, husband, Amar, Bella dan Am adalah group yang terakhir sampai di bawah. Alhamdulillah.. Semuanya berada dalam keadaan baik  tanpa sebarang kecederaan. Setakat sakit lutut, lenguh kaki sikit-sikit tu biasalah.  Sebelum pulang ke bandar Kota Kinabalu, Atong bawa kita orang makan dulu di sekitar Kinabalu Park. Badan dah penat perut pun lapar. Tapi nak makan pun tak lalu sangat. Agaknya dah puas hati selepas misi Kinabalu 2015 berjaya.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-28Group pertama sampai dulu sebab nak ambil sijil dan medal sebelum pejabat tutup.

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-19Sampai dah. Biar lambat asal selamat dan sebelum gelap. Hihihi..

Misi Kinabalu 2015 adalah satu kenangan yang cukup manis dan cukup bermakna buat aku dan husband. Kenangan ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Buat kengkawan Eyda, Am, Bella, Amar, Din, Wolf, Hisyam, Fareeza, Jasper, Sukh dan Cumie korang semua memang awesome…..!!!

Too hot……………!!!! Hot demo……………..!!!!!!

Selepas seminggu kita orang ada majlis graduasi bagi meraikan kejayaan semua orang. Penyampain sijil dan medal oleh pengetua Hisyam. Hihihihi… Semua orang ada kecuali Din sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Tahniah semua….!!

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-24

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-23

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-22

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-26

hari-ketiga-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-25Best team ever….!!

Jumpa lagi MISI KINABALU 2017. Insya-Allah..  🙂

Part 2: Kenangan Misi Gunung Kinabalu

Hari Ke Dua 23/4/2015

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-22

Pagi-pagi lagi semua orang telah bersiap sedia dengan beg yang berisi kelengkapan masing-masing. Terutama kelengkapan untuk ke puncak. Almaklumlah.. Untuk summit attack, kita orang akan mendaki seawal jam 3 pagi. Yang pasti sejuk dan altitude adalah cabaran terbesar. Untuk elakkan masalah AMS (Acute Mountain Sickness) kita orang makan pil anti AMS yang dibeli oleh Eyda. Untuk sejuk pandai-pandai lah pilih pakaian yang sesuai. Hehehe…

Papepon sebelum tu kami sarapan terlebih dahulu. Macam-macam menu sarapan pagi dekat Kiram Village. Yang sedap nasi lemak dengan roti canai dekat Kiram Village nie. Roti canai tu aku makan sampai sekeping setengah. Hahaha… Rasa macam nak bungkus pun ada gak untuk buat bekal masa mendaki. Tapi tak bungkus pun. Ekekeke…

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-1Are you ready guys…!!!

Sebelum gerak menuju ke trek Mesilau, Atong sekali lagi memberikan penerangan serba ringkas tentang pendakian Gunung Kinabalu yang bakal kita orang tempuhi. Ada 3 malim gunung yang akan menjaga kita orang iaitu Azlan, Shahrul dan Fendi. Mereka nie juga lah yang akan membawa beg kita orang naik ke atas. Tapi ada jer diantara kita orang yang bawak beg sendiri. Aku dan suami awal-awal lagi dah plan untuk upah porter angkat beg. Tak nak ambik risiko bawa beg sendiri.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-2Tag perlu dipakai sepanjang masa… Yahooo……!!

Perasaan dah mula gemuruh. Jantung dup dap dup dap setiap kali dengar taklimat dari Shahrul. Gunung Kinabalu ni ada misterinya sendiri. Kita sebagai tetamu kena respect nature, then nature akan respect pada kita. Pernah juga aku dengar cerita ada yang diganggu semasa mendaki. Risau juga terkena. Tapi aku buat selamba jer lah. Doa dan selawat banyak-banyak supaya dipermudahkan segala urusan. Kengkawan pun ada bagi tips suruh hiking slow and steady supaya badan boleh adapt dengan mountain altitude. Dan elakkan badan dari dehydrated. Kalau badan dehydrate kaki senang cramp, low blood pressure dan macam-macam lagi.

Pukul 8 pagi kita orang sampai di Mesilau Summit Trail. Tak ramai sangat pendaki pada masa itu. Mungkin kerana jarak trail dari Mesilau lebih 2km dari Timpohan Trail. Tapi… Oleh kerana Mesilau Trail boleh layan view yang cantik, so extra 2km pun kita orang sanggup. Hehehe.. Selepas selesai segala urusan dengan porter kita orang pun bersedia untuk menuju puncak Kinabalu.

Sebelum tu kita ambik gambar dulu. Hehehe…

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-3Hikers mesti ada attitude…. 😀

Lebih kurang jam 8.45 pagi dengan langkah bismillah, semua orang memulakan pendakian. Cuaca   cerah dan langit kelihatan biru. Nampaknya kami akan mendaki dalam keadaan cuaca yang baik. Alhamdulillah..

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-trek-mesilau-cheqeem-3U jaga I ok.. Kita naik sama-sama kita sampai sama-sama… 😀

Tapi………. Walaupun cuaca baik tak sampai 1/2 jam perjalanan aku mula terasa sesak nafas. Perut kembung seperti masuk angin. Sekejap2 aku berhenti untuk tarik nafas. Takkan lah awal-awal lagi aku dah terkena AMS kot. Aku mula bergerak dengan perlahan. Perut mula rasa tak sedap dan akhirnya aku berhenti dan muntah. Keluarlah segala makanan nasi lemak dan roti canai yang aku makan pagi tadi. Hahahaha… Adeehhh…. Makan banyak punya pasal lah nih.. Ekekeke… Terus aku makan power gel untuk bagi badan ada tenaga semula.. Kena bantai gelak dengan kengkawan sebab makan banyak masa breakfast. Hahahahah….

Bila sampai di km 1 terus disajikan dengan pemandangan yang ohsemm…. Ya Allah… Lawanya… Nampak dengan lebih jelas lagi puncak Gunung Kinabalu. Hilang segala penat bila tengok view lawa macam gini. Rasa nak duduk sini lama-lama plak. Hahahaha…

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-4Belakang tu jer Gunung Kinabalu. Macam panas kan ? Tapi sebenarnya bila angin bertiup rasa sejuk jer..

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-5Dah sampai 1km. Jom kita selfie…!!

Perjalanan diteruskan. Kumpulan kita orang telah berpecah kepada 3 group sebab ikut pace masing-masing. Group pertama Amar, Bella, Khal, Wolf, Din dan Am. Group ke 2 aku, husband, Eyda dan Cumie. Dan group ke 3 Hisyam, Fareeza, Jasper and Sukh. Group Amar dah jauh tinggalkan kita orang. Setiap kali sampai dekat check point tak nampak pun kelibat mereka. Group aku dan Hisyam tak jauh beza. Setiap kali berehat di check point tidak lama lepas tu mereka pun sampai. Banyak lah gambar dan video kita orang bersama. Sorry geng Amar. Korang laju sangat tak larat nak kejar. Hehehehe….

Kalau orang cakap trek Mesilau ni lagi best dari trek Timpohan silalah percaya. Kalau orang cakap trek Mesilau ni dapat tengok view yang lawak-lawa silalah percaya. Dan silalah cabar diri untuk jalan lebih 2km daripada trek Timpohon semata-mata untuk melihat pemandangan yang menakjubkan. Ini lah yang menyebabkan korang akan jatuh cinta dengan Gunung Kinabalu. Tapi sayangnya… Selepas kejadian gempa bumi yang melanda pada bulan Mei 2015, trek Mesilau masih lagi ditutup. Harap-harap pihak Kinabalu Park akan buka trek baru selain dari trek Timpohon.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-10

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-7Air terjun yang comel jer. Bukan musim hujan.. Jadi kecik jer lah airnya. Hihihi..

Sepanjang perjalanan aku mesti akan berhenti di setiap check point untuk merehatkan badan. Tak lama pun. 5 min pun cukup supaya badan boleh serasi dengan ketinggian. Sambil berehat tu dapat bermain dengan tupai. Seronok tengok keletah tupai yang lincah dan berani dengan manusia bila diberikan makanan. Aku, husband dan Eyda pula sentiasa bersama. Eyda lah yang banyak bercerita dengan kita orang tentang apa yang menarik sepanjang trek. Dia kan pernah naik sebelum ni. So ala-ala unofficial guide gittew.. Hihihihi.. Tq Eyda kerana menceriakan perjalanan kita orang dengan aksi ko yang macam-macam.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-8

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-9

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-13Muka dah penat dan lapar…

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-15

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-14

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-11

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-12

Hampir separuh perjalanan kami. Perut pon dah mula terasa lapar. Aku tak ingat di pondok mana aku berhenti. Rasanya Lompoyou Shelter. Aku, husband dan Eyda berhenti rehat agak lama sedikit untuk makan. Sebelum naik porter bekalkan sebotol air 100plus, sandwich dan epal. Selain daripada tu aku juga ada bawa kurma dan energy bar. Tak lama lepas tu group Hisyam pun sampai. Bila geng dah berkumpul apa lagi. Selfie time….!!

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-19

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-16

Lebih kurang pukul 3 akhirnya aku pun sampai di persimpangan di antara trek Timpohan dan Mesilau. Ini bermakna sudah 6km kami berjalan. Ada lagi 2km untuk sampai ke puncak Laban Rata. Dalam hati menghitung waktu sempat ker aku sampai sebelum malam di Laban Rata. Bila dah berada di ketinggian 3000 kaki mulalah rasa berat badan untuk mendaki. Udara pun semakin nipis dan cuaca pun sejuk. Setelah berhenti rehat 15min kita orang teruskan perjalanan. Group Amar semakin laju di hadapan. Tak dapat kita orang nak kejar. Berdessup!! Hihihi…

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-18Persimpangan di antara trek Timpohon dan trek Mesilau. Ada lagi 2km untuk sampai ke Laban Rata. hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-20Layan tangga batu besar-besar pulak. Kali nie dah mula berkabus.

Antara view yang menarik sebelum sampai ke puncak ialah laluan pokok bonsai. Kebetulan pada waktu itu langit cerah dan biru. Kita orang dapat lihat puncak Kinabalu sangat dekat. Ia dekat, tapi jauh. Hahaha.. Hilang semua penat bila tengok pemandangan yang cukup cantik. Jarang sangat-sangat pendaki dapat lihat pemandangan sekitar laluan bonsai dalam keadaan yang cerah. Selalunya kawasan itu diliputi dengan kabus tebal. Syukur alhamdulillah sebab dapat melihat dan menghayati keindahan Gunung Kinabalu.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-24

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-23

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-21

Dari 8 orang dalam satu group kita orang berpecah jadi 3 group. Eyda dan Sukh terus dihadapan. Aku, husband dan Cumie di tengah. Dan group yang terakhir Hisyam, Fareeza dan Jasper. Masing-masing bergerak dalam pace sendiri.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-26Walaupun penat tetap kena senyum dan bergambar untuk kenangan. 🙂

Di kilometer yang terakhir paling mental dan menduga kemampuan aku. Satu nafas satu langkah. Setiap langkah aku rasakan begitu berat sekali. Masa ni aku dah mula give up dan rasa nak berhenti rehat lama.  Beg daypack yang aku bawa terpaksa di bawah oleh husband. Kesian dia kena bawa dua beg. Tapi husband yang sentiasa ada bersama teruskan bagi kata-kata semangat dan menyuruh aku untuk kawal semula pernafasan. Dia cakap sikit jer lagi.. Tak jauh dah.. 500m jer…. Hmmm… 500m aku rasa macam 5km. Hahahaha…

Bila terlihat sign board Waras Hut dah gembira sangat2. Ini bermakna hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai di Laban Rata. Akhirnya jam 6 petang aku, husband dan Cumie berjaya sampai di Laban Rata. Yeeeaaaahhhhhhh….!! Misi untuk sampai sebelum malam berjaya. Rasa nak nangis sebab tak percaya sampai di puncak tanpa ada sebarang kecederaan, cramp dan AMS.

hari-kedua-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-27Yeaaahhh…. Kami dah sampai Laban Rata..!! Belakang tu jer Gunung Kinabalu..

Bila sampai di kafetaria aku, husband dan Cumie disambut dengan sorakan oleh kengkawan yang lain. Ya Allah.. Terharu sangat dengan semangat yang diberikan daripada korang. Lantaklah orang lain nak tengok dan cakap ape pun. Yang penting semangat dari kengkawan lah yang buat aku dan husband rasa seronok bila sampai.

Rupanya orang yang pertama sampai di Laban Rata ialah Khal. Pukul 4 petang dah sampai. Hebat….!! Khal mendaki bersama-sama dengan porter. Selepas tu pukul 5 petang Amar, Bella, Am, Din dan Wolf pula sampai. Ida dan Sukh pula tiba pukul 5.45 petang. Manakala Hisyam, Fareeza dan Jasper sampai pukul 6.30 petang. Alhamdulillah.. Semuanya selamat dan sampai sebelum waktu malam. Mujur masih ada lagi makanan di kafetaria. Semua orang makan dengan pelahapnya sebab kebuluran. Hahaha…

Kami bermalam di Lemaing Hut. Walaupun kesejukan tetap kena mandi untuk segarkan semula badan. Tapi Cumie tiba-tiba kesejukan yang amat sangat. Menggigil satu badan. Mujur ada yang bawa emergency blanket. Boleh lah dia guna untuk memanaskan badan. Yang lain tiada ada masalah apa-apa kecuali badan sedikit penat dan cuaca yang sejuk.

Malam tu semua orang tidur awal. Sebabnya esok pukul 1 pagi dah kena bangun dan bersedia untuk summit attack. Tapi aku tak boleh nak tidur memikirkan apa yang bakal berlaku esok. Mampukah aku? Kuatkah aku? Bagaimana aku nak melawan kesejukan di atas? Yang paling aku risaukan ialah boleh ker aku sampai di check point Sayat-Sayat pada masa yang ditetapkan? Aku pun tak tau. Semua tu aku serahkan pada-Nya.

Adakah Cumie yang tiba-tiba menggigil kesejukan akan sihat seperti biasa? Dapatkah semua ahli Toohotdemo sampai ke puncak? Bagaimana pula dengan cuaca? Adakah baik ataupun sebaliknya?

To be continue….

Part 1: Kenangan Misi Gunung Kinabalu

misi-gunung-kinabalu-trail-map

Tanggal 24 April 2015 aku telah berjaya melakar satu sejarah yang sangat bermakna dalam hidup ini. Ianya lebih bermakna bila impian aku ini diraikan bersama dengan orang tersayang iaitu suamiku. Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami untuk jejak ke tempat itu dengan selamat. Tempat yang aku maksudkan itu ialah puncak gunung tertinggi di Asia itu Gunung Kinabalu. Walaupun telah setahun berlalu tetapi kenangan tersebut masih lagi segar dalam ingatan.

Aku mula pasang angan-angan untuk mendaki Gunung Kinabalu ketika masih bujang. Tapi pada masa tu takda kengkawan yang boleh aku ikut. Jadi aku lupakan sahaja cita-citaku itu. Alhamdulillah.. Aku bertemu dengan pasangan hidup yang sangat memahami impian isterinya.. Dan akhir menjadi impian kami bersama. Hihihi..

Aku mula berhubung semula dengan rakan outdoor ku iaitu Amlina. Zaman gegurl dulu rajin join dia buat aktiviti oudoor. Kebetulan kali ni dia tengah cari geng untuk tebus misi kinabalu dia yang tak kesampaian tahun 2013. Masa ni lah aku kenal geng baru iaitu Urban Escapers dan Les Voyageurs. Aku dan husband tak kisah untuk join mana-mana group. Asalkan misi untuk mendaki Gunung Kinabalu berjaya. Hehehe..

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-14

Perancangan dan persediaan untuk misi Kinabalu hampir setahun dilakukan. Eyda adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan pakej mendaki Gunung Kinabalu. Awal-awal lagi dia minta bayaran deposit untuk booking tarikh 22/4/2015 – 25/4/2015. Boleh dikatakan tarikh yang kami pilih adalah peak season. Jadi kenalah buat bayaran secepat mungkin untuk dapatkan tarikah tersebut. Bila bayaran deposit telah dibuat bermula lah persediaan mental dan fizikal aku dan husband untuk Misi Kinabalu 2015.

Hampir setiap minggu aku dan husband melakukan aktiviti hiking. Kami tau kemampuan kami hanya lah biasa-biasa sahaja. Kita orang kena lah rajinkan diri untuk training. Walaupun orang cakap trek Gunung Kinabalu ni senang dan tak payah training pon boleh naik tapi kami tetap nak mantapkan kekuatan fizikal dan mental. Lagi pun cabaran mendaki gunung Kinabalu adalah altitude, sejuk dan perjalanan yang lama serta memakan masa 8-10 jam.

Antara gunung yang aku dan husband pergi ialah compress pack Gunung Berembun, B23 dan Telapak Buruk, Gunung Angsi, Ekspedisi CBL, Gunung Datuk,Gunung Bunga Buah dan Bukit Kutu. Jika tiada aktiviti hiking luar daripada KL dan Selangor kami pergi Bukit Saga dan Bukit Ahpek. Memang seronok setiap kali aku dan husband hiking bersama team Urban Escapers dan Les Voyageurs. Selalu buat tema hiking iatu trail menu. Ada jer idea makanan yang masing-masing nak dibawa bila sampai di puncak gunung. Macam satu kepuasan pula bawa makanan dan makan di puncak. Ekekeke… Haaa… siapa cakap hiking boleh kurus. Hahahaha…

Setelah berhempas pulas training selama 6 bulan akhirnya masa yang ditunggu telah pun tiba. Masing-masing berdebar memikirkan apa yang akan berlaku pada hari tersebut. Aku, husband, Amlina, Eyda, Bella, Amar, Din, Jasper, Sukh, Hisyam, Fareeza, Cumie, Wolf dan Khal. 14 orang semuanya, 6 perempuan 8 lelaki. Masing-masing memasang impian untuk menakluk puncak Gunung Kinabalu. TOO HOT….!! Hot DEMO….. !!

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-1Comel tak beg ? 😀

Hari Pertama 22/4/2015

Kami semua bertolak dari KL- KK dengan 3 penerbangan yang berbeza. Tapi semuanya sampai pada waktu pagi. Atong local guide yang berurusan dengan Eyda telah bersedia menyambut kami dengan 2 biji van. Dari airport KK kami terus menuju ke Mesilau. Perjalanan menuju ke Mesilau mengambil masa lebih kurang dekat 2 jam. Sebelum tu kami singgah dulu di pekan Nabalu di Kundasang untuk makan tengah hari. Sempat juga kami beli pisang untuk bekalan besok. Kalau korang nampak kami semua ni pakai topi binatang dekat sini lah kami pakat beli ramai-ramai. Hehehe…

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-6

Kami semua akan bermalam di Kiram Village, Mesilau. Sampai sahaja di sana semua orang teruja yang amat sangat bila melihat Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Betul-betul belakang homestay kami ialah Gunung Kinabalu. Subhanallah.. Cantik sungguh.. Ditambah pula dengan cuaca yang sangat baik. Walaupun matahari nampak terik tapi sebenarnya udara sangat sejuk dan segar.

Kalau ada yang nak bermalam di Mesilau boleh pilih untuk bermalam di Kiram Village. Memang cantik sangat tempat ni. Highly recommended….!!

kiram-village-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-15

mesilau-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-15

Selepas selesai urusan check in di Kiram Village, kami berjimba-jimba menenangkan fikiran masing-masing di Desa Cattle Dairy Farm. Yeaahhh…..!! Sesi bergumbira sambil melihat binatang kesayangan masing-masing iaitu lembu. Hahahah… Tempat ni dah diwartakan sebagai tempat WAJIB bagi setiap orang yang datang ke Sabah. Sebabnya pemandangan di sini sebijik macam dekat New Zealand. So kalau takda bajet lagi nak terbang ke New Zealand, korang terbang lah ke Sabah dan bermalam di sini. Hihihi.. Jangan lupa minum susu segar di sini. Memang terbaik..!!

Jom layan gambar………!!

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-7

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-4

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-3Wolf nak menunjukkan kesadoan kah..? Hahaha…desa-dairy-farm-kundasang-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-14Lembu-lembu di Desa Cattle Dairy Farm gemuk-gemuk. Patutlah susu pun rasa sedap.. Hehe..misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-8Inilah partner in life dan partner in crime .. 😀misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-12Apa yang si Din cuba lakukan nie? Menyamar jadi lembu ker? Hahaha…misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-11Motif bergambar macam nie? Sajer jer… 😛misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-10Demi mendapatkan gambar yang cantik sanggup panjat batu besar. misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-9

desa-dairy-farm-kundasang-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-15Nampak tak pemandangan belakang tu? Itulah dia Gunung Kinabalu.misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-13

Selepas makan malam kami semua duduk berborak. Hisyam, Din, Amar dan Ida menceritakan pengalaman mereka pada tahun 2013. Aku khusyuk dengar cerita mereka. Masa mereka naik cuaca tidak begitu baik. Terpaksa mendaki dalam keadaan basah sebab hujan. Bila hujan cuaca pun sejuk dan ada yang cramp kaki. Bila sampai di Laban Rata hari pun sudah malam. Keesokan pagi cuaca masih lagi tak selamat untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu. Apakan daya misi mereka untuk ke puncak tidak berjaya.

kiram-village-misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-16Sejukkkkkk……….

Kali nie mereka mengharapkan pendakian esok dalam keadaan cuaca yang baik dan selamat sampai ke Laban Rata sebelum malam. Aku, husband dan kengkawan yang lain pun mengharapkan perkara yang sama. Malam tu semua tidur awal. Esok pagi Too Hot Demo akan meneruskan Misi Kinabalu 2015.

misi-gunung-kinabalu-2015-cheqeem-5

Part 3: Coretan Larian Sepanjang 2015

Dah baca Part 1 dengan Part 2? Kalau belum baca boleh klik di sini.

Part 1: Coretaln Larian Sepanjang 2015
Part 2: Coretan Larian Sepanjang 2015

No 8: Larian Sehati Sejiwa

larian-sehati-sejiwa-2015-padang-merbok-cheq-eem-2

Larian Sehati Sejiwa telah dianjurkan oleh KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dengan kerjasama MYNIC Berhad dan MyBuddies. Kalau dah kementerian yang anjurkan maknanya event ni banyak dapat tajaan dari pelbagai pihak. Sebab itu ada banyak hadiah cabutan bertuah yang bakal dibawa pulang oleh setiap peserta. Mana tau ada rezeki bawak balik sebiji motor ker. Ekekeke…

Terdapat 3 kategori yang ditawarkan iaitu 3km (Kids Fun Run), 5km (Fun Run) dan 10km untuk lelaki dan wanita. Event ini telah berjaya menarik seramai 5,000 orang. Memang meriah Padang Merbok pada hari tersebut.

Seperti biasa saya dan suami serta rakan-rakan lain cuma daftar untuk kategori 5km sahaja. Ekekekek.. Lagipun motif utama masuk event ni adalah disebabkan baju. Belum pernah dapat t-shirt dri-Fit warna biru. Baju pulak di sponsor oleh Compress Sport. Lagi lah menarik untuk masuk event ni. Ini ler salah satu faktor kenapa saya suka masuk event run. Kumpul baju. Hahaha…

Larian Sehati Sejiwa telah menjadi event rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58. Patutlah ramai orang pada hari tersebut termasuk pihak media cetak dan elektronik datang membuat liputan. Tak sangka pulak muka kita orang terselit dan keluar dalam berita Buletin Utama TV3. Hahaha.. Untunglah kan….. :p

larian-sehati-sejiwa-2015-padang-merbok-cheq-eem-4.jjpgBella yang eksaited sampai pegang bendera pun terbalik.. Ekekekek…

larian-sehati-sejiwa-2015-padang-merbok-cheq-eem-3Seronok bawak bendera Jalur Gemilang sepanjang larian. Malaysia BOLEH!!

Ada beberapa perkara yang ramai peserta tidak puas hati sepanjang program larian tersebut. Antaranya waktu pelepasan yang agak lambat iaitu 7.30pagi untuk 10km dan 8.00pagi untuk 3km dan 10km. Tetapi tiba-tiba peserta 3km dan 5km dilepaskan lebih awal iaitu 7.45 pagi. Akibatnya apabila route larian bertembung dengan peserta 10km laluan menjadi sempit dan sesak. Agak bahaya juga bila peserta yang datang bersama keluarga yang membawa stroller terpaksa bersesak dengan peserta kompetetif 10km.

Dari segi pengambilan medal pula tidak teratur. Ramai peserta yang keliru dan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan medal. Ada juga yang saya lihat peserta merungut tak dapat medal sebab dah habis dan terpaksa tunggu. Huhuhu…

Tapi dari segi lain harus diberikan pujian. Antaranya setiap peserta dapat sebotol air dan pisang sebagai light refreshment. Penganjur telah menyediakan beberapa khemah dan kerusi untuk peserta berehat. Terdapat juga sarapan pagi nasi lemak percuma untuk setiap peserta. Bagi peserta yang memakai kostum dan kreatif dapat hadiah wang tunai. Dan sambil berehat ada persembahan daripada artis tempatan.

larian-sehati-sejiwa-2015-padang-merbok-cheq-eem-1

Papepun saya dan suami sangat enjoy..!! Tak sangka dapat jumpa ramai geng Madagascar runner..

larian-sehati-sejiwa-2015-padang-merbok-cheq-eem-5

No 9 : Merdeka Fun Run

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-6

Larian Merdeka Fun Run telah dianjurkan oleh Two Acestar Interactive pada 31 Ogos di Cyberjaya. Larian ini juga adalah larian sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58. Terdapat 2 kategori yang ditawarkan iaitu 5km (RM40) dan 10km (RM55).

Oleh kerana event ini adalah sempena Hari Kemerdekaan saya dan suami cuma berminat untuk masuk kategori Fun Run sahaja sambil bawa bendera Malaysia. Berjaya jugak menghasut kawan-kawan yang selalu lari 10km untuk masuk kategori Fun Run. Konon-konon temanya hari merdeka, jadi kita lari santai-santai jer. Ekekekeke…

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-5

Matlamat kita orang nak lari santai di pagi hari kemerdekaan dan bawa bendera Malaysia berjaya. Tapi ada banyak perkara yang kita orang tak puas hati dengan pihak pengajur. Antaranya:-

  1. Waktu pelepasan untuk kategori 5km pada pukul 8.30 pagi. Sangat tak sesuai sebab waktu ni matahari dan terik dan panas.
  2. Tiada water station disediakan. Dah lah panas, air pun takda. Boleh menyebabkan badan dehydrate. Untuk 10km cuma ada 1 water station sahaja.
  3. Tiada pasukan MEDIC di laluan larian. Sangat bahaya jika berlaku sesuatu kepada peserta.
  4. Kawalan trafik yang lemah. Pandai-pandailah peserta melintas jalan bila dipersimpangan.
  5. Tiada official photographer. Mengecewakan!
  6. Tiada light refreshment yang disediakan untuk peserta. Cuma 1 botol air mineral
  7. Peserta perlu tunggu sehingga jam 10 pagi untuk mendapatkan medal.
  8. Tiada sijil diberikan walaupun dijanjikan dapat sijil
  9. Baju adalah jenis kain T-Shirt bukan Dri-Fit.

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-4First time kena beratur untuk ambil medal. Kena tunjuk bib number. Kalau takda bib tak boleh ambil medal. Hahaha…

Kesimpulannya bayaran RM40 untuk 5km dan RM55 untuk 10km sangatlah tak berbaloi. Penganjur cuma kejar untung sahaja tanpa memikirkan kebajikan peserta.

Ok. Cukuplah bebelan saya pasal event yang ntah pape ni. Kita layan gambar jer. 😀

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-1

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-2

merdeka-run-run-2015-cheq-eem-3

No 10: Larian MPSJ

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim-05

Larian MPSJ telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya bertempat di Stadium MPSJ sendiri. Terdapat 4 kategori yang ditawarkan iaitu 3km, 5km, 7km dan 10km. Yuran penyertaan pula sangat murah, iatu RM32 untuk kategori 10km. Alang-alang saya tinggal di sekitar Subang Jaya boleh lah masuk event ni.

Event ni bagi saya biasa-biasa jer. Takda lah wooowww sangat pun. Register cara manual menggunakan form. Kalau register online akan dikenakan extra charge. Material baju pun tak berapa nak best walaupun jenis kain dri-Fit. Proses collect race kit pun kelam kabut dan tak teratur. Perlu bawak original resit sebagai bukti. Ramai juga peserta tidak dapat saiz baju yang telah dipilih masa pendaftaran. Sebabnya organizer benarkan peserta pilih saiz baju sendiri masa collect race kit.

Masa hari event pula pelepasan untuk kategori 10km lambat, pukul 7.30 pagi. Bila start lambat maka lalu lintas pun kelam kabut. Ada penduduk sekitar siap membunyikan hon kereta kerana tidak dapat lalu kerana peserta sedang berlari. Hmmm….

Tapi dari segi pemberian goodies bag, medal dan water station sangat berpuas hati. Pihak Shaklee telah menaja 3 jenis vitamin yang bernilai RM200++ iaitu Vitamin E, GLA Complex dan B-Complex untuk setiap peserta. Setiap water station pula terdapat air isotonik 100plus, pengambilan medal dan goodies berjalan dengan lancar dan pihak penganjur juga menyediakan buah untuk set;iap peserta. Dan terdapat juga acara hadiah cabutan bertuah.

larian-sj-mpsj-10km-runholic-larian-subang-jaya-eshamzhalim-07

Overall event ini tidak mengecewakan. Yang penting kita bersenam dan hidup sihat!

p/s: Ini lah event yang tak banyak gambar… Hahaha…

No 11: SCKLM 2015

scklm-2015-cheq-eem-1

SCKLM adalah salah satu event run terbesar di Malaysia. Kalau tak masuk event ni rasa macam rugi sangat. Hahaha.. Over plak kan. Tapi memang betul pun. Even SCKLM bertaraf international. Bukan setakat diadakan di Malaysia malah di Singapura, Dubai, Hong Kong, Mumbai, Bangkok dan lain-lain negara. Kalau dah terjebak dalam dunia marathon, maka event ini adalah WAJIB kena join. Hehehe…

Tapi SCKLM tahun 2015 penuh dengan drama. Drama pertama apabila pihak pengurusan menukar tarikh kerana ingin beri laluan kepada sambutan Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ramai peserta yang tidak berpuas hati dengan penukaran tarikh tersebut dan siap buat petisyen supaya kekalkan tarikh asal iaitu pada 4 Oktober. Hahaha.. Ada yang boikot, ada yang yang refund dan macam-macam hal lagi. Saya pulak boikot dan refund. Majuk tak nak join SCKLM katanya. Hahahaha..

Tapi akhirnya setelah berbincang dengan pihak KBS, tarikh SCKLM telah dikekalkan pada tarikh asal. Dan saya pun cancel refund. Maka misi SCKLM 2015 diteruskan seperti biasa. Walaupun cuma register 10km. Hahahaha… Nak buat PB katanya. :p

Drama ke dua pula bila Malaysia dilanda jerebu. Bacaan indeks jerebu pula kadang-kadang paras bahaya, kadang-kadang paras sederhana dan kadang-kadang sihat. Tak berapa nak menentu dan bergantung pada faktor angin. Dua tiga hari sebelum event SCKLM cuaca jerebu semakin teruk. Pihak pengurusan pula tidak dapat beri keputusan awal sama ada event diteruskan atau dibatalkan.

Tapi saya dan kengkawan yang lain tetap support event ni. Sehari sebelum event masih tiada lagi pengumuman rasmi dibuat. Cuaca sekitar Dataran Merdeka masih lagi berjerebu. Tapi persiapan tetap diteruskan seperti biasa. Banyak khemah-khemah telah dipasang dan jalan di hadapan Dataran Merdeka telah pun ditutup. Lepas collect racekit dan makan tengah hari terus check in hotel.

scklm-2015-cheq-eem-10I LOVE K.L

Akhirnya dalam pukul 5 petang pihak SCKLM telah mengeluarkan kenyataan rasmi event dibatalkan disebabkan jerebu. Maka keciwa lah semua peserta. Huhuhuhu… Petang tu terus kita orang decide jalan-jalan sekitar KL fefeeling pelancong. Hahahaha… So kita orang lepak dekat cafe Cheryl Samad iaitu LOKL Coffee Co.

scklm-2015-cheq-eem-2

Pada keesokan pagi kita orang datang untuk collect medal dan memeriahkan suasana di sekitar Dataran Merdeka. Seperti biasa acara bergambar adalah wajib. Jumpa lagi SCKLM 2016!!

scklm-2015-cheq-eem-4Wajib bergambar dengan diva runner popular Gemee dan geng zombie K.tie.

scklm-2015-cheq-eem-5Walaupun tak run pagi tu tapi semangat pakai baju macam nak run. Ekekeke…

scklm-2015-cheq-eem-6

scklm-2015-cheq-eem-7Ni lagi sorang idola kita orang iaitu Sir Fird. Coursemate saya masa belajar dekat Uitm.

scklm-2015-cheq-eem-8Runholics and Geng Zombie in action!

scklm-2015-cheq-eem-9